Penat Pergi Interview

Assalamualaikum

Aku nak share pengalaman aku sepanjang jadi penganggur terhormat. Aku baru sahaja konvo baru-baru ini, selepas tamat pengajian aku terus apply kerja. Dari satu interview ke satu interview aku pergi, segala list perkara do and don’t dalam interview pun aku dah hafal. Tapi sampai sekarang satu apa pun tak mendatangkan hasil.

Dari company besar sampai company kecik pun macam tak nak pandang aku, result aku even bawah 3.00 atas 2.7 tak adalah teruk sangat. sedih giler masa tu tengok kawan aku dah kerja, start beli kereta, start kawinlah. aku ni? ilek. habuk pun tarak.

Pernah sekali tu aku pergi interview, untuk position web designer dekat Jalan Sri Hartamas 1, hr company tu email aku pagi2 buta lagi. Lebih kurang macam ni emailnya.

“Hope you are well.
Wanted to reach out to you about the interview session.
Do take not it will be cancelled.
Apologies for the late notice”

Aku baca sekali lalu, nampak perkataan “NOT” so aku fikir tak cancel lah interview tu. Aku reply “Noted” untuk inform yang aku dapat email tu. Pergi sana hr dia macam blur. Siap tanya tak dapat email ke? Aku cakaplah “dapat, tapi bukan you cakap tak cancel.” Then boleh pulak dia reply “I tengah busy banyak kerja. You datang lain kali, bos pun tak ada.”

Korang rasa patut aku maki tak hr tu? ingat aku datang interview tu nak main-main ke? selalu hr yang aku jumpa baik-baik je, first time jumpa hr macam ni perangai. Bukan nak inform betul-betul. At least call lah aku cakap cancel. kan senang. Aku punyalah follow guide nak apply kerja untuk jaga hati para majikan. Tapi macam ni cara dia treat candidates?

Bila aku cerita kat kawan aku, siap tunjuk email tu. Kawan aku cakap mungkin dia tersilap kot. Perkataan not patot tak ada. See??? Macam mana orang hr boleh careless macam ni sekali. Aku bukan nak cakap semua hr, aku nak tuju kat hr company tu. Bila candidates careless masuk tong sampah lah resume.

Stress pun yer, aku pergi kelas bakeri nak isi masa lapang. Last-last aku menjual kek dengan biskut hantar dekat kedai-kedai dengan kantin sekolah. Walaupun pendapatan tak banyak, penat berganda aku berpuas hati sebab dapat bayar ptptn, bagi duit kat parents dan dapatlah saving sikit. Sekarang, banyak pulak request minta aku buat kelas untuk belajar buat kek dengan biskut. Alhamdulillah. Rezeki tak pernah salah alamat.

– Cik Penggangur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit