Sahabat Dunia Akhirat

Assalamualaikum semua,

Aku nak cerita pasal kawan baik aku. Banyak benda aku belajar dari dia. Harap korang pun dapat sama sama belajar dari kisah hidup dia.

Kami kena di Universiti, dia duduk sebelah bilik aku semester 1. Aku nampak dia dari hari pertama lagi. Dia angkat barang barang dia masuk bilik di tingkat 4 masa tu. Tak sangka kami 1kos dan satu kelas. Aku tegur dia dahulu, kata dia duduk kat tingkat 4 sebelah bilik aku. Automatic kami jadi bestfriend dari hari tu.

Aku tengok dia biasa biasa je, cuma unik skit la sebab dia orang Sabah dan aku xpernah ada kawan dari Sabah. Nak kata alim, xda la. Just biasa biasa tudung tutup dada, pakai baju tak ketat dan xpernah bercakap kasar dan kesat.

1. Kewangan.

Semester 1, dia xda PTPTN sebab bapa dia suruh tunggu tawaran biasiswa. So aku expect la dia tu kaya sebab dia jarang minta duit dekat mak bapa dia. Aku pun tanya la dia brapa ratus mak bapa dia hantar kat dia sebulan. Dia gelak, dia kata rm100. Aku terkejut. Macam mana dia bleh survive dengan rm100 sebulan. Dia kata makan nasi sehari sekali. Beli biskut banyak banyak dan kalau lapar makan roti je la. Aku terkedu. Belanja aku makan saja dah rm300 sebulan. Belum kira lagi kalau duk keluar outing seminggu skali. Dia kata, dia tahu macam mana susahnya nak cari duit. So, nak minta duit dekat mak bapa dia tu dia fikir lebih 10kali.

Masuk semester 2, dia dapat biasiswa negeri. Depan mata aku sendiri dia kirim duit dekat mak dia half dari duit biasiswa tu. Tiap tiap sem dia memang akan hantar duit. Aku nak bagi macam tu kat mak aku memang x la. Sebab aku tahu memang xcukup belanja aku satu sem duit banyak tu. Dia kata, dia dah kira bajet dah perbelanjaan untuk 1 semester tu. Dan dia memang boleh survive. Kami kami pulak yang pinjam duit kat dia. Senang senang je dia bagi pinjam. Aku tanya, dia ada belanja lagi x? Dia kata sebenarnya bila dia pinjamkan kami duit, dia secara automatic akan lebih berjimat. Lagi pun duit biasiswa lambat masuk dari PTPTN. So sementara tunggu duit biasiswa, kami bayar hutang kami dan dia ada belanja makan tiap awal semester.

Dia ni xda la xbeli langsung benda benda branded, tapi xselalu la. Dia kata sebelum beli, kena survey harga dulu. Lpas tu, bajet. Potong bajet yang sedia ada untuk cover barang yang dia nak beli. Adusss.. kalau aku, aku beli mana yang aku berkenan. Lepas tu baru duk pening mana nak cari duit buat belanja.

2. Hati.

Dari semester 1, dia ada pakwe. Pakwe dia orang sana juga. Sekali belajar sama umur tapi pakwe dia senior sebab kawan aku ni dari STPM. Dia tua setahun dari aku sebab aku dari matrik.

Kawan aku ni sayang pakwe dia. Pakwe dia study engineering, dia management. Tapi kadang kadang pakwe dia suruh kawan aku ni buatkan assignment dia. Subject management la juga, sebab kat Universiti kami ni semua belajar management walaupun fundamental je. Dia pinjamkan juga duit kat pakwe dia tu. Kadang kadang dia pinjam ngan pakwe dia juga. Kiranya hubungan dorang ni memang baik la. Kalau ada masalah, kawan aku memang xcerita sangat pasal hubungan dia tu. Aku je yang selalu cerita kat dia pasal pakwe aku. Tapi aku tahu je apa dia buat untuk lelaki tu. Masa pakwe dia dah habis belajar, kami still study lagi. Aku nampak kawan aku usaha tolong cari kan kerja. Bila pakwe dia duk putus asa, dia pujuk bg kuat semangat semua. Sampai la satu hari, dia mesej aku kata dia dah berpisah dengan pakwe dia tu. 5tahun kot (masa ni kami dah habis study dan aku kerja dia sambung belajar). Aku tanya dia nak aku datang kat dia ke x, dia kata datang la. Dia xnak duk sorang2. Serius aku sedih kot. Kawan baik aku tu. Masa aku jumpa kawan aku tu, dia boleh senyum lagi. Dia peluk aku dan kata jangan tanya lagi sebab apa dorang berpisah. Nanti dia cerita juga. So aku tunggu. Aku ambil dia bawak pergi rumah aku. So dalam seminggu baru dia buka cerita yang pakwe dia tu ada perempuan lain di tempat kerja dia. Dia ada mesej perempuan tu. Aku baca dan aku pula geram dengan perempuan tu. Dia dah tahu lelaki tu ada awek, dia nak rampas. Serius aku pula rasa nak marah mengamuk semua. Kawan aku simple je dia kata kat aku “ni tanda Allah sayang aku, dia xnak aku buat maksiat (couple)”. Aku tertunduk menangis masa tu. Dia kata sebab dia sayang la dia kena lepaskan llaki tu. Kenapa nak sedih kalau tiap apa yang berlaku mesti ada hikmah. Masa tu aku yang menangis teruk sambil peluk kawan aku. Dia kata lagi, nasib baik Allah tunjuk awal lelaki tu curang. Kalau dia dah kawin dengan lelaki tu mcm mana. Aku pun angguk faham.

3.Jodoh

Kawan aku ni, jenis xlayan lelaki. Kawan lelaki dia xramai pun. Dalam kos kami ada dalam 30org lelaki 50org perempuan. Dalam 30 org tu ada la dalam 5 6 org je pernah bercakap dengan kawan aku ni. So aku risau macam mana dia nak cari pakwe baru. Dia gelak kata, xnak cari lagi sekarang. Kalau pun nak cari, dia nak orang senegeri. Aku nak tolong xleh, nak harap dia? Memang xkan jumpa la. Memang susah nak bercakap dengan lelaki. Aku selalu usik dia kata, dah tua tu, elok cari calon cepat. Tapi dia kata, tanggungjawap dia pada mak bapa dia sekarang. Adik dia baru masuk Universiti. Adik ada 3org dan semua study lagi. Kakak dia sorg pun banyak komitmen. Adik sorang dduk rumah tolong niaga. dia sekarang tengah tolong mak dia buat kuih dan jual kuih muih. Aku tanya kenapa xcari kerja. Dia kata mak dia tgh xsehat. Kerap gastrik. So kalau dia ada, dia bleh jaga makan minum semua. Padahal dia ada degree kot. Pointer pun boleh tahan. Tapi dia xnak cari kerja sebab dia nak jaga mak dia. Master pun dia tangguh dulu sebab memang family dia tengah ada masalah kewangan. Dia selalu bangun jam 3pagi, pergi niaga jam 7pagi balik jam3ptg lpas tu kena pergi beli barang lagi. Balik tu buat preparation untuk esok pulak. Dia tido jam 9. Aku risau dekat kawan aku ni. Tapi dia selalu kata, jodoh tu ada juga nanti. Baik risau pasal mati. Sebab xsemua manusia merasa nikmat kawin, tapi semua merasa mati. Tu last aku ckap pasal kawin dengan dia.

Aku bersyukur sangat Allah temukan aku dengan kawan aku ni. Banyak benda aku belajar dari dia. Betapa banyak nya dia tolong aku, tapi selalu dia minta maaf kat aku sebab xmampu nak tolong selalu. Padahal banyak kot dia tolong aku dari dulu sampai sekarang. Aku doa supaya dia dapat jodoh yang baik. Aku nak sangat dia bahagia. Aku sayang kau sahabat. Aku juga mahu jadi sekuat kau.

– Aima

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit