Masalah Dengan Diri Sendiri

Alhamdulillah, aku pembaca setia forum ni. Sudah lama mengidam nak hantar luahan hati tapi bila nak menaip je, malu dengan diri sendiri sebab masalah diri kecil je berbanding orang lain. Apa-apapun terima kasih jika luahan ini ter’publish’. Terima kasih Admin.

Aku seorang perempuan berumur 28 tahun, sudah bekerja selama hampir 5 tahun. Pekerjaan Alhamdulillah sudah tetap dengan syarikat GLC yang xdela gah mana sebab pembangunan asyik terbantut dek politik. Hidup masih lagi membujang dan skeptikal orang melayu “Ko xde pakwe ke? xbersosial ke? xde kawan lelaki ke? itula xpandai nak bergaya sgt, meh aku ajar ko cara nak bermake-up, eleh ko memilih sangat tu yg xde calon sampai dh nak jadi anak dara tua, dan macam2 lagi laa”. Mula-mula memang terkesan dengan kata-kata begitu tapi akhirnya aku sedar kata-kata orang memang xleh nak tutup, aku sendirilah kena tutup telinga.

Alhamdulillah dari belah saudara mara agak jarang pertanyaan membujang ini diajukan mungkin sebab keluarga sendiri pun ada masalah sampaikan soalan-soalan pedas begini agak jarang kedengaran. Hanya soalan seperti “Dah ada calon ke belum? Bila nak bawak balik teman lelaki jumpa mak ayah? Xpela, ada jodoh ada la tu” lebih kurang begitu laa reaksi saudara mara. Entahla, mungkin masalah keluarga aku iaitu masalah mak ayah aku lagi besar dari masalah aku dan adik beradikku yang lain masih membujang. Iye, aku dan adik beradikku yang lain masih lagi belum kahwin walaupun yang sulung dah berumur 33 tahun.

Seperti yang aku katakan, masalah mak ayah aku lagi besar sebab ayahku kahwin dua dan mak aku masih belum boleh menerima hakikat itu walaupun usia perkahwinan kedua ayahku dah hampir 4 tahun. Permulaan konflik dalam keluarga sebenarnya sudah lama tapi kemuncaknya apabila ayahku kahwin lain dan segala kenangan-kenangan indah dan bahagia semakin layu dalam keluarga kami. Sedih memang sedih, tapi aku dan adik beradikku terpaksa juga telan permasalahan ini dan bagi aku, kemuncak permasalahan inilah yang merubah persepsi kehidupan aku sehingga sekarang.

Kehidupan aku sekarang kalau dari segi luaran nampak agak stabil tapi sebenarnya emosi aku sangat terganggu. Aku selalu menangis seorang diri, selalu hilang keyakinan diri. Mula-mula aku ingat rasa down tu hanyalah emosi yang selalu dialami oleh seorang perempuan. Ye la, perempuankan selalu PMS. Tapi bila kerapkali perasaan down tu singgah dalam hidup aku, tertanya la plak “Adakah aku sedang mengalami depression?”. Terlintas plak bila tengok satu cerita pasal seorang gadis yang selalu rasa down dan doktor sahkan dia menghidap depression atau kemurungan. Risau plak aku sebab simpton-simpton dia lebih kurang aku je. Tapi dia berjaya hadapi depression tu hingga dia berjaya capai impiannya tapi doktor yang merawatnya cakap kalau dia selalu dan cepat rasa down, mungkin depression akan kembali semula dalam hidupnya.

Betullah orang cakap, jangan kita menilai seseorang itu jika kita tidak kenal hati budinya. Orang selalu ingat aku seorang yang peramah, happy go lucky, suka mengembara tapi sebenarnya aku terpaksa tunjukkan semua itu sebab aku sendiri nak merawat diri aku daripada selalu rasa down. Aku risau jika aku sebenarnya sedang mengalami depression. Buntu. Bila aku post gambar-gambar aku mengembara, semua akan cakap “Bestnya dapat jalan-jalan negara orang, untungnya dapat pergi situ, berapa habis pergi jalan-jalan?, masih bujang ni seronok la yea jalan-jalan”.

Hakikatnya, ramai tidak tahu aku berjalan mengembara sebab nak merawat luka dalaman, nak lupakan persepsi orang terhadap aku, nak elak soalan kenapa masih membujang, nak lari dari dunia realiti. Bila mengembara, kebanyakan orang hanya fokus pada ‘fun pengembaraan itu’ dan bukannya masalah luaran/dalaman yang dihadapi sebelum, semasa dan selepas mengembara. Walhal, orang yang selalu mengembara akan tahu apa yang perlu mereka kawal dan hadapi sebelum, semasa dan selepas mengembara. Setiap kemungkinan risiko akan dikaji dan diambil kira untuk menunjukkan betapa ‘fun pengembaraan itu’. Sedihkan?

Aku masih lagi berdoa untuk cepat-cepat dapat jodoh. Mungkin usaha luaran nampak acuh tidak acuh tapi dalaman aku cukup kuat nak dapatkan jodoh. Tambahan pula, aku cuba kuatkan semangat luaran aku sebab sekarang mak ayah aku memang agak banyak bergantung pada aku berbanding adik beradikku yang lain. Aku pasrah dan redha. Aku harap sesiapa yang membaca luahan hati aku ini doakan aku dan mereka-mereka yang mungkin senasib denganku diberi ketabahan dan keredhaan Allah untuk hadapi setiap dugaanNya. Doakan juga dicepatkan jodoh dan jika perancangan Allah tentang jodohku itu masih jauh, doakan aku diberi kekuatan untuk hadapi setiap ujianNya. Ameen.

– – Cik AA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit