Sedarlah

Assalamualaikum thank you min kalau share. Harini aku cuma nak luahkan sikit apa yang aku rasa. Aku dah tak tahan sangat tengok perempuan zaman sekarang.

First of all,aku tak tahu sampai bila sesetengah perempuan sekarang nak terus hidup dalam fantasi. Asyik berangan nak kahwin kahwin tapi satu benda pun tak tahu. Duk tengok drama melayu siang malam lepas tu acah acah korang lah heroin tu. Mulalah demand nak pakwe handsome kaya boleh bagi macam macam. Petik jari semua dapat. Girls semua tu drama sahaja sayang. Takkan ada dalam reality mana ada orang bahagia je 24 jam. Korang tengok aje drama tu yang nak bawak ke alam realiti buat apa. Aku tengok perempuan melayu sekarang makin hanyut dalam fantasi. Tak habis habis dengan goal yang merepek yang tak masuk akal. Yang paling banyak goal nak dapat laki segak + kaya. Korang ingat semua lelaki malaysia ni perfect macam dalam drama melayu tu ke?. Bila dah syok tengok hero handsome2 mulalah nak kutuk lelaki yang tak berapa nak ada rupa ni Sedangkan lelaki yang takde rupa ni tak salah pun. Maybe lebih baik daripada lelaki yang handsome kat luar sana tu. Kesian aku tengok lelaki lelaki tu. Sedarlah diri jangan nak demand sangat.

Secondly, Aku selalu perhati kat ig ke fb dan kat mana mana sekali pun ramai sangat para aweksss isteri tag pakwe suami pasal couple yang sweet sweet beli itu ini. Cuba lah hargai laki korang yang susah payah nak suap rezeki kat mulut ampa. Aku tak kesah tau kalau laki korang kerja tarik bag je kat klia or ceo kat syarikat besar. Lepas tu kalau suami tak beli mula nak mengamuk merajuk tak bercakap dingin dengan suami sendiri siap up status kat fb burukkan suami. Allahu. Memang betul sebagai suami kena penuhi keperluan seorang isteri tapi si isteri pun boleh tengok kemampuan suami nak nak lagi dengan ekonomi sekarang. Minta ikut kemampuan suami. Bertolak ansur kan lebih baik? Jangan banding bandingkan suami korang sebab masing masing ada keistimewaan sendiri sebab tu lah korang boleh kahwin kan :)

Lagi satu aku nak luah pasal girl yang terlalu obses nak kulit putih. Aku ada beberapa orang kawan yang kulit agak gelap. Depa ni makan macam macam vitamin c lah ubat putih lah krim putih lah aku yg tengok pun dah pening. Aku pernah tanya kenapa nak sangat kulit putih pastu depa jawab lelaki suka kulit putih gebu. Aku geleng kepala je. Aku cakap tak semua lelaki suka prempuan kulit putih gebu ada ja yang suka yg gelap. Tapi depa tak dengar pun siap marah aku balik. So aku biarkan. Sekarang dua orang kawan aku tu duk terlantar kat hospital ubat ubat yang depa duk telan makan buah pinggang depa. Ada yang muka makin teruk lepas salah pakai skincare. Tak salah nak jaga muka,kulit tapi jangan sampai obses dan niat nak lelaki pandang nak tarik perhatian orang ramai. Tu yg jadi salah. Allah dah reka ampa cun cun dah awat nak ubah? Cuba belajar sayang diri sendiri barulah orang lain boleh sayang korang jugak. Tolong lah sesiapa yg obses tu berhenti sebab benda benda macam ni bahayakan korang sama ada cepat atau lambat dan sedar atau tak je. Ubat yang makan seminggu dah putih tu lah paling bahaya tak kira lah depa duk canang dapat kelulusan sekali pun memang menipu. Fikir logik lah kalau tak guna bahan bahaya takkan boleh secepat tu berubah.

Aku harap semua perempuan boleh balik ke realiti. Banyak lagi benda yang korang kena risau daripada mende yang remeh temeh macam ni. Tu ja yang aku nak sampaikan.perempuan skrang kena jadi makin kuat jangan duk manja sangat. Nak survive sekarang kena cekap kena tegas baru lah tak hanyut dengan drama aje. Maaf atas segala kekasaran atau ampa tersinggung ka dengan ayat aku. Yang baik datang daripada Dia yang buruk datang daripada aku sendiri. Sekian terima kasih.

– Joji (seorang perempuan)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit