Assalamualaikum.
Baru-baru ni, aku ada terbaca satu artikel berkaitan media sosial dgn kekukuhan sesuatu hubungan. Kajian tu mengatakan bahawa, kalau orang yg suka post kt FB, update kat instagram ni, sebenarnya hubungan pasangan ni tak berapa bahagia. Senang kata, macam nk sorok pekung kt dada la, acah-acah sweet gitu. Lepas tu, aku pun baca ramai la yg dok sokong benda tu, sambil cakap ” eleh, tu lah, sibuk nak menunjuk sgt, mcm die sorang ada bini”, ” aku ade kenal sipolan ni. Sibuk menunjuk kt FB. Tau-tau je laki die kena songlap dgn minah lain. kan dah dapat balasan. sibuk sgt nak menunjuk.” Eh? Korang ni bersetuju sbb jeles ke sbb pasangan korang tak macam tu, atau korang jeles sbb korang tak dpt merasa mcm tu?
Sebab apa aku cakap mcm tu? Sbb rata-rata yg komen tu, semua dok mengutuk org yg sweet laki bini kt FB. Hei, biarlah dia nk sweet ke, sawit ke, ape kau nk risau? Itu kan laki bini diorang, anak beranak diorang, bukan laki bini korang, bukan anak beranak korang. Yg dia post tu, kt FB diorang sendiri, bukannya dia menyebuk suruh kau post kt wall FB korang. Yg korang dok sibuk nak jeles tu kenapa? Yg plg aku tak boleh terima, siap ada yg cakap ” Eleh, nnt tgk la. tak lama bercerai la tu.”, ” eleh, menunjuk sgt. nnt anak tu kena culik, baru tau”. Eiiiiii. Jahatnye mulut korang? Mmg kena takde insurans ek? Mulut celupar mengalahkan bullet train kt Jepun tau. Doa yg tak baik utk kebahagiaan org lain. Ape perasaan kau bila org doakan korang mcm tu? Sedih tak?
Aku bukan nk backup sesiapa. Tapi kalau dah rezeki die mcm tu, kalau memang bahagian dia dah mcm tu, mmg la tak sama dgn rezeki kau. kebahagiaan tu pun sebahagian dari rezeki ye, jgn ingat duit je yg rezeki. Selain tu, orang kalau dah excited sgt, kalau dah terlalu gembira sgt, pulak mmg yg jenis suka melayan media sosial ni, diorang akan mudah nak share dgn kawan-kawan. Pulak dpt kawan yg jenis hanya berhubung melalui media sosial, memang la medium tu je yg die ade nk berhubung. Diorang nak kongsi kegembiraan dan kebahagiaan yg diorg ade. Tapi, diorang tak terfikir pulak nak berdepan dgn manusia yg busuk hati mcm ni.
Sudah-sudahlah jadi busuk hati. Sikap dan perangai seseorang tu bergantung pd sekeping hati. Busuk hati kau, busuk la perangai kau. Biarlah org tu nak bahagia ke, nak menunjuk ke, nak ape ke. Kau bosan? Kau block je org tu, unfollow je. Kan mudah. Dari kau sibuk mendoakan benda yg tak baik, kau fikir kau tu tahap malaikat ke? Sudah-sudah la meroyan tu. Nanti kau pulak yg terbalik, sibuk dok mencanang kebahagiaan kau kt media sosial, bersedia ke kau nk jilat ludah sendiri?
– Happy bear suka Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit