Aku Seorang Isteri Atau Suami?

Assalamualaikum semua..tq pada admin kalau siarkan confession aku ni. Aku bukan student iium..tapi pernah blajar di IPTA. Niat bukan nak bukak aib sesiapa, tapi aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa. Aku keliru, kadang-kadang aku rasa sangat letih dengan semua isu yang aku hadapi.

Aku dah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Bekerja sebagai seorang penjawat awam. Suami juga bekerja. Sebagai seorang isteri, seorang ibu dan seorang pekerja, aku rasakan hari2 aku penuh dengan kerja-kerja yang tak akan habis. Siang bekerja hakiki, malam jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tapi, aku kadang-kadang letih yang amat bila malam hari apabila kerja banyak di waktu pejabat. Harapan seorang isteri apabila situasi ini, mesti nak suami akan tolong untuk uruskan anak-anak. Namun, itu semua tak terjadi pada aku. Suami susah nak tolong aku. Semua kerja rumah aku yang buat. Kerja dia hari2..main fb dan whatssap sahaja. Ada satu hari, aku sampai mengamuk pada anak2 bila aku terlalu letih n anak-anak menangis mintak susu. Suami hanya duduk di ruang tamu dan handfone x lekang kat tangan dia. Aku memang dah naik angin.

Banyak lagi kejadian yang berlaku. Sekiranya aku memang dah x tahan sangat, aku akan nangis dalam bilik air. Kadang-kadang aku fikir, ada harga ke aku.Aku ni bernilai ke bagi dia. Sampai dia layan aku camni. Mana tanggungjawab dia?. Pasal kewangan pun sama. Duit barang-barang anak, duit susu pampers anak, duit belanja dapur semua aku yang uruskan. Dia hanya bayar rumah dan bil.Bil pun kadang-kadang tertunggak.Kadang-kadang dia pun pinjam duit dengan aku.Pastu dengan megah dia cakap duit aku habis sebab aku kuat makan. Ye, aku memang kuat makan, tapi semua duit aku.Aku keja dan dia yang izinkan aku kerja. Aku x boleh nak bayangkan sekiranya aku tak bekerja, macam mana dengan anak2 aku. Cukup ke susu diorang nanti, pampers diorang nanti camaner? Aku boleh terima sekiranya suami x mampu, tapi yang aku tgk, suami lebih kepada beli barangan peribadi dia. Contoh, baju raya anak-anak, baju raya dia aku yang beli..sebab alasan dia x ckup duit, tapii, dalam diam2 dia beli jeans kat dia yang harga rm200 lebih..menyirap aku..Aku rasa dia lebih pentingkan diri dia sendiri.

Aku sedih, kadang-kadang malu dengan mak ayah kat kampung. Kerja dah lama, tapi x ada simpanan. Sebab semua gaji aku akan habis tiap2 bulan. Risau jugak sekiranya ada sebarang emergency. Tapi, tawakallah. Kadang-kadang balik kampung, ayah aku lak tanya, ada duit x?Kdang-kadang nak balik, ayah yang bagi duit, aku segan, aku x ambik. Sepatutnya aku yang bagi duit kat mak ayah. Sekarang ni aku rasa betul2 stress. Sekiranya tak mampu dari segi kewangan, cubalah untuk tolong aku uruskan anak-anak dan kerja rumah, Mungkin sejuk sikit hati aku. Tak adalah sampai aku nak mengamuk dengan anak2.

Pada suami di luar sana, ingatlah, isteri ini perlukan pertolongan anda. Walaupun dia x cakap dia nak mtk tlg, tapi kalu anda dengan rela hati tolong isteri, akan dapat lihat bahagia di wajah isteri anda. Isteri yang dah bekerja n ada duit sendiri, dia x pikir pun nak dapat duit dari suami dalam jumlah yang banyak, cukup suami ada waktu susah senang, cukup suami dengar sekiranya ada masalah n ckup suami faham sekiranya isteri memerlukan bahunya. mengikut agama kita, semua tanggungjawab menguruskan rumah ada;ah tanggungjawab suami. Jadi, isteri dah banyak tolong anda. Jadi, hargailah isteri anda sementara berkesempatan. Cuba bayangkan sekiranya hari2 yang dilalui tanpa isteri anda disisi…Lengkap x hidup anda. Semoga aku sentiasa tabah dalam menghadapi ujian Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan aku.

– isteri dia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit