Bukan Aku Yang Mencuri

Assalamualaikum.

Thanks admin kalau post aku ni disiarkan. Post ni panjang tau, aku warning siap-siap. Aku adalah bekas student Uia yang kecundang di CFS selama hampir 2tahun haha. Rezeki aku lepas tu diterima masuk ke sebuah IPTA di utara tanah air dalam bidang yang memang aku minat dan Alhamdulillah sekarang sudah bekerja hampir 2 tahun. Cukuplah aku bahasakan diri sebagai AKU, dan berumur pertengahan 20an.

Cerita yang nak aku sampaikan ni semasa aku disemester kedua tahun 2012 , of course bukan di UIA tercinta. lol. Walaupun dah bertahun kejadian ni, terasa masih segar diingatanku macam baru semalam terjadi. Kadang-kadang sesuatu perkara yang memberikan kesan mendalam kepada diri kita memang susah nak dilupakan ye tak. Ewahh

Semester kedua aku masih menetap dalam universiti, cuma roomates yang bertukar. Of course dengan orang yang tak kenal dan lain kos. Ruang bilik yang muat untuk dua orang disesakkan menjadi 3orang disebabkan lambakan student yang menetap dalam kolej. Bilik berukuran 15kaki panjang x 12kaki lebar disempitkan dengan 1Xsingle bed, 1xdouble decker, 3xstudy table dan 3xlocker. Tidak termasuk barangan setiap seorang ditambah pula aku pelajar jurusan senibina yang memerlukan ruangan yang luas untuk lukisan manual. Lebih memeritkan aku mendapat katil atas yang membataskan lagi pergerakan.

Roomates aku keduanya berasal dari pantai timur, tak payah aku sebut negeri mana semoga paham sendiri. Sejenis berpuak yang sering memulaukan aku seorang diri didalam bilik walaupun aku dah kehabisan topik untuk bersembang dan ajak berborak. Cukuplah aku nama kan dorang sebagai IRA & SHIDA. Memang aku sengaja bagi nama betul semoga kalau terbaca mohon hadam dan sila meninggal. Yes, dorang bestfriend dan satu kos mungkin dorang apply untuk duduk sebilik.

Long story short, kisah bermula apabila Shida kehilangan duit dua minggu selepas semester bermula. Disebabkan schedule kitorang tak sama, aku kat bilik dorang kat kelas dan sebaliknya. Jadi pagi tu, kebetulan aku takdak kelas, Shida kol aku mintak tolong carikan duit dia dalam bilik, atas katil etc. Amount dalam rm50. Ehh opkos lah takdak kan, mungkin dia tengah husnuzon tercicir dalam bilik. Aku pun masa tu takdak la nak pikir bukan-bukan, positip jela tercicir ataupun terguna lalu terlupa

Disebabkan ketidakselesaan aku nak buat assignment dalam bilik yang sempit ditambah pula dengan alat lukisan yang gedabak besar aku tu (plus sebenarnya aku kesian dorang tak selesa tidur dalam keadaan lampu terbukak aku stay up kan). Aku selalu la travel ke bilik classmates aku kat kolej sebelah, keesokan lepas subuh baru aku balik bilik dan tidur. Dalam seminggu boleh kira berapa hari je aku ada kat bilik, kebanyakkan masa aku habiskan dekat studio dan bilik classmates aku. Jadinya kejadian kehilangan duit si Shida ni kerap la berlaku dan kebetulan jadi time aku balik tidur kat bilik je. Kadang2 rm50 @ 100. Tapi si Shida ni aku tengok cool n husnuzon je takdak pulak dia soal-soal aku kat bilik, dia cuma mesej dan bagitau duit dia hilang dan suruh aku cari, tu je. Aku pun masa tu tak tau nak percaya ke tak, mungkin betul atau mungkin dia hanya buat cerita supaya aku stay terus kat bilik member aku sebab kalau aku balik mesti akan ada yang hilang jeng jeng jengggg

Kejadian kehilangan duit aku bermula bila aku nak bayar duit yuran aku sem tu. Disebabkan aku tak ambik ptptn, aku haruslah bayar manual kat bank. Nak pegi bank pulak kena naik bas pegi pekan. Tak jauh pun dalam 10 minit je. Aku pun tekan duit siap-siap dan simpan dalam purse lebih kurang 550. 500 yuran + 50 duit sara hidup sob sobs. 2-3 hari lepas tu barulah aku berkesempatan pegi pekan, tu pun sebenarnya dah last day bayar yuran kalau tak kena dismiss huhu

Aku pulak time tu tak terlintas langsung nak kira duit cukup ke tak sebab aku memang tak pernah sentuh pun duit yuran tu plus purse aku memang sentiasa ada dengan aku kecuali time aku mandi. Yessss, time aku mandi je aku tinggal purse dalam bilik. Itupun aku simpan kat tempat yang orang taktau. Ahh kalau dah namanya pencuri, engko letak dalam lobang jamban pon dia boleh bau duit engko tu! So masa dah bagi slip yuran tu dekat kaunter, aku pun ambil duit. Masa nak kira tu aku dah pelik ehh apahalll sikit je not 50 ni. Kira-kira nahh ada 300 je. Weiiii mana lagi 250?? Muka aku masatu dah pucat habis dah. Terpaksa la aku tebalkan muka pinjam duit member aku sorang 100+100 nak cukup kan 200. Kiranya aku memang takdak satu sen pun sebab 50 duit makan aku tu dah burn dirembat jembalang

Lepas settle bayar yuran, aku terus call roomate aku si Shida ni suruh dia check kot2 tercicir dalam beg kelas aku kan walaupun instinct aku kuat cakap duit tu memang nan hadoo. Sedih betul aku time tu naik bas pun member yang tolong bayarkan. Nangis-nangis aku call bagitau mak aku, mak aku pulak senang je cakap, dah takdak rezeki nak buek macam mana. Odw ke bilik, aku terserempak dengan roomates aku aka si Shida n Ira ni. Guess what, dorang buat taktau je tengok aku. Hahahahahaa padahal muka aku masa tu ketara sangat baru lepas nangis okehhh

Dan perjalanan hidup aku kat bilik tu berlalu seperti hari-hari biasa macam takdak apa-apa yang berlaku. Aku pulak bukan jenis yang suka nak menuduh orang sesuka hati, aku anggap tu sebagai pengajaran untuk aku lebih berhati-hati dimasa akan datang. Banyak bulan lagi aku nak hadap muka dorang dalam bilik, tak best la kan kalau nak masam-masam muka. Kenapa aku tak report pihak kolej? Aku sebenarnya tak sure sapa yang rembat duit tu antara dorang berdua. Duit tu hilang dah berapa hari pun aku tak pasti tapi last time aku kira memang cukup. Taknak la aku main serkap jarang je menuduh tak tentu pasal. Anggap la tu bukan rezeki aku

Ok sebenarnya ini baru permulaan episod kehilangan duit aku dan Shida. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku tak sebut pun nama seekor makhluk lagi tu. Kalau korang dah tak sanggup baca karangan 15muka surat aku ni korang skip jela haha. Sebenarnya aku dengan si Ira ni tak berapa nak ngam sangat. Dalam bilik tu dia hanya akan cakap dengan Shida je buat macam aku ni tak wujud so baik aku cakap dengan dinding je kan. Kalau dia nak tegur aku buat salah dalam bilik tu, dia akan wakilkan dekat si Shida. Dia takkan cakap direct dekat aku.

Tak lama lepas tu, kejadian duit hilang berulang kembali. Shida mesej aku bagitau duit dia hilang dan suruh aku cari kot2 tercicir. Berapa banyak kali tercicir dah kan takkan masih nak berhusnuzon lagi. Aku pun dah fedap dengan episod kehilangan ni yang macam tak berkesudahan dan tergeraklah hati kecilku ini dan aku cakap kat dia—- dia pernah hilang duit, aku pernah hilang duit, sapa dalam bilik ni yang tak pernah hilang duit? Bukan nak menuduh tapi dah banyak kali jadi kalau bukan aku, bukan Shida, siapa lagiiiii….haaa lebih kurang macam tu la mesej aku kat Shida. Shida terus tak balas.

Lepas je aku mesej Shida macam tu, tengahari waktu lunch aku balik bilik. Sebab time tu bulan puasa, sementara tunggu kelas pukul 2 aku lepak lah kat bilik sambil layan movie. Shida ada masa tu tapi dia tengah tidur ke buat-buat tidur aku taktau. Lepas tu Ira balik dan duduk atas katil, muka dia resah sangat macam ada masalah besar. Lepas tu dia terus keluar bilik. 5minit macam tu, dia datang bawak member dia dua orang yang ntah datang dari mana, terus serbu bilik aku. Aku dah mula rasa tak sedap hati, apatah lagi bila dengar dia dok cerita kat member dia tu, ayat lebih kurang macam ni “Semalam aku letak kat sini, pegi kelas tadi dah tak ada, dop tahu gak sapo amik”. Hok aloh doh bakpo aku kecek hahahaha

Aku yang baik hati suci murni time tu boleh pulak pegi tanya, KENAPA IRA ADA MASALAH KE…..dah memang aku tak tahu apa kan so aku tanya la lagipun aku ada hak kan sebab tu bilik aku jugak. And opkosss la pertanyaan aku tu dibalas dengan jelingan maut dari dua orang kawan Ira tu. Aku nama kan dorang sebagai Gemok kwanghajor dan Keding musibat. lepas tu barulah aku tahu, si Ira ni claim yang dia hilang duit rm300!! Whatttttt. Baru pagi tadi Shida mengadu hilang duit, lepas aku bagitau yang aku syak si Ira tiba-tiba dia pulak cakap yang dia hilang 300. So korang pun boleh agak sendiri la kan siapa yang bakal dituduh dalam kes ni.

Oleh sebab dorang berempat (Shida, Ira , gemok kwanghajor & keding musibat) macam nk menuduh orang yang takdak kehilangan ini yang mencuri, aku pun teruslah bekap diri sendiri yang aku pun pernah hilang duet 250 sebelum ni dalam bilik tu. Takdak pulak aku menuduh sapa-sapa. Dan si keding musibat tu terus pangkah aku dan tuduh aku menipu hilang duit, kalau hilang mana bukti. What the fish…..

Lepas tu Ira suruh dorang selongkar barang aku cari duit dia yang hilang 300 tu, siap cakap lagi yang dia percayakan Shida. Ahhh nampak sangat lah yang dia memang nak tuduh aku pon. Aku memang tak puas hati la sebab aku tak ambik duit tu pun, so tak adil la kan kalau nak selongkar barang aku sorang je tapi si Shida kawan baik dia tu terlepas. Memang ni propaganda dia lepas dia tahu mesej aku kat shida pagi tu. So nak elakkan diri dia dari dituduh mencuri duit Shida, dia pun buat la onar yang dia pun hilang duit jugak. Hari yang sama tu yang aku takboleh blah tu. Logik la wehhh ko tekan rm300 ko letak atas katil, ko turun beli makan tak bawak purse. Aku ni jangan kata duit ko, purse ko pon tak pernah aku tengok kot

Disebabkan aku sorang-sorang time tu, apa yang aku cakap memang dibangkang habis-habisan la dengan dorang berempat. Daripada aku terus menunggu baik aku blah pegi kelas. Sebab dorang masih dok selongkar barang aku, aku cakap lah cepat sikit aku nak letak laptop dalam locker kang hilang pulak laptop aku. Pastu si Keding tu balas “ EHH TAKAT LAPTOP KO YANG MURAH TU KITORANG TAK HINGIN LA, LAPTOP KITORANG LAGI CANGGIH-CANGGIH LA WEIII”. Ok sentap jap bila ingat baik.

Sebelum aku nak blah tu, dorang minta nak check purse aku. Aku malas cakap banyak dan memang aku tak bersalah pun, aku amik purse dan campak kat muka dorang. Aku cakap, dalam tu cuma ada 50 je tu pun duit elaun makan kolej yang aku baru tekan (kebetulan masa tu awai bulan). Pastu dorang pangkah aku lagi, “KO TAKYAH NAK MENIPU LA, DUIT ELAUN MANA MASUK LAGI, KITORANG PUN DAPAT LA”. Ahhh daripada aku buang masa bercakap dengan makhluk yang tak paham bahasa ni baik aku nyah cepat2 dari neraka tu. Aku blah tak bermakna aku takut tapi sebenarnya aku ada kelas penting waktu tu lambat sesaat ko duduk la belajar kat luar. Opkos la aku menangis odw pegi kelas tu weiii sedih kot

Wei apahal macam panjang pulak cerita aku ni. Nak sambung ni mau makan dua hari tak habis baca. Dipendekkan cerita, lepas je habis kelas haritu aku terus pegi pejabat kolej dan mintak tukar bilik, disebabkan kes aku ni agak berat, masa tu juga aku dapat kunci bilik baru. Aku siap explain kat hakak kolej tu yang aku nak keluar dari situ bukan sebab aku bersalah, tapi macam mana aku nak duduk sebilik hadap muka dorang dan buat macam takdak apa2 berlaku lepas dorang dah tuduh aku macam2. Go to hill lah

Lepas aku balik bilik haritu, memang bersepah habis barang aku dari locker hingga ke meja study. Aku pulak start agenda memerli, haaa amacam jumpa tak duit hang yang hilang tu?? Ehhh lupa pulak bilik ni memang ada bibik ponnn nak tolong kemaskan barang-barang aku yang bersepah ni kan. Huh masing-masing sunyi sepi. Pandai pulak ye diam masa kawan engko ada tadi bukan main lagi ko berdrama kan. Sengaja aku stay situ 2-3 hari sebelum pindah bilik lain sebab nak perli-perli dorang. Shida tu boleh pulak cakap kat aku “BOLEH TAK KITA SEMBANG BAIK-BAIK KITA KAN NAK DUDUK LAMA DALAM BILIK NI TAK SERONOK LA MASAM-MASAM MUKA MACAM NI”. Ahh memang salah besar la kau cakap macam tu. Masa sebelum korang tuduh aku ada tak korang ajak bersembang baik-baik, takdak pun kan korang main serbu je.

Jadi, kepada dua makhluk tu kalau terbaca post aku ni, ketahuilah korang yang salah sorang daripada korang tu yang sebenarnya mencuri dan menipu. Apa yang korang buat kat aku, semoga Allah yang membalasnya. Tahu tak sebab perbuatan fitnah korang, si Gemok dan si Keding tu kalau terserempak dengan aku dalam universiti dorang akan jerit panggil aku PENCURI. Kesan dia masih terasa sampai harini tau.

Thanks korang sudi baca. Maaf kalau terrrrrrrlalu panjang. Lama sangat rasanya aku simpan sensorang.

– bukan aku yang curi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit