Tip Lawa Daripada Si Kecil

Assalamualaikum and hye untuk non-muslim yang sudi nak baca tips aku ni. Okay, usia aku baru 14 tahun, aku nak cerita sikit tips aku survive masalah acne.Yes acne :(

Tahun ni, tetiba jerawat aku tumbuh kemain laju lagi, memang teruk gila muka aku dengan kemerahannya serata muka, haih. Pastu aku banyak la buat research kat google and i tried these skincare routine and it work really really well. So ni la tips yang aku harap serbaguna untuk kaum adam&hawa yang tengah survive acne-prone skin :

1. Guna mild cleanser
Ni memang paling wajib. Mild cleanser ni memang khas untuk sensitive skin. Acne-prone skin is a sensitive skin okay. Sifat mild cleanser ni is, no fragrance, no soap. Kalau nak senang beli je brand cetaphil, 20 ringgit, 125ml tahan 3 bulan kalau pandai berjimat.

2. Lap muka guna tisu/clean towel
Okay this is veryveryvery must. Korang nak ke guna towel yang korang dah lap satu badan, yang basuh 1/2 bulan sekali. DON’T!! towel tu dah banyak kuman, bakteria yucks. So guna la tisu okay, tak pun towel yang memang untuk lap muka!

3. Guna cuka epal sebagai toner
Cuka epal??? Mesti busuk kan??? yes memang busuk hehehe tapi takpe la natural kan? So korang boleh beli cuka epal ni kat pasaraya yang besaq besaq na? Aku beli kat jayagrocer je. Satu botol 8 ringgit boleh tahan 5 bulan. Okay cara dia, korang beli botol spray, letak 1 bahagian cuka and 2 bahagian filtered water. Jangan spray! Letak kat tangan and sapu kat muka ataupun guna cotton pad.

4. Aloe Vera Gel sebagai pelembab
Aloe vera gel ni aku guna untuk kurangkan parut je, kesan dia tak nampak sangat, kalau nak try boleh je huhu. Aku pakai brand nature republic.

5. Minum green tea
Green tea ni sifat dia antioksida yang memang bantu dalam membunuh bakteria kat kulit. So minum la dalam 2-3 hari sekali. Green tea ni pun cepatkan metabolisme huhu.

Sebenarnya tak guna jugak kita try banyak banyak produk tapi diet tak jaga. So jaga la pemakanan , jangan makan benda berminyak selalu, jangan makan belacan selalu, jangan makan maggi selalu, kurangkan susu dan telur. Okay? Sekian sahaja tips saya berdasarkan pengalaman:) Good luck!

– bel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit