Assalamulaikum. Terima kasih sebab siarkan cerita saya. Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman sya sendiri. Saya seorang student yang masih menuntut di sebuah intutusi bukan kerajaan. Cerita saya bermula apabila saya masuk ke hostel yang disediakan oleh pihak kolej. Hostel kolej saya adalah rumah yang disewa secara berkontrak oleh pihak kolej. Dan saya dapat bahagian ground floor.
Sebelum masuk lagi saya sudah diingatkan bahawa tempat yang saya menghinap itu agak keras sedikit. Bila saya masuk ke rumah tersebut, keadaan sangat tidak menyenangkan. Sampah berlonggok tak dibuang dan ada beberapa ulat terdapat di lantai hostel. Bau yang sangat tidak menyenangkan. Serius saya katakan walaupun penghuni hestel tersebut adalah perempuan tapi mereka tidak berapa kisah mengenai bab-bab kebersihan. Parents saya yang hantar saya ke hostel tersebut menahan nafas sebab bau nya terlalu busuk. Mak saya bertanya jika saya nak pindah hostel lain tapi saya menolak dengan baik sebab taknak susahkan mak bapak saya. Yalah disebabkan kami dari seberang perjalanan jauh hampir 6 jam saya taknak buat mereka susah.
Setelah selesai semua, parents saya beransur balik. Agak sayu masa tu sebab ini pertama kasi saya berpisah jauh dari parents. Housemate saya tunjukkan saya bilik hujung yang hanya 3 orang boleh duduk dalam tu. Salah seorang mengatakan bahawa ada seorang student yang akan jadi roomate saya tapi dia agak jarang balik ke hostel sebab rumah dia area berdekatan. Okeyy saya masuk ke dalam tu dan susun barang barang saya.
Bila saya buka pintu, lampu tak buka sebab tak ada orang. Bila saya buka lampu saya nampak kedudukan katil yang berhadapan. Satu katil single dan satu katil double dacker. Saya memilih untuk mengambil katil double dacker bahagian bawah sebab saya tak suka kalau tak ada halangan untuk lampu diatas. Bilik itu agak kemas berbeza dengan ruang tamu dan dapur. Setelah melihat sekeliling sayapun menyusun barang-barang saya. Bila saya membelakangkan pinta saya terasa seperti ada orang yang lalu di belakang saya. Sayapun toleh tapi tak ada sesiapa. Saya pun sambunglah kerja saya menyusun. Saya tukar cadar apa semua dan baru saya teringat patung besar saya masih di ruang tamu. Saya ambil dan letak dikepala katil. Saya pun baring setelah semua selesai. Niat nak rehat sekejap tapi saya terlelap dan saya sedar apabila saya rasa katil saya digoyang dengan kasar. Terkejut saya dan saya cepat-cepat bangun buka lampu dan lihat jam. “Allah, Maghrib dah. Patutlah” saya keluar dari bilik dan buka lampu ruang tamu dan dapur. Ambil wuduk dan solat maghrib setelah itu saya masak maggi untuk makan malam.
Bila jam menunjukkan pukul 8 lebih baru lah yang lain munculkan diri di ruangtamu. Sesi memperkenalkan diri dan sebagainya. Tapi yang menarik minat saya bukan sesi perkenalkan diri tapi ada sesuatu yang saya nampak di bilik master. Sesuatu yang putih dan merangkak perlahan pahan. Allahu, Saya kaku tak bercakap. Pucat wajah saya. Saya baca surah surah yang saya ingat bila saya lihat kembali syukur benda tu dah tiada. Bila saya meninjau bilik saya saya seperti terlihat seseorang sedang duduk menghadap patung saya. Sungguh besar cabaran saya walau hanya berapa jam saya berada di sana. Saya putuskan untuk stay diluar bilik sekejap untuk hilangkan rasa takut saya. Jam sudah menunjukkan angka 2 subuh tapi kami masih belum mahu tidur. Salah seorang senior saya mengeluarkan “spiker” dan memasang lagu ala2 clubbing. Dia kuatkan suara dana semua orang terus menari. Mereka mengajak saya untuk turut serta tapi saya hanya menggeleng. Saya cuba untuk hentikan mereka dari membuat bising tapi mereka semua seperti pekek badak. Hinggalah azan subuh berkumandang barulah mereka berhenti. Saya mengambil wuduk ingin solat subuh tapi yang lebih menarik perhatian saya apabila sekumpulan anjing yang merkumpul di depan tingkap rumah melolong dan menyalak seperti terlihat sesuatu. Dengar saja bunyi anjing melolong begitu kesemua housemate saya berkumpul di luar bilik dan menyuruh saya untuk solat di luar bilik saja. Setelah selesai semua dalam pukul 6 begitu barulah kami semua tertidur.
Saya dengar ada bunyi ketukan dari pintu rumah dan membuatkan kami semua terbangun. Dalam pukul 10 pagi. Saya buka pintu ouh rupanya ada inake baru masuk. Setelah selasai semua dia duduk sbilik dengan saya dan seorang lagi Ain. saya dapat tahu masa sesi perkenalkan dir. Okay yang baru masuk ni nama dia Alisa. Perwatakan agak kasar tapi saya taknak simpulkan lebih awal sebab saya baru kenal dia.
Setelah beberapa bulan tinggal di hostel saya semakin rapat dengan housemate saya.Tiap hari keja mereka melalak hingga subuh dan kadang kadang tak tidur langsung
Satu malam saya dan kawan kawan satu intake yang lain lepak di luar rumah dalam pukul 2 baru masuk bilik. Satu housemate saya kata nak tidur dibilik saya. Okey kami benarkan. Bila semua dah tidur tiba tiba dia bangun dan pendang atas katil double dacker saya dan dia cepat cepat keluar. Bila dia diluar dia tiab tiba meraung. Pada pukul 3 pagi bayangkan. Kami semua terkejut dan cepat cepat keluar dari bilik. Allahuakbar ! Badan dia seperti kejang muka pucat dan mata memandang ke atas. Tak siapa yang berani dekat dengan dia sebab semua penakut. Saya cuba untuk pegang dia tapi terlalu kuat saya rasakan aura dia. Saya meminta yang lain untuk pegang dia. Rasa marah kecewa dan sedih sebab yang lain hanya terpaku melihat ada yang tak ada perasaan hingga saya terpaksa menjerit supaya panggil mana2 imam atau yang pandai datang. Sayangnya yang datang cuma sekuriti bangla yang menanyakan apa yang berlaku.
Sebabkan tak tahan dengan jeritan dia yang kuat saya ambil handphone dan call warden cakap apa yang berlaku tapi dia berada di kampung. Time2 begini dia balik kampung. Terpaksa laa pak guard tu tolong panggil sesiapa yang boleh tolong. Alhamdulilah ada juga yang datang tolong. Selepas subuh baru dia okay.
Esoknya kami bertanya tentang kejadian subuh tadi. Dia kata dia nak tidur tapi kaki dia macam kena tarik2. Dia buka je mata on the spot dia nampak makhluk tu dia atas katil saya. Dia kata lagi dia nak keluar tidur di luar tapi dia kata bila dia buka pinta dia terasa kepala dia pening dana dia tak ingat apa apa dah. Baru lah housemate senior bukak mulut cakap bilik yang kami huni sekarang ni memang keras. Sebab mereka juga pernah tinggal di bilik tu. Bila senior2 yang lain keluar hostel barulah mereka pindah bilik. Kejadian pertama mereka adalah katil mereka digegarkan. Okay. Benda tu juga berlaku pada saya. Lagi mereka kata kadang2 nampak benda lalu warna putih. okay. Benda tu juga berlaku pada saya. Tapi saya diamkan.
Setelah kejadian itu kami buat rutin kami seperti biasa. Kejadian tu kami tak ungkit lagi. Tapi kali ni lebih teruk. Waktu tu adalah maghrib kami baru balik dari jogging. Bila sampai rumah tiba1 kawan saya pitam tak sedarkan diri. Semua panik tak tahu nak buat apa. Tiba2 dia masuk bilik saya sedangkan bilik dia di tengah. Untuk apa dia masuk bilik saya ? Dia buka pinta dan senyum sinis kearah kami dan menutup kuat bilik itu. Kami hanya berdiri kaku. Hairan. Dengan tak semena bunyi teriakan, barang jatuh dan pinta seperti dihantak buatkan kami panik. Syukur waktu itu saya ada membawa spare part. Buka pintu dan cari dia tapi tak ada dalam tu. Semua panik, risau takut semua ada. Salah seorang housemate dapat cari dia dan dia berada di bawah katil saya. Bayangkan badan dia yang besar masuk dalam tu. Kami terpaksa angkat katil dan keluarkan dia. Kami baringkan dia di ruang tamu menunggu hingga ada ustaz datang bantu. 20 minit menunggu barulah ustaz muncul membaca ayat2 suci.
Dalam ustaz tu baca ayat suci tiba2 kawan saya yang lain mutah muntah. Ustaz suruh yang lain amil besen atau baldi untuk tadahan dan mereka pun ambil. Tiada siapa yang berani berjalan seorang waktu itu. Ustaz teruskan baca ayat suci dan kawan saya yang kami baringkan itu tiba2 sedar dan teriak dengan nyaring. Ustaz suruh yang lain tahan kaki dan tangan dia dan baca ayat suci dan pegang ibu jari kaki dan tarik dan dia pun senyap. Kami kira selesai sudah segala nya tapi tiba2 kawan saya yang muntah tu pula yang teriak dan mengganas. Nak pukul ustaz tapi sempat kami tahan. Setelah baca ayat suci apa semua barulah keadaan reda. Ustaz pun cakap “Saya hanya mampu tolong kamu setakat sini saja. Sebab ilmu saya di dada belum cukup utuh untuk saya membantu kamu. Tapi jangan risau, saya ada seorang kenalan yang boleh bantu kamu untuk singkirkan benda ini. Saya dah call dia bagitau semua yang berlaku dan dia kata insyaAllah dia akan bantu. Kita tunggu esok lah macam mana. Untuk hari ni saya sarankan kamu untuk tidur awal. Jangan lupa bawa doa sebelum baca doa. InsyaAllah dengan izinNya tak akan berlaku apa-apa.”
Esoknya setelah magrib kenalan ustaz tu pun datang. Dia gelarkan diri sebagai Pak Zin. Pak Zin masuk memberi salam dan kami menjawab salam. Dia mambawa 4 jemaah lain untuk membantu. Kata Pak Zin mereka mampu melihat sesuatu yang kita tak mampu lihat. Salah seorang berbisik kepada pak zin dan pak zin angguk. “Dia ada di sini” itu yang pak zin kata. kesemua kami terus duduk berapat. Pak zin keluarkan limau , sarung tangan dan saya tak berapa ingat masatu. Dan pakdin suruh kami untuk duduk dihadapan nya dan dia membaca rukyah 2 orang diantara kami pengsan tak sedarkan diri. Pakdin meminta kami untuk kebelakang supaya senang untuk dia bergerak. Bila ja pak zin sentuh satu daripada mereka di kepala ( beralaskan Sarung tangan) mereka terus teriak sangat nyaring. Lebih nyaring daripada sebelum ni. 4 jemaah yang dibawa pak zin seperti terkejut melihat sesuatu yang saya sendiri tak boleh tafsirkan.
Pak Zin berhenti dan meminta warden untuk memanggil mana2 student lelaki untuk membantu memandikan mereka. Warden pun buat apa yang diminta dan ada 6 orang lelaki yang datang membantu. Mereka diminta untuk membuat air mandian dari limau di ruang dapur dan pak zin teruskan membaca rukyah dan minta dengan baik untuk ikut pakzin untuk dimandikan. Dengan tak semena Salah seorang membaling kerusi ke arah pak zin dan mereka berdua terpaksa diangkat oleh student lelaki dan pak zin kata bahawa hanya lelaki saja bole masuk ke dapur manakala perempuan tidak boleh masuk sama sekali.
Apa yang terjadi di bahagian dapur kami sendiri tak tahu. Apa yang kami dengar hanya bunyi teriakan, menangis, meminta tolong dan ketawa. Kami sendiri kembang bulu roma walau hanya mendengar suara. Setelah selesai seorang dan dia seperti sedar sedikit kami pun tolong papah dan ganti baju miliknya yang basah. Giliran seorang lagi kawan saya tapi yang menghairankan saya adalah dia masih belum sedar seperti masih ada benda dalam badan dia. Pak zin tanya kalau ada patung yang disimpan dalam rumah ni. Kalau ada minta untuk dikeluarkan. Kami pun mengumpul patung2 yang pakdin minta dan pakdin “menyembelih” patung tersebut. Bila patung spongebob rakan saya nak “disembelih” rakan saya teriak meminta kasihan supaya patung dia dilepaskan. Dengan keadaan basah dia merangkak meminta dengan muka kasihan supaya jangan diganggu patung nya tapi pak zin terus “sembelih” patung tersebut dan rakan saya kesakitan seolah2 dia yang kena sembelih. Selepas itu dia pengsan tak sedarkan dia. Kami membantu dia menukar pakaian nya yang basah.
Setelah semua selesai pak zin kata ” Tempat ni bukan kita seorang ja yang tinggal. Disini kita adalah tetamunya dan dia adalah tuan rumah. Kamu masuk kesini saya tahu kamu telah diberi salam perkenalan. Diberikan amaran bahawa dia ada. Jadi kita kenalah jaga adap, percakapan, perlakuan. Tinggalkan segala kemungkaran yang pernah kamu lakukan. Kembali ke jalan Allah. InsyaAllah, Allah akan membantu kita. Solat juga jangan tinggal sebab solat itu adalah tiang agama.” Pak zin seolah tahu perlakuan kami selama ini. Kami hanya bungkam tanpa kata. Pak zin mencadangkan supaya rumah kami dipagar dan meminta kami untuk jauhi segala kelakuan yang tidak baik untuk mengelakkan pagar daripada runtuh.
Terima Kasih kerana sudi membaca.
– Syazliana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit