Assalamualaikum , warga IIUM Confession .
Firstly , saya nak ucap terima kasih kepada admin sebab sudi publish perkongsian saya hari ini .
Kisahnya , saya merupakan seorang yang baru sahaja “fresh graduate” daripada form 6 dan mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada dunia assignment dan exam . Tidaklah saya merehatkan diri langsung daripada dunia-dunia itu melainkan berpindah kepada dunia penulisan jurnal . Ya , saya minat travelling . Maka , saya gunakan sebahagian duit simpanan untuk mempelajari apa yang dikatakan sebagai kajian lapangan .( Btw , ibu bapa saya dah bawa saya naik flight seawal umur 4 tahun ). Sehingga kini saya mempunyai kenalan daripada pelbagai benua (exc : Oceania , Amerika Utara & Antartika ) , dan masih mempelajari 4 bahasa tambahan (English , عرب , Turkçe & Farsi) . Majoriti sahabat saya Muslim dan saya mempelajari pelbagai perkara baharu setiap kali saya mengerdipkan mata .
Hari ini , saya sudah memasuki salah satu Universiti dan saya sentiasa meletakkan IIUM Confession sebagai salah satu bahan bacaan harian selain (yg utama) Al Quran , newspaper dan novel . Juga saya minat untuk teliti setiap satu komen yg dilontarkan netizen terhadap penulis . Untuk pengetahuan , komen juga melambangkan peribadi seseorang . Majoriti netizen ialah rakyat Malaysia sendiri , dan anda yang commenting secara tidak langsung mewakili perangai rakyat Malaysia . Setiap kali anda komen sesuatu yang positif terhadap posting orang lain , saya pun akan turut gembira .
Saya masih muda , dan saya merendah diri untuk bercakap dihadapan individu yang hebat seperti anda .
Banyak newsfeed di facebook yang berlegar menceritakan perihal dunia . Bermula daripada cerita negara ini , kepada cerita negara ini . Kajian tentang penduduk negara ini , sehinggalah tepi kain penduduk negara ini pun facebook tahu . Sampaikan politik pun hendak disentuhnya . Saya hairan . Tapi , yang paling saya hairan , cerita yang tak sahih pun orang percaya .
Sehingga saya pergi sendiri ke negara tersebut dan bertanya berkenaan sekian-sekian perkara . Ternyata mereka menjawab ,”Dari mana awak ambil maklumat tentang ni?” . Kemudian , saya dijelaskan satu persatu tentang perkara tersebut . Setiap pendapat ada pro dan kontra nya . Maka , saya dengar kedua-duanya . Apa yang saya dapati , kebiasaan rakyat kita mendapatkan berita melalui newsfeed facebook perlu diteliti . Kata orang , “kena tengok balik”.
Saya taknak mention setiap negara dan berita-berita palsu yang anda terima . Apa yang paling terrible sekali ialah , komen rakyat Malaysia itu sendiri terhadap berita-berita tersebut . Ini yang saya nak highlight . Mungkin bagi kita komen tersebut , habis dekat situ je . Tapi bagi orang yang makan cili , dia yang terasa pedasnya . Apa yang anda yang komen bila ada orang buat statment ,
“Orang Malaysia semuanya busuk , tak mandi .. Bodoh ..”
“Malaysian semuanya sayang DS Najib sepenuh hati …”
Erkk ..
Maaf , agak kasar sikit . Itu kira ok , sebab ada komen orang kita yang lebih kasar daripada ini .
Ia sudah cukup teruk kalau anda kutuk bangsa sendiri , tapi akan jadi lebih buruk kalau anda kutuk bangsa lain . Ubah persepsi . Ubahlah cara komen anda .
Saya dah kata , saya ini muda . Muda ni pengalaman ni sikit . Tapi , better kongsi pengalaman yang sikit ni daripada menyimpan buat stok . Kenapa saya cerita tentang “komen”? Kerana saya belajar tentang komen drpd rakan-rakan foreigner saya .
Ada yang takde acc Facebook sebab dia kata FB ni tak penting . Sedangkan majoriti penduduk dunia ad FB .
Berubahlah .
Perubahan merupakan sesuatu yang memenatkan kerana perlu keluar daripada comfort zone yang sedang kita nikmati sekarang ni .
Seumpama kita dah dapat satu tempat duduk dalam bas ekspress . Kerusi empuk . Nyum-nyum . Tiba ii , ada sorang makcik ni nak tukar tempat duduk dengan kita . Tak ke kita rasa macam something ?
“Kerusi makcik tu tak empuk macam aku ke?
“Ke tempat makcik tu aircond kuat sangat?sejukk~
“Pemandangan tak sedap ke kat sebelah sana?
Hish , penat kan? Bukan setakat penat , bahkan dapat juga segenap komen-komen pesimis dalam minda kita .
Tapi , ada sesetengah manusia yg dapat menerima perubahan itu .
“Ya makcik , silakan~
Mungkin atas sebab prihatinnya dia dengan keadaan semasa . Ya , orang yang bijak sahaja dapat menerima keadaan itu .
Jadi , kesimpulannya yang dapat saya fikirkan melalui situasi ini ialah .
Orang + perubahan + optimis = bijak + pandai .
Bijak + pandai = komen baik = masyarakat baik .
*Maaf jikalau posting saya agak membosankan dan membuat ramai orang tidak selesa . Sekian .
– Satu Genih
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit