Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua. first, syukran jazilan admin kalau sudi siarkan confession ni. kalau tak siarkan pon syukran jugak. sebelum tu, terpaksa bahasakan diri sebagai ‘aku’ dalam ni. maybe agak kasar but itu paling simple i think.
i am a student. a second year university student but not IIUM. before i start with my sharing, just wanna let you guys know that aku adalah bekas student di salah sebuah sekolah agama yang agak terkemuka. and yes, as you guys expected, aku seorang pemakai tudung labuh tapi aku bukanlah seorang yang alim jalan tunduk bawah 24/7. hehehehe bukan nak memalukan diri sendiri but this is the real me. tapi aku sangat beware dengan kaum yang bernama ‘lelaki’. its not that ‘anti-lelaki’, but aku cuma tak selesa bila bercakap dengan lelaki dan aku tak akan start conversation dulu.
to be honest, my parents tak alim pon tapi cukup menjaga batas pergaulan anak-anak dia. so kami adik beradik memang dididik dengan didikan agama dari kecik. aku sendiri pon dari sekolah rendah sampai menengah alhamdulillah dibesarkan di sekolah agama. tapiii seperti yang aku cakap tadi, aku bukan alim, aku seorang yang agak ganas, suka bergurau, suka senyum jugak tapi dalam kalangan perempuan je la. selama aku hidup sampai sekarang, lelaki semua cakap aku garang sebab tak senyum (dekat diorang) hahahaha.
aku memang sejak dari belajar memang tak plan nak sambung dalam bidang agama even i admit that study dalam bidang agama ni sangat beruntung dan best. tapi i wanna explore how further can a person yang ada basic agama macam aku boleh further study dalam bidang sains and how can i addapt dengan dunia luar. then alhamdulillah ni dah second year aku dalam bidang sains and yes still alive. sebenarnya point aku nak cakap kat sini pasal perangai senior kat sini. heheeh.
masa first-first masuk belajar dulu, macam biasa lah kan, banyak kelab-kelab yang promote suruh join diorang apa semua kan. aku tak berminat sangat sebenarnya, tapi memikirkan merit, join jugak la sikit. one of the kelab yang aku join adalah rakan masjid. aku tengok name kelab pon macam best so terus join la. and then after that ada kerap la jugak meeting tu meeting ni nak pilih organisasi bagai tu kan. and best jugak sebab banyak event yang diorang organize so why not we take this opportunity to gain knowledge kan.
other than that, ada jugak pasal sharing knowledge among each other. as we already know, dah nama rakan masjid kan, for sure mesti almost of them pakai tudung labuh kan. aku suka berada dalam kalangan macam tu. tapi yang aku tak berkenan, cara mereka. no, i mean perangai mereka di hadapan kita or lebih tepat di hadapan junior dan di hadapan banin tu lain. you know what, aku sebenarnya dah lama perasan benda ni. ye lah aku dah second year kat sini so kira aku dah addapt lah dengan suasana kat sini. akak-akak kat sini selalu sharing pasal aurat, yang tu common kan. yang paling famous, pasal ikhtilat.
sebab aku memang dari dulu terdedah dengan suasana agama, so ikhtilat tu memang aku jaga. tapi aku tengok rata-rata senior kat sini, especially yang pakai tudung labuh, semuanya tak jaga ikhtilat. tak semua, tapi most of them. mula-mula aku husnudzon sebab mungkin diorang ada something important and privacy kot nak discuss so perlu tempat yang sunyi dan jauh dari orang tapi lama-lama semakin menjadi.
dah second year kat sini, kadang-kadang aku pon naik menyampah tengok. kalau korang sendiri lah kan, orang tegur pasal ikhtilat tapi orang tu sendiri yang tak jaga ikhtilat. couple sana sini, bergelak tawa, bergurau senda dengan ajnabi. astaghfirullah. aku tahu tu tanggungjawab aku jugak untuk tegur diorang tapi aku tak kuat. maybe sebab aku fikir diorang senior, so diorang lebih tahu apa yang betul apa yang salah. dan aku, sebagai seorang junior, apa-apa yang aku buat, to ensure that i can strengthened my iman, i can improve myself, maybe by following the seniors as my inspirations.
memang lumrah macam tu kan, junior mesti ikut senior. so apa-apa yang senior buat, kita tengok, kita perhati. yes, i know that we have to follow apa yang betul, kalau senior buat salah jangan ikut. untuk aku, yes, aku boleh buat tu sebab aku tahu benda tu terang-terang salah, what if juniors yang lain yang tak tahu apa pun, even tak ada basic agama, datang universiti dengan harapan nak tambah ilmu agama, end up apa yang diorang nampak tu salah? i didnt know how to explain to you guys but im very upset with the youth nowadays. how can we said that we want to change the world kalau pemikiran kita, perangai kita, masih lagi tak berubah? kadang-kadang kita tak sedar pon apa yang kita buat.
for the conclusion, aku harap kita boleh berubah ke arah yang lebih baik. we have to know that everyones are looking at us and judging us. kalau kita sendiri tak boleh nak bagi contoh yang baik kepada adik-adik, siapa lagi? and for everything we wanna do, ingat Allah, ingat balik apa tujuan kita, sekurang-kurangnya buatlah untuk diri sendiri. dan semoga ‘aku’ juga diberi kekuatan oleh Allah untuk menegur apa yang salah dan perbetulkan. aku juga manusia sama seperti kalian, pendosa. May Allah guide us to the straight path, inshaAllah.
thank you for spending your precious times. Assalamualaikum.
– junior
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit