Umur 21, Hutang RM20,000

Hi assalamualaikum. Aku kiah(bukan nama sebenar). Tetibe tergerak hati nak share pengalaman hidup aku.

Gaji aku 3+++. Ok bkn nk ckp pasal gaji. Tp nak cerita ttg leka nya seorg kiah dengan duit. Yes duit.

Gaji da mcm tu, slalu dpt call dr org bank offer kad kredit. Aku pun on je. So aku dah ada 1kad kredit(limit 5k). Tk berapa lama, aku seronok dan apply lagi kad kredit ke 2(limit5k). Ckup 3bulan kerja aku buat personal loan rm12k sbb aku nak beli kereta cash. Aku tanak buat loan 9tahun tu. Lepas tu aku buat lagi personal loan kat bank lain rm8k(sbb bf aku janji nk bukak bisnes buat modal). Aku percaya dia dan alhamdulillah dia bayar loan 8k tu smpai skrg . Tapi korg kira la sendiri berapa total tu semua.

Yang aku nak cerita, khilaf aku guna kad kredit dan dok apply personal loan utk diri aku. Lpas 6bulan kerja, kete cash aku tu dok buat hal.(kereta second)

Repair itu ini itu ini. Banyak perabih duit. Dalam tiap bulan mesti kena spent duit kt kereta. Lepas tu, kad kredit aku syokk je nak isi minyak swept card tu. Sampai tak sedar dah habis 5k utk isi minyak. Okay ada la jugak aku swept kt benda lain. Tp aku blh kira total swept tmpat lain rm2oo cmtu je.

Aku ad balance lg 1kad kredit. Masa mula dpt aku janji kt diri sndiri tanak ulang benda sama. Tp tu lah darah muda. Aku enjoy swept sana sini mostly kt baju and kedai makan. Yelah perempuan kan. Hmmm sebulan je, habis 5k.

Taktahu lah nak nangis ke nak apa ke. 3bulan lpas tu aku berenti kerja. Yesss. Sini aku nk cerita azab aku bayar loan.

Bulan pertama pulun cr kerja, tak dpt kerja. Aku da serba salah kat mak sbb tk dpt bg duit bulanan. Btw aku tk ckp kt mak aku resign. Aku still kluar pagi cm biasa tp aku ge interview. Aku pergi jelah mana mana office kecik selamba masuk tanya kerja kosong.

So hjung bln pertama bf aku tolong cover kan bayar smua loan aku termasuk monthly aku kat mak ayah aku. Bulan kedua aku dpt kerja. Dia byar sikit. Tp dia janji lepas 3bulan dia akn bg gaji sama ngan company lama. Tp kau tau gaji bulan pertama dia bayar Rm1+++ je. Alasan nya sbb pro rate. Dan prorate di bahagi 3o hari. Aku bengang so aku resign. (pdahal dlm offer letter kerja isnin smpai jumaat je)

Berbekal gaji rm1+++ tu la aku bayar segala mcm loan utk bln kedua. Lepas tu aku resign lagi. Aku carik kerja lain lagi. Sedar tk sedar sebulan aku tak dapat kerja. Benda yg sama aku buat mcm dulu, pergi masuk mana mana kedai. Tanya kerja kosong. Hari hari aku kluar rumah mcm aku pergi kerja. Sehinggalah hujung bulan, boyfriend aku sekali lagi jd tmpat mengadu. Dia tlong aku lg bayarkan segala loan termasuk la bg bulanan kat mak ayah aku.

Rutin aku still sama. Hari hari cek email, submit resume, pergi company kecik tanya kerja kosong. Tp aku kena plih company gak. Sbb takut mak bapak aku ge mall kang nmpak aku. Tu sbb aku kena cari conpany yg mak ayah aku takkan lalu area tu. Alhmdulillah, 2minggu lpas tu aku dpat kerja. Dia bg aku gaji dapat la 2+++. Mampu la jugak aku byar loan cm bese. 6bln lepas tu company aku dah nak bankrap boss aku cari alasan nak terminate staff.

Masa tu aku dah standby htr resume kt company company lain. Alhamdulillah, lpas seminggu tu aku dpt panggilan interview dan dpt kerja situ dan paling best aku dpt balik gaji pertama aku.

Taktau mcm mana nk syukur kt tuhan. Lega aku bermula dr tu, aku manage kewangan aku balik. Aku slow slow kumpul duit nk bayar duit boyfriend aku(walaupun dia kata tak payah) dan aku tgh slow slow kumpul duit utk stopkan interest. So lpas ni loan loan aku dah tak yah bayar interest.

Hehe. Sorry la kalau cerita aku tak menarik, tp aku ttap nak share supaya jd iktibar. Alhmdulillah skrg kewangan aku da stable dan aku nekad habis byar loan aku nk potong card tu dah. Risau klau aku guna lagi mcm dulu. Hihi

– Kiah Menyesal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit