Assalamualaikum.
First thing first. Thanks admin kalau sudi siarkan perkongsian ni. Kalau tak sudi pun, admin baca sajalah buat suntikan semangat utk diri sendiri.
Bukan nak confess apa pun. Cuma nak share satu moment yg telah motivate diri ini.
Oh, sebelum tu. Aku lebih gemar bhasakan diri ‘aku’. Lebih mesra. Okay, aku merupakan pelajar diploma tahfiz di salah sebuah universiti tempatan.
Suatu hari…
Kak Bella tepuk bahu aku yg sedang duduk tepi ‘tasik’ dekat kampus kami. Menyedarkan aku dari lamunan. Dia duduk depan aku dan mulakan bicara.
” mentol !!(panggilan manja utk aku) , macam mana natijah(result) exam?” -kak bella
” subjek lain okay saja. Pointer cantik. Cuma.. Hmm. Hafazan quran. Macam biasa. Sama macam semester-semester lepas. Kena repeat”
“Alhamdulillah, kena repeat”-kak bella.
Terkejut aku dgn respon dia. Dah kenapa pulak akak ni.
“Kenapa terkejut. Ya, Alhamdulillah. Awk terpilih utk diuji Allah. Cuba fikir hikmah disebalik kena repeat quran. Awk dapat murajaah(mengulang) quran lebih dari org lain. Awk akan ingat quran lebih dari org lain. Sebab awk struggle. Betul tak?
Biasa la tu kena repeat. Setiap org kemampuannya lain lain. Tak sama. Betul tak? ”
Aku hanya mengangguk.
“okay. Dengar sini. Ingat senang ke Allah nak pilih orang yg betul-betul layak pegang 30juzuk DIA?
Kita nak masuk sini, Allah tapis dengan temuduga. Dah dpt masuk, Allah tapis pulak dgn exam sem 1. Seterusnya, exam sem2, 3, 4 dan seterusnya sampai sem6. Bukan mudah. Tapi, kalau kita gagal ditengah jalan, bukan bermakna kita boleh stop macam tu je. Mungkin kita masih lagi dlm penilaian Allah. DIA mungkin nak tengok kesungguhan kita. Mungkin kalau kita gagal kat sini, kita cari inisiatif utk hafal quran kat lain pula. Dan mungkin Allah mudahkan jalan kita kat situ.”
Aku dah start ‘taching-taching’ syahdu semua. Kak bella sambung lagi.
“Dan awk bayangkan lah, lepas dh berliku liku Allah uji awk utk capai 30juzuk ni, at last awk grad. Dapat sijil dan 30juzuk quran. Ya Allah, rasa tu… Awk je yg fhm diri awk. Perit nya. Pedihnya nak gapai 30juzuk ni. Awk je yg boleh appreciate diri awk sendiri masa tu. Rasa berbaloi jatuh bangun awk. Akak tak ckp org yg hafal 30juzuk tanpa diuji tu tak bagus. Alhamdulillah kalau Allah permudahkan urusan. Tapi, feel dia lain sikit. Mungkin kita akan expect ‘ouh, senang sangat rupanya nak hafal 30juzuk’. Tapi bila Allah uji, lain sikit tau feel dia. Masa tu, awk mmg tak sia sia kan dah quran yg awk hafal. Utk hargai pengorbanan awk, mungkin awk buat murajaah lebih banyak supaya quran tak hilang dari ingatan. Dan mungkin awk cuba utk mendalami alquran dgn lebih lagi. ”
Aku mula rasa kuat balik.
Kak bella genggam tangan aku..
“akak cuma nak cakap, apa yg penting jangan mudah mengalah. Allah tak pandang byk mana dh hasil awk menghafal. Tapi Allah pandang usaha awk. Kualiti hafalan awk. Lambat takpe. Janji berkualiti. Ramai mana yg Allah bg dia peluang hafal 30juz, lepas dh dpt 30juz.. Dia tak jaga. Tak beramal pun. Kadang, quran tak sentuh pun sehari tu , mengalahkan org yg tak hafal quran. Ingat ni, dik. Once kita dh hafal quran, life kita dh sedikit berbeza dari org lain. Kita tak boleh tinggal quran even sehari. Busuk busuk pun, sesibuk mana pun, at least murajaah quran 3-5juzuk sehari. Once kita tinggal quran, kita dh jdi lupa ayat quran tu. Makin lama makin lupa. Sebab Allah dh tarik balik. Sebab kita yg tak nak kan. Last, tinggal habuk je. Nak hafal balik? Jarang ada yg mampu buat. Itu je akak nak pesan. Yang penting igt ni je, ALLAH TAK PILIH ORANG SEMBARANGAN UNTUK PEGANG 30JUZUK DIA.” -kak bella.
Point dia kat sini. Kisah ni bukan nak suruh penghafal quran saja yg ambil zouq(kus semangat). Tapi, org lain pun sama. Kalau penghafal quran, ada 2benda yg dia kena fokus, quran dan subjek akademik.. korang fokus akademik saja, lagi lah kena bangkit. Jangan mudah mengalah. Jatuh bangun tu, semua dalam nilaian Allah.
Ramai senior aku yg setiap sem kena repeat. Sakit. Sakit. Biasanya, kami kat sini jarang sangat yg kena repeat subjek. Biasanya repeat quran. Dan senior aku tu.. Sampaikan dh final year, semester6 dh pun. Igtkan dh freedom. Rupanya kena repeat jugak. Hari graduasi, kau tengok dia nangis nangis pegang sijil, mak bapak dia menangis, dgn kau kau skali menangis. Sebab hanya sesama penghafal quran tahu macam mana liku liku yg dia lalui.
Anyway, thanks kak bella. Kalau terbaca confession ni, jgn taching-taching tauu.
P/s: kak bella panggil aku mentol. Biasanya kalau time aku down, baru dia sergah dengan panggilan tu. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi, aku tak kisah pun.
– Mentol
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit