Hai. Terima kasih kalau sudi siarkan confession ni. Kalau tak siarkan pun tak apa. Hahaha
Saya bukan pelajar uia, tapi saya masih seorang pelajar.
Saya nak share satu kisah menarik hari ni. Malam tadi saya ada buat satu kesalahan berkaitan parking. Saya tau saya salah. Saya pun dah redha nak bayar saman ke apa. Tapi tak dapat selesaikan pagi tu jugak sebab polis bantuan yang sorang ni cakap kena settle dengan polis bantuan yang satu lagi (yang kerja shift malam tu). Takpe la. Tunggu petang.
Lepas maghrib, pergi la jumpa. Dah siap bawak kad matrik, duit dsb. Nak saman ke, nak tulis dalam buku, buat la. Saya tau saya salah. Tapi macam biasa la, diorang ni suka ‘menasihat’ pelajar dulu. Layan je la. Sekali dia cakap, dia tak saman sebab dia ‘bertimbang rasa’ dengan pelajar. Kesian kena pergi pejabat keselamatan nak bayar saman dsb. Sedangkan dia ada tanggungjawab yang dia kena laksanakan.
Menariknya, ada satu part ni dia cakap, “pihak universiti sebenarnya suruh kami saman je pelajar kalau ada buat salah. Universiti takda duit sekarang ni.” Aik? Macam ni punya desperate pun ada? Takpe la. Dalam bajet hari tu pun ada dengar. Hahaha
Sebelum habis, dia tambah, “staf pun akan dikenakan tindakan kalau ada buat salah”. What a joke. Just yesterday I saw some official car was parked at the cafe’s front door. It was not even a parking lot. But no one bats an eye. And that is just one. Depan fakulti, lagi banyak. Cakap je jenama import apa, macam-macam ada. Paling best, parking tepi signboard warning akan kena clamp tu. Lucu pun ada. Ironi pun ada.
Dunia, dunia. Yang kecik ditekan sebab takda kuasa. Yang besar terus bebas tak apa-apa. Kepimpinan melalui teladan cuma jenaka dalam karangan SPM. Konsep “yang tua dihormati, yang muda disayangi” cuma omongan kosong semata-mata. Usia yang jauh lebih matang seolah-olah ‘free pass’ untuk melakukan atau berkata apa sahaja. Hanya kerana usia. Hanya kerana pangkat. Hanya kerana perbezaan. Kesian.
– Peac
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit