Cara Menghadapi Kesukaran Hidup

Salam. Saya nak berkongsi apa yang saya dengar dari ceramah Nouman Ali Khan. Ya Allah, so beautiful. Sangat berkesan di hati saya, saya harap semua orang pun dapat rasa perasaan yang sama. Tontonlah video tu, tajuknya ‘Facing calamity with Iman’.

Dan di sini saya cuba nak ringkaskan, dalam bahasa saya sendiri, mungkin ada yang tidak berkesempatan menonton video tersebut atau mungkin sebagai bacaan ringan anda di kala mengskrol IIUM Confession ni.

Okay, semua perkara yang berlaku di dunia ini, siapa benarkan perkara tersebut berlaku? Allah. Tapi ada juga perkara yang disebabkan kita sendiri. Contoh, kita minum racun, kita mati. Kita tak makan, kita lapar. Contoh lagi, kita tak study langsung, kita conform tak akan dapat markah setanding dengan orang yang study berhempas pulas siang malam. Ya, itu ialah perkara yang berpunca dari tangan manusia sendiri dan Allah membalasnya dengan memberi akibat yang berlaku atas perbuatan itu. Tak adanya, kita bakar tangan kita, Allah maafkan kita dan tukar api jadi sejuk. Tak. Kena api, terbakar. Kena tikam, berdarah. Itu hukum perbuatan manusia. Lainlah dengan mukjizat yang Allah bagi pada Nabi Ibrahim, itu Allah bagi pada utusan Dia.

Namun, ada perkara yang kita sering buat tapi tanpa sedar kita sebenarnya silap. Kita selalu kata yang kadang kadang perkara yang berlaku dekat kita ialah balasan Allah atas dosa kita. Contohnya kita lambat solat, kereta kita kena langgar. Kita kata Allah balas dosa kita.

Sedar tak kita, siapa Allah. Allah ialah ar Rahman dan ar Rahim. Sifat ar Rahman dan ar RahimNya tu melebihi sifat sifat Dia yang lain. Dalam Quran berapa kali sebut ar Rahman ar Rahim. Even permulaan ummul kitab pun Bismillah… Jadi, wajarkah Allah yang ar Rahman dan ar Rahim, Maha Pemurah dan Penyayang, membalas dosa kita dengan kesakitan terhadap kita? Dia kan Maha Pemurah dan Penyayang, Dia tidak membalas dosa hambaNya yang disayangi dengan menyakitkan hambaNya.

Dia akan tetap beri peluang. Dan akan tetap memberi kemaafan. Dan akan tetap menyayangi kita. Sebab dia Maha Pemurah dan Penyayang. Siapa paling Penyayang bagi kita? Katalah ibu kita paling ideal. Baik, penyayang, sentiasa memaafkan, tak pernah menyakiti dll. Ok, itu kasih sayang seorang ibu, seorang hamba Allah. Kasih Sayang Allah? Haruslah Infiniti. Nilai yang kita tidak dapat jangkau dek akal. Kasihnya dia dekat kita, dia bagi melebihi apa yang kita perlu, dia beri apa yang kita sendiri tak layak untuk ada. Dia beri benda yang kita tak sedar dan tak hargai pun. Tapi Dia tetap beri. Sebab? Dia sayang kita melebihi sayang siapa siapa pun dekat kita termasuklah diri sendiri.

Jadi, berhenti dari menyalahkan diri dan berfikir Allah sedang balas kesilapan lampau kita. Tidak. Apa jua dugaan yang kita hadapi sekarang, tiada kena mengena dengan diri kita termasuklah dosa kita. Semuanya dari Allah sebab dia sayang kita, dia uji. Dan ujian itu adalah yang terbaik bagi kita, andai kita ada iman saat diuji itu. Dan jika kita rasa kasih sayang Allah, Alhamdulillah, Allah adalah seperti kita sangka. Dan begitulah jua jika sebaliknya sangkaan kita.

Ingatlah, ujian itu ialah nikmat hidup. Supaya kita kembali kepada Dia. Bukan menjauhi. Berhentilah dari mendidik anak, anak murid, adik atau siapa sahaja dengan kata, jangan buat itu, nanti Allah marah. Jangan buat ini, Allah balas nanti. Macam Allah adalah pemberi balasan buruk sahaja, tak ada compromise. No. Bagi saya, Allah sentiasa akan memaafkan, memberi peluang, menyayangi selagi mana nyawa kita belum sampai ke kerongkong. Selagi kita tak rasa sakaratulmaut. Sebab masa tu, jika masa tu sampai, bermulalah pembalasan pahala dosa kita, tanpa kurang tanpa tambah sikit pun. Sekarang, andai nyawa masih di badan, rasailah kasih sayang Dia dan balaslah dengan mengelakkan diri dari berbuat dosa dan bertaubat, takutlah bila tuba masa rahmat dia sudah terputus dari kita. Bila? Bila bila masa sahaja dari sekarang.

– Mrs Imperfecto

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit