Sahabat

Assalamualaikum admin. Pertama sekali terima kasih kerana sudi sediakan ruang untuk aku tulis confession di sini. terima kasih sekali lagi.

Aku di sini nak ceritakan tentang kisah dan perihal aku sendiri dalam bersahabat. Ada pahit dan manisnya aku simpan sendiri. Nanti nak grad mesti akan ingat segala duka bersama kan?

Korang mesti rasa bahagia kan kalau ada kawan yang sentiasa support korang kan? Support di sini bukan kau hanya bersahabat yang kau rapat, kau tolong. Actually, tu bukan sampai lagi taraf sahabat yang sejati. Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu tolong orang.
Tak kisah walaupun dia kena maki, kena herdik dan kena caci.Tak kisah tu bukan kawan rapat ke tak.

Sebenarnya satu sifat yang ada dalam diri aku ni pelik sikit. Mungkin bagi sesetengah orang lah, mereka cakap macam ni bila aku tengah berduka bila disisihkan rakan sendiri,

“Kenapa suka ambil berat pasal kawan yang lain? Mereka tak ambil tahu pasal awak pun. Tolonglah jangan jadi baik sangat..”

Dalam hati, aku menangis. Aku pernah risaukan keadaan mereka di luar sebab keluar tengah malam belum balik asrama lagi. Mesej kadang-kadang dalam group whatsapp dibiarkan macam tu sahaja. Tak dibalas. Lagi-lagi kalau aku ada pernah mintak tolong. Aku hargai yang membalasnya, cuma aku kesal.

Kesal bukan sebab apa. Mereka hanya tolong untuk yang rapat dengan mereka sahaja. Aku cuba beri peluang dengan diri aku sendiri. Cuba untuk bersangka baik. Mungkin mereka sibuk. Sangkaan ku sama sekali meleset.

Aku cuba untuk tolong mereka membuat kerja supaya prosedur kerja lebih cepat berjalan. Malangnya, mereka tak pernah hargainya. Apa-apa info atau news kadang kala aku ketinggalan. Mengapa jadi macam tu? Kenapa tak update supaya semua orang boleh membacanya?

Saat aku bertanya benda yang urgent dan penting, semua senyap. bila benda yang bukan penting, mesej penuh notification. Dah jem pulak handphone aku waktu tu. Namun, aku bersyukur sebab masih ada sahabat yang sudi menghulurkan bantuan.

Dia perasan perubahan aku di dalam kelas. Aku hanya mampu memendam rasa. Aku tak nak timbulkan pergaduhan kerana mereka ada geng. Sedangkan aku nak survive, perlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapinya.

Aku bukan tak cuba nak menjadi sahabat yang baik, aku cuba banyak kali. Mungkin sebab aku tak menepati ciri-ciri sahabat yang mereka mahukan rasanya. Aku mampu tersenyum di hadapan mereka walaupun hakikatnya aku menangis bila fikir tentang ini. Tinggal lagi 2 tahun sebelum grad. Aku harap persahabatan ini dapat dipulihkan

Buat sahabatku, ketahuilah aku sebenarnya sayang dan ambil berat tentang kalian. Walaupun hakikatnya korang semua tak nampak. Hanya orang lain yang nampak. Semoga korang semua berjaya dalam akademik masing-masing. Bila dah berjaya nanti, jangan lupakan aku. Terima kasih atas segalanya

– Nia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit