Assalamualaikum. Terima kasih kalau admin siarkan confession ni. Pertama sekali saya bukan pelajar UIA tapi pelajar UKM . Saya pasti perkara pasal adab ni dah banyak yang pendapat dan dah confess. Saya cuma nak tambah beberapa perkara dan senaraikan adab2 yang perlu anda buat bila anda berada di bilik rakan tak kira lah rakan biasa atau pon bff anda.
Oh sebelum tu saya nak bagi tahu yang saya tinggal di dalam kolej dan tinggal di bilik single a.k.a flatlet. Tapi adab ni bukan je boleh digunakan untuk bertandang ke bilik rakan yang flatlet saja ye, bahkan bilik double bertambah2 la adabnya sebab rakan anda mempunyai rumet yang mempunyai perasaan seperti anda juga.
Adab semasa bertandang atau pun bermalam di bilik rakan :
1- jangan bising.
Bising yang saya maksud kan kat sini ialah jangan meninggikan suara bila anda bercakap dengannya. Anda dan rakan anda boleh saja untuk borak tapi boraklah dengan nada yang sederhana kerana almaklumlah suasana di flatlet biliknya tidak lah besar dan berdekatan dengan blok2 lain. Jagalah nada percakapan anda kerana jika anda bercakap dengan nada yang kuat bukan sahaja jiran sebelah bilik rakan anda yang dengar bahkan jiran blok berdekatan anda juga dengar dengan jelasnya apa yang anda borakkan.
2 – jangan sewenangnya minta rakam anda untuk memasang lagu dengan kuat.
Seperti yang saya jelaskan diatas apa2 bunyi yang kuat akan menggangu privasi jiran2 berdekatan bilik dan blok anda. Yang menjadi kutukan itu bukan lah anda yang bertandang tetapi rakan empunya bilik yang akan terkena kerana itu ialah biliknya. Jadi gunalah otak yang Allah anugerahkan anda untuk berfikir ye.
3- tidur di bawah.
Tidur dibawah bukanlah bermakna anda haruslah tidur diatas lantai sahaja. Tidak rakan anda bukanlah sekejam itu. Tetapi seperti yang anda maklum katil yang disediakan hanyalah katil single yang boleh memuatkan seorang bukannya dua orang. Memang anda menganggap rakan itu rakan baik anda tapi anda tidak tahu apa di dalam hatinya. Tidak semua org mampu mengatakan tidak kepada rakan baiknya kan.
4- jangan sewenangnya menggunakan barangnya.
Disebabkan tidak ramai yang mempunyai sense dan menggunakan barangan rakan seperti barang sendiri membuatkan saya terpanggil untuk mengupas tentang hal ini. Anda dan dia sama2 pelajar yang sedang belajar dan seharusnya anda haruskan membuang sifat suka menggunakan barangan orang lain. Sebagaimana anda tidak mempunyai wang untuk membeli barangan mahal jadi rakan anda yang mempunyai barangan mahal itu mungkin telah berjimat untuk membelinya..jadi jangan sewenangnya gunakan.
5- jangan makan makanan rakan anda seperti x pernah jumpa makan.
Amboi tahu la makanan ringan tu bff awak yang beli tapi bukan awak yang bayar kan. (Maaf teremosi) bila bertandang tu jangan la habiskan makanan tu macam makanan tu awak yang punya. Ok..?
Baiklah setakat ini sahaja yang dapat saya senaraikan. Jika ada lagi adab2 yang lain mohon anda senarai kan. Maaf jika diakhirnya saya teremosi. Maklumlah saya yang mengalami. Terima kasih sudi membaca.
– Nur ain
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit