Assalamulaikum, terima kasih kepada admin dan pembaca semua. Nama hakak Ana dan sedikit perkongsian dari hati, lebih kurang macam tu kiranya.
‘entah, sekarang ni saya rasa jika saya tak berkahwin pun tak mengapa kot’ – wah statement berani kena kecam nih. Peringatan mesra tolong baca dalam nada yg lembut dan manja. Baru lebih memahami kaum hakak hakak gitu kan.
Hakak ni memilih untuk terus membujang bukan ape. Sebabnya hakak tahu dan lebih mengenali diri hakak sendiri. Bila kita dh memilih untuk berumahtangga ni banyak yang akan kita pertimbangkan dan bertolak ansur dengan pasangan hidup kita. Bakal Suami kita la kan. Demi keharmonian dan kesejahteraan bersama gitu. Dari segi kesetiaan, perbelanjaan bulanan rumah, dan perbelanjaan harian anak-anak. Kita akan jadi sangat memahami sebab kita ni pun bekerja dan kita tahu kos hidup sangat tinggi, jadi suami isteri kenalah saling membantu. Salah satu sudut positifnya wanita yang berkerjaya dan berusia ni dia akan lebih matang dalam memahami komitmen bulanan bakal suami nya sebab dia juga bekerja dan berdikari untuk keperluan dia sendiri. Jadi kita semua tahu banyak perkara yang akan kita ‘consider’.
Realitinya, kehidupan sekarang tidak sama seperti drama novel. Kehidupan sekarang jalannya terlalu berliku. Masakan tidak sekarang viral mengenai penderitaan dan penganiyaan terhadap kaum hawa, malah anak kecil juga turut terkesan. Semua itu adalah benar belaka. Sila hadam baik-baik ye adikku baik lelaki mahupun perempuanku. Pengurusan stress dan emosi yang baik adalah bermula dari rumah. Tolong ambil berat ye.
Wanita seperti hakak ni wujud. Iaitu kita akan menjadi terlalu memahami dan baik (mungkin naif) sehingga memakan diri kita sendiri. Kita akan menjadi terlalu berhati-hati (orang sekeliling kata memilih sangat) dalam berkawan dengan seseorang untuk dijadikan calon suami. Begitu la. Sebabnya kita tak nak ambil mudah dan bernikah dengan orang yang salah seterusnya kita akan menganiyai hati dan diri kita sendiri dan mgkin akan memilih untuk terus bertahan. Jadi ada lebih baiknya kita terlalu ‘cerewet’ sekarang supaya kelak kita tidak menyesal jika buruk juga yang berlaku. Sebab kita sendiri yang telah memilih dan membuat keputusan kan. Tetap bersagka baik dan lihat pada sudut positif ye.
Tanya pada diri hakak sendiri,
Apa yang kurangnya sekarang?
Keluarga sentiasa ada disisi. ‘social life’ yang sihat dan positif bersama kawan-kawan. Keluar jogging dan hiking. Alhamdulillah, ade rezeki keluar travel sekali dalam setahun.
Mempunyai berjaya yang sederhana(masih mampu membayar ansuran bulanan kereta dan rumah sendiri pada bank).
Hakak patutnya sentiasa bersyukur kan??
Apa yang akak miliki sekarang tidak ada kurangnya. Kasih sayang dari kelurga pada hakak tak pernah pudar. Hakak masih mempunyai doa dari kedua orang tua. Malah nikmat Allah tidak terhitung sekali. Ini semua juga rezeki dan kebahagian yang dikurnaiakan pada hakak. Alhamdulillah.
Secara zahir nya orang luar lihat kita sempurna Serba serbi dari perwatakan sehinggalah kepada pembawakan sahsiah diri. Kenapa kita masih membujang itu juga adalah ketentuan dari Illahi. Janganlah pulak kita persoalkan rezeki dan peratusan rendah pada dia untuk memiliki anak jika berkahwin di usia yang lewat. Sama juga janganlah sesekali kita persoalkan pada orang sekeliling kita mengapa belum dikurniakan rezeki anak sedangkan berkahwin pada usia muda. Tiada penjelasan ini kerana soal Jodoh, Maut, Rezeki, Anak adalah ketentuan Allah. Kita mampu untuk berdoa, berusaha, dan bertawakkal. Ini sahaja dari hakak dan terima kasih.
Tahniah dan semoga berbahagia till Jannah kepada semua pembaca dan terutamanya kepada yang masih single and always be seperti hakak ye. Tetap bersagka baik dan lihat pada sudut positif!!
-Miss Ana-
Become thirtySeries
– Miss Ana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit