Terima kasih iiumc kalau siarkan luahan aku ni—
Aku ada baca tentang confession ‘abangku serigala jadian’
Dan aku baca mostly komen orang suruh buang keluarga, halau rumah, report polis. Dan aku yakin yg bercakap macam ni keluarga diorang takda ahli keluarga yg nasib mcm ni.
So, aku terasa nak luahkan ape aku rasa. Sebab abg aku pun —- sedih sebenarnya nak cerita.
Abang aku dulu dia tak macam ni. Tapi sejak 10 tahun lepas dia mula terjebak satu demi satu dengan benda2 yg memusnahkan diri dia.
Yg mana dapat agak tu. Ye betul, dia terjebak dengan ice baby; ganja; ketum. Ini setakat yang aku tahu sbb dia banyak kali kantoi.
Mesti korang dah judge kan didikan ibu abah aku tak sempurna sampai abg aku jadi macam tu. Ye betul. Memang abah aku bukan role model dalam family aku. Tapi aku taknak sentuh pasal abah aku. —Dan sejak 10 tahun dulu abg aku dan abah aku ibarat musuh. Abg aku memang dah hilang langsung respect dekat abah aku. Dan aku faham kenapa dia macam tu sebab aku tahu perangai abah aku. Korang yg anak kesayangan abah boleh senyap je sebab korang tak dapat abah mcm aku. So bersyukurlah. Aku masih boleh respect abah aku sebab aku sedar macam mana pun dia still bapak aku. Okay nak cerita abang aku sebenarnya.
Aku kesian dekat dia. Sumpah kesian sebab sampai sekarang dia masih dalam dunia dia dalam zon dia sendiri.
Dulu bilik dia kemas. Lebih kemas dari aku. Dan dia pembersih dulu. Sekarang bilik dia mcm tong sampah. Semua benda dia bawak masuk dalam tu.
Mesti korang akan bagi cadangan untuk pulihkan dia kan.. Percayalah semua benda yg korang pikir tu dah apply tapi still tak lut dekat dia. Dia dah pernah kena jail. Bukan lokap ok, tapi jail. Lokap tak payah cerita berapa kali. Jail tu sekejap je lepas tu ibu aku ikat jamin. Semua ibu aku yg selamatkan dia. Air mata ibu aku ni kalau nak ukur aku rasa dah tak terkira dalam masa 10 tahun ni.
Ye ibu aku hatinya lembut. Dia dah pernah halau abg aku. Tapi end up dia yg menangis sendiri.. Sebab itu anak dia. Busuk mcm mana pun tu anak dia. Dia je yg faham macam mana rasanya kalau org lain suruh pukul abg aku ke, serah kat polis ke, aadk ke, tapi ibu aku ni tak sanggup. Aku pun tak sanggup tengok dia hari2 nangis masa abg aku addicted teruk dulu. Even bapak aku pun dah taknak amik tahu. Ibu aku la naik turun balai mahkamah tebalkan muka. Sebab anak dia. Dan berulang kali pun abg aku still tak berubah.
Peluang? Beratus ribu kali dah ibu aku bagi peluang sampai aku banyak kali marah ibu aku sebab tak sedar2 lagi yg abang aku ni teruk dan asyik tipu je nak berubah. Tapi sejak setahun lepas aku mula faham perasaan ibu aku dan aku dah tak marah dia sgt(kdg2 je sbb tak tahan tgk abg aku layan ibu mcm tu). Aku stress tgk ibu aku menangis.
Pernah dah ibu aku hantar abg aku tinggal dengan family pakcik aku untuk kerja. Tapi abg aku jenis tak boleh jauh dgn ibu aku. Entah kenapa tapi dia memang tak boleh jauh. Paling lama pun tahan satu dua bulan, pastu dia akan balik rumah jugak. Taknak kerja dah. Kalau aku, memang dari sekolah duduk jauh asrama so aku memang tak kisah kalau duduk jauh. Tapi abg aku tak pernah duduk sendiri. Dia tak reti. Dan dia tak nak. Dia still nak ibu aku depan mata even dia tak hormat sgt pun dekat ibu aku tu.
Korang mesti dpt agak kan yg abg aku ni pakej. Dia mencuri. Yes. Curi sape? Curi segala mak nenek barang dalam rumah aku. Dari sekecik kecik brg sampai sebesar2 barang hatta tv lama yg duk dlm stor yg besar gedabak tu. Can u imagine? Why he did that. Sebab nak duit beli ice. Ice is mahal. Barang kemas ibu aku takyah cerita la. Pantang letak merata confirm lesap.
Solat? Ye dia memang dah lama tak sentuh sejadah. Solat jumaat lagi lah. Sebab memang family aku dari anak2 kecik tak diasuh. Dah besar baru nak suruh. —abah aku punya style. Kecik dia manjakan sampai tak reti apa. Dah besar dia suruh budak tu taknak buat or tak reti buat dia bising mengamok. Jgn follow ok. Tak bagus. Nak didik anak biar dari kecik.
Abg aku ni dia pandai lembutkan hati ibu aku. Dah beribu janji dia cakap nak berubah tapi tak buat. Janji yg siap menangis teruk depan ibu aku, mcm mana ibu aku tak lembut hati? Dan beribu kali tu lah ibu aku tetap akan bagi peluang dekat dia. Sebab apa? Sbb tu anak dia. Anak sulung dia. Dan dia sayang anak dia walau anak dia macam setan. Yg mana alami je faham. Yg mana keluarga korang perfect berkasih syg, korang boleh senyap je. Tak payah komen pape.
Abg aku dia dah hilang keyakinan diri untuk bermasyarakat sebenarnya. Sebab dia malu dengan diri dia yg macam tu tapi dia takde abah yg boleh support belakang dia. As we said man to man punya advise. He dont have it. Aku sangat kesian dgn abg aku and aku sedih sangat. Aku tahu dlm hati dia dia ada rasa nak berubah. Tapi dia tak kuat. Dia je tahu ape dia rasa. Lagipun abg aku dia bukan jenis bawak anak dara org merata2. Dan aku rasa salah satu penyebab dia terjebak ni adalah bekas kekasih dia. Dan sampai sekarang dia memang takde awek lain lagi. Dulu waktu pindah rumah (lima tahun lepas) aku kemas bilik dia dan aku jumpa surat2 gambar2 dia dgn kekasih lama dia dalam satu kotak kasut. Aku sedih bila tengok benda2 tu sbb kekasih dia tu dah kawin dah. Aku kenal sebab satu sekolah dengan aku dan abg aku. Dan aku rasa abg aku memang tak bole lupakan sampai sekarang. Aku amik kotak tu aku simpan tapi aku cakap dia aku dah buang semua benda2 tak pakai.. Aku tak cerita yg aku jumpa kotak dia tu. Oh masa yg aku kemas rumah nk pindah tu abg aku takde kat rumah. Dia masa tu ibu aku anta g uma pakcik aku kot untuk konon bagi dia berubah. Tapi jadi balik.
Ibu aku pernah tanya dia haritu nak kawin tak ibu aku nak carikan. Dia marah ibu aku balik. Dia kata dia taknak and jangan suruh dia kawin.
Macam da panjang je tulisan aku neh. Hehe.. Takpela kita skip. Banyak lagi kalau nak cerita tapi cukup aku nak bagitahu yg korang bernasib baik takde ahli keljuarga mcm ni. Dan korang takde hak nak maki2 dan suruh buang abg aku ni dari keluarga. Mcm mana teruk pun dia darah daging aku. Wali sah aku.
Sekarang ni abg aku dah ok sikit dah tak amik ice tapi still amik ketum. Tapi aku syukur sbb sekurang2 nya dia dah tak tengking2 ibu aku. Cuma dia still cakap kasar kadang2.
Aku yakin doa ibu aku tu akan ubah abg aku suatu hari nanti supaya dia jadi manusia normal. Kalau korang sudi doakan lah sekali. Terima kasih.
– Adik Abang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit