Sorokkan Angka Gaji Anda

Assalamualaikum gaiss.

Ni aku, bro gaji ciput. Cerita aku mungkin tak menarik sangat sebab aku nak counter confession fresh grad gaji RM2800 tu. Tahniah sis-freshgrad-pointer-cukup-makan-tapi-boleh-dapat-gaji-2.8k. Tahniah jugak sebab dah berjaya harungi kerja selama sebulan tu. Tahniah jugak sebab berjaya buat aku hantar confession ni.

Aku teliti betol bila baca setiap confession (yang munasabah) dalam ni. Untuk dapatkan point yang sepatutnya boleh guna pakai. Termasuklah cerita pasal sis yang gaji 2.8k tu. Ye ye, aku dapat point ko sis. Kita kena usaha dapatkan yang terbaik dalam hidup kita. Rezeki tak datang bergolek sebelah laptop kalau apply keje kat jobstreet je. Kena pegi latihan untuk tingkatkan tahap diri kita. Wow. Power ko sis. Bro tabik sis. Fresh grad keje sebulan boleh sembang gini. Fuh.

Tapi malangnya, first paragraph ko, aku dah dapat bayangkan macam mana pe’el ko ni in real life, sis. Tenang ok, aku bukan nak condemn @ bash ko. Ko chill je sana. Ni aku nak share cite aku yang jauhhhhhhhhhhhh beza daripada cite ko tu sis. Dan sendu. Huhuhuhu.

Untuk pengetahuan ko sis, usia pekerjaan 1 bulan belum masuk usia matang bagi sesorang yang bekerja. Berbekalkan gaji 2.8k ko tu sis, aku yakin ko level paling helok dalam kalangan kawan sama batch ko sis. Alhamdulillah ye sis ye. Patut diteladani kisah pahit jerik ko dapatkan keje tu sis. Tapi malangnya, cara penyampaian (ayat) ko tu sis. Kecewa bro dibuatnya. Ada 0.0003% unsur riak. Sis, ko baca jap confession aku. Kot ko sudi la kan.

Bro keje gaji tak helok macam ko, sis. Pointer bro pun cukup makan. Tapi sebab bro is bro, pointer cukup makan tu maksudnya betol sendu punya pointer. Tapi tak perlulah bro nak bukak pekung didada nak bagitahu gaji bro berapa. Sebab bab gaji ni rahsia syarikat (ini ko patut tahu sis. Bukan senang-senang kita boleh canang pasal gaji kita kat orang. Walaupun kat bfffffffffff ko sekalipun)

Bro banyak mohon keje melalui emel & job search engine. Sebabkan bro tinggal di kawasan perkampungan sikit, well tempat tu peluang pekerjaan memang tipis. Sebenarnya takde langsung kot. Nak ke KL @ Klang Valley ambil masa sampai 1 – 2jam. Jadi, bro maanfaat sehabis baik medium “dunia di hujung jari”. Nasib baiklah internet kat kampung bro tak sesendu pointer bro, sis.

Sebelum korang pening, bro nak kasi tahu la, bro dah habiskan 7tahun setengah hayat bro untuk diploma & degree. Bro start apply keje waktu minggu pertama bro sem akhir kat uni (degree). Tak pegi langsung career fair yang uni buat. apatah lagi pegi naik tangga company ke company untuk drop resume. Bukan berlagak, tapi timing semua tak kena. Sumpah bro teringin nak pegi buat semua tu.

So, bro apply keje semua thru emel SAHAJA. Tengok vacancies. Pastu usha usha company kat website. Pastu apply. Rasanya dekat 100 jugak application bro kat jobstreet tu. ada yang dah review, ada yang reject. (Ha lepas dah apply tu, tengok la status application yugais okay? Jangan buat tak kisah aje. Maybe ada masalah kat gaji kita demand ke kan.)

Waktu ni hazab sikit sebab nak hadap FYP lagi, aktiviti uni lagi. Memang struggle. Dan bro bernasib baik dapat 1 interview waktu sem akhir tu. Ni bro apply iklan kat mudah.my… Tapi bro tolak sebab company tu nampak sendu sikit. Dah la pointer sendu, company pun sendu, jangan macam macam sis. Plus, post yang dia bagi rupanya tak sama langsung dengan dalam iklan. Ciskek betol. Geram bro dibuatnya. Habis duit minyak bro turun KL, sis.

Sampai je akt kampung, bro teruskan usaha hantar resume hantar dan hantar. Alhamdulillah dapat lagi 1 interview. Ni bro apply kat jobstreet. Waktu ni bro baru lepas final exam. Kali ni memang kaw punya interview siap ada test. Ha, korang jangan pandang sebelah mata. Bro study malam tu ok. Tapi siyodnya lahai. Lain bro study, lain yang ditanya nya.

Nasib baik bro celik minda sikit. Bukan bijak semulajadi, celik tu sebab bro wasap la tanya member2 kehkehkeh. Dapatlah jawab 8/10. Kira perform jugak la bro rasa. Fuh rasa nak sujud syukur waktu tu jugak. Dia kata nanti dia call balik. Bro cakap “ok sir. Saya tunggu call daripada sir”.

Setiap kali lepas interview bro tak duk diam, bro apply lagi dan apply. Sampai 1 malam tu bro jumpa satu iklan ni. (Kat jobstreet jugak). Tengok requirement dia, bro yakin gila bro boleh dapat dan alhamdulillah esok tengah harinya bro dipanggil pegi interview. & pada masa yang sama bro dapat offer keje untuk interview kedua. (Yang ada test tadi tu). Boss dia nak jumpa bro (sembang pasal gaji, skop kerja, pasal syarikat).

So pagi tu bro pakai hensem hensem, pegi interview ke3, petang nya bro pegi jumpa boss interview ke2 tadi tu. Borak punya borak, bro mintak masa 3 hari untuk fikir. Sebab bro dah mengharap sangat dapat offer untuk interview ke3 tadi. Bro bertabah selama 3 hari berdebar menanti jawapan.

Alhamdulillah bro dapat keje interview ke3 tu. So yang no2 tadi tu bro tolak. sebab dia offer position yang tetibe guna diploma bro je. Bro bukan apa, kalau boleh nak manfaatkan la degree bro. Tapi gaji dia bagi gaji degree (dan lagi banyak daripada offer ke3 tu).

Bro dah sebak gila waktu ni. Rasa nak nangis pun ada. Sebab ni company chinese, boleh pulak nak bagi chance kat bro yang sendu ni untuk keje kat company dia. Siap offer tambah gaji lagi . Fikir punya fikir, bro amek offer keje ke3, tolak yang no2. Bro memang tawakkal habis dah waktu ni, sebab beza gaji 300 jugak sebenarnya. Banyak tu. Tapi bro redah je. Janji ada keje & berpatutan dengan kelulusan bro.

Sampailah sekarang bro survive dengan gaji yang ciput, tapi position degree. Walaupun baru nak masuk setahun usia keje bro & gaji bro paling hauk dalam kawan sama batch bro. Sendu betol hidup bro, kan? Tapi rezeki bro tang lain pulak.

Alhamdulillah bro ada colleagues yang supportive, boss yang terbaik wokkk, waktu kerja yang flexible, kesihatan yang elok, bebanan kerja bukan 24/7, rasa cukup sampai next gaji, mak abah bro sihat alhamdulillah. Itu dah cukup memadai buat bro.

Bagi bro sendiri, gaji banyak tak mencukupi kalau kita kerja stress, kawan kerja macam haram perangainya, boss asyik tekan ko sampai rasa nak benti keje. Keje menimbun sampai tak sempat nak menunaikan yang wajib.

Bro cukup yakin doa mak abah bro yang membuatkan bro boleh survive semua benda kat atas ni. Hari hari kena cakap dengan mak abah, “mak abah doakan la abang. Abang nak keje. Taknak menyusahkan mak abah dah. Nak hulur duit sikit kat mak abah”. Bila ko dah dapat offer pulak (walaupun interview je) ko cakaplah terima kasih kat mak abah ko sebabkan doa mereka la kita punya rezeki membuak buak ke ladang gandum, ko tahu?

Kalau nak harapkan pointer bro, amal bro kat dunia ni alamatnya bro duduk jela kat dalam bilik main terup, malam malam mintak mak rm1.80 nak minum teh o ais kat mapley sampai ke tua.

Bro nak pesan sikit ni, untuk yang masih belajar, kalau pointer sendu, usaha sehabis baik untuk kekalkan momentum (kalau boleh struggle habis habisan sampai pointer ko jadi helok). Untuk yang dah keje, gaji sendu macam bro, marilah kita berhuhuhuhuhuhu sampai dapat offer keje baru.

Untuk yang dah keje gaji helok, termasuklah sis gaji 2.8k tu, kalau ada hutang ptptn langsaikan lah secepat yang mungkin untuk kegunaan adik-adik kita yang nak sambung belajor jugak tu. Kesian dorang.

Belajarlah untuk bersyukur. Allah dah tetapkan rezeki kita masing-masing. Jangan lupa mak abah kita. Jangan lokek mintak doa daripada mereka, jangan lokek cakap terima kasih pada mereka. Ingat, teruskan mencuba. Kalau rezeki ko bukan kat jobstreet, try carik kat joblane ke, jobriver ke. K tak kelakar. Bai.

– Bro Yang Tenang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit