Assalamualaikum. Pertama kali aku betul2 nak confess. Huh.. Sebenarnya banyak kali nak aku nak confess tapi kali ini tangan aku betul2 tak tertahan-tahan nak menaip aksara di phone. Perkenalkan, aku seorang pekerja swasta yang dah berkhidmat sejak beberapa tahun lepas.
Sejak grad dari uni, syarikat inilah yg ‘didik’ aku dalam banyak perkara. Alhamdulillah. Dengan duit gaji di company inilah aku boleh tolong ibu ayah aku dan buat duit kenduri kawen.
Okey. Merujuk kepada tajuk. Aku geram weh. Staf-staf kat company aku boleh katakan semua aku boleh masuk. Depa baik jugak. Kadang2 gilir2 bawak makanan sedap2. Kalau buat potluck memg meriah. Tapi yg buat aku berangin, depa terlalu ‘punctual’ waktu nak balik. Bayangkan. Masuk opis 9.30. Tapi 9.30 boleh dikatakan majoriti belum start buat kerja pun. Ada tu, pukul 10 baru sampai opis.
Okey. Korang mesti pelik bos tak marah ke kan. Masalahnya bos busy dengan kerja luar. Kami ni company kecik aje. Bukan besar sangat yang ada banyak penyelia-penyelia atau pengurus tu. Kami ni umur pun lebih kurang je. Sama-sama muda. (Tak ada yang umur 35 tahun ke atas pun). Jadi tak ada siapa pun nak tegur kalau buat salah. Kadang2 aku rasa kecewa sangat. Time gaji bukan main lagi tanya gaji dah masuk ke. Tapi kualiti kerja… hmmm.
Aku sendiri bukan baik sangat. Selalu jugak bukak fb dan layan WhatsApp waktu kerja. Tapi aku selalu ‘qadak’ dgn bawak balik kerja kat rumah atau buat kerja awal. Jangan ikut aku. Tak elok sebenarnya.
Aku memang datang awal ke opis. Sebelum 7.30 aku dah ada kat sini. Bukan, aku bukan staf terbaik pun..tapi sebab suami aku masuk kerja awal, dia terpaksa hantar aku awal. Aku tak ada masalah pun. Boleh start keja awal even mula2 takut jugak duduk sorang2. Dan balik kerja pun aku paling lewat. Again. Sebab suami aku ambil lewat.
Korang bayangkan, dalam sebulan, ada beberapa staf yg aku jumpa 1, 2 kali sahaja even kami ni 1 company. Sebab work station aku tingkat atas, dorang kat bawah. Waktu aku sampai 7.30 tu, gelap, waktu aku turun dari atas pun gelap jugak. Aku bukan turun lewat pun. Aku turun 5.30, okey. Kadang sengaja turun awal. 5.28. Dannn.. masih gelap jugak. Aku tak tahu pukul berapa dia orang start berkemas nak balik. Selalu orang kata kerja kerajaan yang beria-ia datang lewat balik awal kan? Ni swasta tau. Aku rasa kalau pergi ke company Jepun yang masuk kerja pukul 8 pagi dan balik pukul 9 malam baru dia orang tahu erti syukur.
So, apa penyelesaiannya? Aku risau penyakit ni berjangkit dekat diri aku je. Bila suami aku cakap nak datang amik aku awal, memang beria-ia la aku kemas-kemas barang, tutup pc semua sebab nak balik awal. Bukan selalu. Malangnya. Dia orang lagi awal tinggal opis. Huhu.
Aku sedih sebab staf semua Islam dan Melayu. Macam mana nak dapat penghormatan dari bangsa lain kalau macam ni sikap kita orang Islam.
Aku tak boleh tegur. Aku staf biasa-biasa je. Pendek kata, aku tak ada kuasa. Perli-perli tu boleh la.. tapi tak berkesan pun.
Kepada Korang yang sedang bekerja, kerja la baik-baik. Datang la on time. Kita bekerja bukan dengan bos kita je. Kita bekerja dengan Allah juga. Amanah weh. Hish. Seriau pulak aku fikir bab amanah ni. Aku sendiri pun tak perfect mana. Hmm. Ok bye.
P.S Agak2 si mukhsin yang suka komen tu komen tak confession aku? Haha.
Tiah
– Tiah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit