Dia Menemani Ku

Assalamu’alaikum semua. Terima kasih kepda admin jika ‘confession’ saya ni admin sudi untuk siarkan. Cerita yang nak saya kongsikan ni agak panjang.Sebelum tu, nama saya Myra(BNS).

Sini saya cuma nak share pengalaman yang buat saya ‘Trauma’ sampai sekarang walau dah berlaku 5 tahun yang lalu. Di kisahkan saya dari kecik sampai laa besar dalam umur 10 + tahun sering demam kadang di sebabkan ‘nampak’ benda tu.. dan mungkin badan saya immune tak kuat kot.. paling lama saya demam dalam seminggu lebih( Ni sebab tak suka makan ubat yang cair atau jenis pil tu heheh even dah tua bangka ni).. nak kata saya ni boleh nampak benda tu..entah laa saya pun tak tau..mungkin kot.. selalu tu tak, ikut keadaan..

Nak di jadikan cerita, waktu tu saya dalam tingkatan 3.. Malam tu ummi mintak saya temankan dia pergi ambil adik yang kelas malam pada waktu tu. Jam waktu tu dalam pukul 10 lalu(ikut jam Malaysia) Sambil sambil tunggu ummi bersiap di rumah,saya tunggu dia kat dalam kereta kat gerej. Kawasan letak kereta ni menghadap pokok pokok sikit.. kat dalam gerej tu ada lampu tapi kat luar gelap laa jugak.. masa saya tengah tengok cermin kereta tengah usai rambut out of nowhere benda tu berdiri betul betul depan kereta sebelah kanan( masa tu saya duduk passenger sebelah kiri).. betul betul menghadap saya.. benda tu berbaju putih lusuh, kekuning kuningan and bawah kain dia tu ada tanah sikit.. rambut dia agak panjang menutup muka dia..

Normal lah kan perasaan waktu tu rasa takut ke hape kan bila kita nampak benda tu.. badan terfreeze ke.. tapi apa yang saya rasa berbeza.. Langsung takde rasa takut.. atau apa kee langsung takde.. bayangkan jarak dia dengan saya lebih kurang dalam 3 meter jee..apa yang peliknya saya tak tahu yang tu laa ‘hantu’entah otak saya melayang ke mana.. saya duk perhatikan benda tu dan benda tu pun duk tenung saya..entah berapa lama perkara tu berlangsung.. last-last apa saya buat? Saya senyum kat benda tu. Ye, saya senyum kat benda tu. Gila? Tak. Saya pun tak tau waktu tu kenapa. Macam yang saya jumpa tu ‘kawan’.

Perkara tu macam sekejap jee berlaku, rasa macam separa sedar semasa proses ‘tenung-tenung’ tu dan bila tengok sebelah kiri ummi dah siap siap keluar menuju ke kereta.. dan saya ‘terlupa’ yang saya ada jumpa benda tu. Sepanjang perjalanan nak ambik adik tu, saya perasaan saya asyik senyum jee memanjang tapi waktu tu rasa ‘normal’.

Selepas peristiwa tu, di sinilah starting pointnya saya perasaan perangai saya mula berubah. Panas baran, malas, tak dengar cakap parents as in kurang hajar, solat jangan tanya.. paling ketara waktu malam saya susah sangat nak tidur..dalam pukul 12 lalu baru saya dapat tidur tu pun saya paksakan diri..gundah.. kadang bila mata dah nak terlelap tu, terbangun balik sebab terdengar bunyi suara orang ramai tengah bercakap dekat kat telinga ni..bukan sorang, tapi macam 50 orang bercakap dalam satu masa.. dan ada satu kali tu kalau tak silap bunyi suara perempuan menjerit macam sampai nak keluar jantung dia tu huhuh.. everyday macam tu.. and again i tot it was normal saya biarkan je laa..dan perubahan yang ketara jugak, saya selalu tenung mata saya kat cermin especially cermin tandas.. tak tau berapa lama tenung diri sendiri kat cermin..macam kena ‘hypnotise’ ada jugak..last last saya ceritakan laah kat adik saya yang bongsu pasal kejadian yang saya ternampak benda tu.. dia sarankan saya cerita kat ayah.. tapi saya tak nak sebab saya tak pasti/ragu ragu tu imaginasi ke apa kan..

sampailah waktu kat sekolah, masa tu kelas art dah habis.. waktu rehat tu saya lukis laa benda tu.. saya memang jenis suka lukis benda benda yang saya nampak.. supaya lebih clear gitu.. tengah asyik melukis kawan saya tegur “Kau lukis apa tu?” saya senyum jee.. saya lukis benda tu berdiri dekat pokok..dan balik dari sekolah saya tunjukkan lukisan saya tu dekat ayah.. Ayah nampak terkejut and diam..lepas tu dia suruh saya bawa baca baca.. dan perkara tu pun berlalu macam tu je..

Klimaksnya, beberapa bulan selepas kejadian tu, saya bertengkar dengan abang yang no 1.. biasalaa adik beradik kan.. bila api bertemu dengan minyak memang meletup laa jawapannya

Boleh di katakan bertengkar besar..sampai abang rotan kita huhuh..Waktu tu saya kat ruang tamu.. start tu dah rasa lain sangat.. waktu tu saya baru habis mandi.. rambut pun masih basah sikit..saya waktu tu tengah duduk depan cermin besar.. pantang nampak cermin saya tenung laa diri saya.. part mata tenung habis.. masa tu merah sebab menangis.. merajuk kan.. tapi entah laa waktu tu rasa lain dah..macam bukan diri kita.. senyum sorang sorang.. even waktu abang tengah rotan rasa tak sakit langsung, sampai berbirat paha..saya senyum lagi sambil nangis.. bila saya cerita balik kat abang part ni abang pun kata dia hairan tengok saya senyum sedangkan dia marah gileer dekat kitorang..sambung balik, lepas habis bertengkar tu.. abang lari entah ke mana.. jadi dari belakang saya pindah kat depan ruang tamu.. dah laa belakang tu gelap.. waktu ni saya tengah berperang dengan diri sendiri sebab saya diri pun perasaan perangai saya lain sangat..nak explain susah sikit.. selepas abang pujuk kita( walau abang garang hati banyak lembut woo) makin lebat pulak air mata ni.. masa ni saya rasa lemah sesangat.. start ni laa saya rasa benda tu tengah tunggu kat luar ruang tamu.. tak jauh dari tempat duduk saya.. dia tunggu kat luar tingkap.. sekejap dia ‘lompat’ berdiri dekat sebelah saya, sekejap dia melompat keluar kat luar tingkap..macam tu laa balik balik.. jadi apalagi kebetulan waktu tu saudara saya tidur kat rumah, saya suruh dia mesej parents balik rumah..saya suruh diorang hantar saya kat rumah nenek waktu tu jugak..kat kepala saya waktu tu nenek jee.. sebab nenek memang pandai berubat.. dari dulu kalau kitorang adik beradik demam ke apa memang kitorang pergi kat rumah nenek untuk berurut.

Berbalik pada cerita..Parents apa lagi panik lah kan.. masa tu diorang sibuk dengan persiapan majis perkahwinan anak buah.. selepas tu terdengar bunyi telefon rumah berdering..entah siapa jawab.. abang dan saudara saudara lain pun pergi kat saya tak lama lepas tu.. “Eh abang, Myra ni lepas duk kat bilik beraircond eh? Sejuk ni kaki dia.” Abang jawab tak tau. Selepas tu diorang bagi air untuk saya minum. Tapi saya tak minum. Kenapa? Entah macam mana, Saya tau air tu dah di baca-baca ayat ayat al quran oleh saudara saya..

Tak lama lepas tu parents sampai, diorang pun bawa saya kat rumah nenek.. sepanjang perjalanan tu dengan rambut kitorang yang tak di ikat, masih basah lagi.. tangan saya masa tu pegang tuala sambil tutup muka.. sepanjang perjalanan macam tu.. dah laa rumah nenek lebih kurang dalam 30 minit.. position saya tak berubah ubah langsung.. ayah dan ummi hairan laa kan..ummi suruh ikat rambut pun saya tak nak. Paling geram jugak waktu tu adik duk pandang kita, tak nak hampir hampir dengan kita.. dia sanggup duduk sempit sempit dengan ummi.. tak nak duduk sebelah saya..

Sepanjang perjalanan tu, saya boleh rasa benda tu ikut terbang kat atas kereta.. asal kita nak berhenti nak beli air botol, benda tu berhenti kat atas pokok. Asal kita berhenti kat kedai lain dia terbang and berhenti kat atas pokok. Bila nak sampai dekat rumah nenek masa tu laa berperang dengan sendiri. Benda tu tak suruh kita pergi rumah nenek. Tapi kita paksa gak. Benda tu macam marah laa kan..

Naaaah, bila sampai kat rumah nenek, saya duk tentang mata nenek dengan tajam.. geram sesangat.. dan masa tu jugak yes tangan saya tak berubah, kaku pegang tuala menutup muka.. waktu tu jugak saya rasa benda tu berdiri kat atas pokok sambil pandang kitorang kat bawah.. pokok tu berhadapan dengan rumah nenek..tapi yang hairannya macam saya yang berdiri kat atas pokok tu pandang kitorang di bawah..

Selepas di suruh masuk oleh nenek laki dan nenek bini.. sefamily masuk kat satu bilik ni.. “Myra, meh ummi ikat rambut tu” kata ummi. “TAK NAK” tapi selepas nenek tepuk bahu kita, macam rasa ada kejutan elektrik tau kat badan, baru laa kita mau rambut kita di ikat. Selepas tu mula laa proses perubatan. Kita di suruh baring dan lepas tu tak ingat. Ingat jee part di suruh bangun minum air lepas tu di suruh baring lagi. Masa minum, rasa macam minum air masin..masin sesangat tapi lamaEdit
Lama lepas tu baru rasa macam air biasa. Rupanya tu memang air biasa pun. Entah laa tak tau dia taruh air masin ke apa, tapi saya rasa tu sebenarnya air biasa je. Sebab last last sekali tu memang air biasa  yang kita minum selama ni. Dan yang saya ingat gak, suara waktu tu macam ada satu suara lain kat leher. Ada double gitu.

Pendekkan cerita, selepas habis dah berubat, habiss satu badan rasa macam ‘semut-semut’.. mata sakit sangat, macam bengkak lepas nangis..clueless gak laa masa tu, like what happen? Hahah.. kepala kosong.. adik pun ceritakan semula laa dekat nenek and se family apa sebenarnya yang terjadi.. saya pun ceritakan apa yang ada kat rumah.. saya kata bilik abang ada ‘aura hitam’.. kat bilik makcik kita pun.. nampak kepala laa segala.. dan paling tak boleh lupa sampai sekarang muka benda tu. Muka dia tu macam kena zoom in waktu tu.detail sangat. Mata hitam dia kat dalam tu kecik sangat(macam contact lens zaman sekarang kan ada macam tu)mata dia besar tak berkelip langsung. dan luar kawasan mata dia tu hitam.. Mulut dia besar, macam koyak sampai telinga.. ‘bibir’ dia merah.. gigi taring, dan lidah panjang dia menjulur keluar package dengan air liur..sambil senyum lebar ‘manis’ kat kau.. dapat bayangkan tak? Senyum dia yang tajam tu tak dapat di lupakan huhuh..tapi sekarang Alhamdulilah biasa gak laa.tak rasa takut sangat banding dulu.. asal jangan tunjukkan diri lagi dah laa..

Selepas tu nenek saya ‘tutup hijab’ saya,dan pesan kat parents saya jangan turunkan saya kat garage tempat saya nampak tu.. sebab benda tu tunggu saya kat situ.. and nenek pesan saya untuk beberapa hari ni jangan tengok cermin..(tak tau kenapa)so selama tu saya tunduk jee kalau tengok cermin.. and rupanya selepas dengar cerita saya nenek kata masa saya terpandang, duk tenung dia tu benda tu pukau kita..benda tu pun dah masuk kat badan kita cuma kita tak tau dia dah lama ‘masuk’.. so make sense laa kenapa kita ‘senyum’ kat dia dan perubahan perangai kita..

Semua ni tak berhenti sampai sini. Selepas balik kat rumah, dalam pukul 12 tengah malam tak silap.. masa tu lapar sangaaat. di rumah waktu tu family lain yang tak ikut tunggu kitorang. jadi saya minta saudara saya temankan saya pergi dapur nak makan. Masa kat dapur, benda tu mengejut ‘timbul’ kat luar tingkap..bayangkan dengan muka yang saya mention kan atas tu..lidah dia yang panjang duk bergerak macam ular.. yee hijab saya tertutup tapi saya masih rasa benda tu.. means bila hati rasa, automatically our mind dapat tangkap kan the image lebih lebih lagi bila nampak muka dia dengan detail. Nampak sangat kan benda tu ‘gatal’ nak ganggu kita kan? So saya palingkan muka saya dari pandang luar tingkap. Sebab tingkap kitorang takde tabir jadi nampak dengan jelas laa kat luar. Luar pun nampak kat dalam. Akhirnya terbantut laa nak makan, tak jadi lapar huhuh.

Bila nak tidur lagi seksa..kepala rasa macam lepas kena potong dengan parang je..sakit sangat.. tidur pun macam tak tidur..’roh’ tu macam terawang awang.. esok pagi saya nak pergi sekolah jugak sebab dapat rasa benda tu degil.. masih cuba nak ganggu kitorang..

Long short story Alhamdulilah day by day kitorang pulih..tapi ambil masa beberapa tahun gak nak hilangkan ‘connection’ dengan dia.. sebab benda tu memang nak berkawan dengan kita.. tapi ayah tak suruh kita kawan dengan dia.. masa tu tak tau kenapa.., macam kenapa tak boleh kan? Sekarang ni baru tau kenapa.. dan Alhamdulilah ada hikmahnya jugak..kalau tak di sebabkan peristiwa tu kitorang tak berhijrah. Dan sekarang, agak berkurang ‘connection’ saya dengan benda tu. Maksudnya, tak selalu ingat benda tu. Awal awal stress jugak sebab muka benda tu selalu terbayang. Terasa dia ada dengan kita kat mana mana. Tapi Alhamdulilah lama lama kita dapat lawan dengan izin Allah. Sebab tu jangan lemah. Kena kuatkan diri.Ingat Allah Maha Besar Maha Berkuasa.

Edit Sebenarnya tak berhenti kat sini, sebab dalam 6 bulan lebih dari kejadian tu saya mimpi ‘anak’ dia pulak.. tapi takpeelaa dah cukup panjang. Maaf panjang sangat and B.Melayu pun tunggang terbalik.

 Pesanan saya yang pernah mengalami benda ni, moga istiqamah dalam melakukan amalan, manzil, Al quran jangan lupa, Solat lima waktu jaga. Dekatkan diri dengan Allah. Kau lalai sekejap mudahlaa benda tu ganggu. Jangan stress. Ingat benda ni akan terus perhatikan korang dari jauh sedar tak sedar. Tunggu peluang je..

 Terima kasih sudi membaca.

-Myra

– Myra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit