Assalamu’alaikum.
Confession ni ditujukan khas buat para lelaki yang selalu berdepan masalah mak/kakak/adik/isteri/anak yg spend masa terlalu lama bila berhenti solat.
Apa kalian rasa? Marah? Stress? Taknak bawak jalan dah?
Abang-abang sekalian, kami juga tertekan mengenangkan kalian yang lama menunggu kami di dalam kereta. Saya, mewakili wanita-wanita hebat di luar sana ingin berkongsi sedikit sebanyak masalah yang kebanyakan dari kami menghadapinya, yang segan untuk mereka luahkan kepada kalian yang ketika itu sedang menahan marah ketika itu.
Antara punca utama yang sering dialami mana2 wanita, KEPUTIHAN, yang malu untuk adik/kakak/mak abang nak explain kat abang2 ye.
Tetapi, harap kalian ambil sebagai ilmu dan lebih memahami wanita selepas ini. KEBANYAKAN dari kami mengalami masalah keputihan. Apa itu keputihan? Keputihan ialah sejenis cecair putih yg keluar dari faraj, sama ada sebab keletihan/penyakit/kebersihan dll. Ni, definisi simple, utk lebih lanjut kalian boleh rujuk wife masing2 ye. Tapi, keletihan tu adalah mesti kalau si dia tu dah round Mid Valley from south to north, from east to west, demi pencarian sepasang kasut yang akhirnya x beli pun,,, confirm, akan keluar keputihan. Keputihan ini adalah najis keadaannya, yang mana wajib dibersihkan terlebih dahulu sebelum solat.
Sebab tu, si dia akan cari toilet dulu sebelum masuk surau. Walaupun zohor tadi(katakan sekarang asar) dah ke toilet. Sebab, nak bersihkan dahulu demi menjaga kebersihan dan kesempurnaan solat.
So, abang2, harap lepas ni boleh memahami sedikit kami wanita2 ni. Jangan biarkan diri tu tertunggu je. Pegi la kerusi urut rm1 setengah jam tu ke, pekena kopi secawan dulu ke. Jangan la timbulkan keresahan yg hilangkan kekhusyukan kami. Haha.
Tambah2 kalau tengok tebal je mekapnye, lagilah lama nak tenyeh muka hilangkan mekap dulu.
Sekian, harap lebih difahami lepas ni.
– Kenanga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit