Assalamualaikum. Sy nak berkongsi 2 kisah mengenai ibubapa kepada pelajar tadika. Repeat again. Tadika okey bukan SRK bukan SMK bukan universiti.
Kisah yg pertama. Bukan anak murid sy lah tp berlaku dalam sekolah yg sy bertugas. Budak tu 5 tahun tapi dia punya nakal tu memang luar biasa. Kalau budak nakal yg biasa kita kenal. Tak tau la nak cakap tp depan makbapak memang pijak semut tak mati. Sopan kemain. Insiden berlaku masa rehat. Main lompat-lompat dgn kawan dari atas meja ke lantai. Dah dilarang dimarah banyak kali, budak lain dengar tp dia tu tak dengar sampai lah jatuh. Tangan terseliuh dan kat siku dia tu macam lari sikit (tak tau nak terang cemana) sampai kena operation. Berlaku around bulan 2-3 camtu kot. Masa ni memang bincang dari hati ke hati antara pihak pengurusan dgn ibubapa budak tu. Sebab takda report polis ke apa kan. Tak tau lah kalau mak ayah dia tak puas hati ke apa kan sy tak tahu sangat cerita pasal ni. Lepas insiden tu kami cikgu2 ni memang berhati hati dan alert time rehat ikat perut jangan makan dulu. Fokus 100% pada anak murid.
Pastu dalam bulan 9 budak yg sama jugak. Balik rumah parent dia tengok jari anak dia tu ada bintik merah 2 bijik. Anak dia kata kawan cocok dgn pensil. Bapak dia dgn tanpa segan silu call guru kelas marah2 nak report polis sbb cikgu/sekolah cuai dalam menjaga budak2. 2kali dah anak dia kena tahun ni. Kitorang mula pelik juga takda pulak budak tu menangis meraung kat sekolah. Seharian dia kat sekolah biasa je dgn perangai nakal dia tu. Lagipun budak2 lain mesti akan ngadu la kalau tgk kawan dia bergaduh ke apa. Ni takda sorang pun mengadu. Takpa lah serahkan pd pihak pengurusan, ajak berbincang baik2 dulu. Dengar penjelasan dr pihak cikgu dulu. Kitorang ni ingatkan teruk la sangat jari budak tu berdarah ke berlubang ke sekali esok nya anak dia mai sekolah macam biasa macam takda apa berlaku, kita tengok jari alahai macam bintik merah biasa lebih biasa drpd jerawat.
Masa tu pengurus, ketua guru n guru kelas dia bincang dalam pejabat. Kalau boleh jangan buat keputusan terburu buru. Dlm masa yg sama kitorang borak dgn budak tu tanya la sapa buat semua kan. Nak tau apa jawapan dia? Sy buat sendiri saja nak main cocok-cocok.. Kau rasa? Eh sy yg bukan guru kelas dia pun rasa nak cekik2 bapak dia. Act mak dia ok tau baik sangat2 (abg kpd budak tu anak murid sy so sy kenal lah perwatakan mak dia) memang mesra kalau bincang apa pun dia memang ok. Ayah dia ja ego sikit. Masa tu tak sempat pun nak cakap kat parent dia pasal anaknya cocok sendiri. Sebab perbincangan diorang dah habis so dah bubar lah tak tau apa kesudahan. Nak tau, wholeday tu.. Ayah dia duk kat kerusi luar pagar sekolah perhati je setiap pergerakan dan aktiviti yg dia boleh nampak. Ruang makan kami memang sebelah je dgn pagar sekolah. So dia memang perhati. Kami kata lantak kau lah nak tengok apa tak puas hati sangat biar dia buat apa yg dia rasa puas hati dia tu. Sebelum balik, kitorang cakap kat abg dia nanti cakap kat ayah yg adik awak kata dia sendiri yg cocok bukan org lain buat. Lepas tu, kes tu senyap mcm tu je. Mesti bapak dia malu gilaa. Asyik cari salah cikgu je apa dia ingat cikgu ni fokus anak dia sorang ke cikgu ada 25-30 budak la dalam satu kelas nak handle. Jangan sombong berlagak sangat nak buat tindakan terburu buru melainkan memang salah kami.
Kisah ke 2. Anak murid sy sendiri. Memang perasan dr awal tahun mak dia ni konfiden je anak pandai. Dia kata dah pandai membaca semua. Sy test lah takda la perfect mana pun. Masih mengeja eja juga. Tiba peperiksaan akhir tahun. Ada satu subjek ni ujian lisan 100%. Bila anak dia dah buat, ptg tu mak dia wasap sy tanya.. Cikgu, tadi anak sy cakap dia tak dapat jawab 2 soalan. Boleh sy tahu tak apa yg dia tak dapat jawab sbb sebelum ni test dia memang boleh baca dan jawab dgn lancar semua cikgu. Eh dia fikir otak sy ni computer ke boleh scan balik apa yg anak dia tak dapat jawab tu? Benda dah lepas lah kertas catatan pun sy tinggal kat sekolah mmg tak bawa balik. Ala kalau ada pun takda masa sy nak cek lah sebab bukan boleh ubah markah anak dia pun kan?
At the end, anak dia periksa no 1 sy pun tak sangka kot sebab anak dia memang jenis tak aktif dalam kelas. Sy tanya soalan apa pun dia takmau jawab. Pertengahan tahun haritu pun dapat no8. Bila tgk camni boleh simpulkan dia diam2 ubi berisi la. Sy tak nafikan apa pun malah sy bangga dgn pencapaian dia. Bila dah dapat kertas periksa. Esok nya dia jumpa sy kat sekolah, tunjuk kertas math anak dia. Anak dia buat jawapan betul tp sy tertanda salah. Ok sy mengaku salah sy. Sy minta maaf banyak2 atas kecuaian. Yalah mungkin tersilap pandang mana tak nya 6subjek semua satu cikgu yg tanda. Jadi berlaku kesilapan atas kecuaian sy. Sy pun dah keluarkan keputusan, dah tulis dalam report card, dah sign. Dah siap bg ketua sign lg. Sy pun kata takpa lah puan cuma satu markah. Tak melibatkan gred turun, tak menjejaskan kedudukan atau prestasi dia. Apa pun dia tetap no 1 puan. Dia pun ok lah terima kasih cikgu. Tengahari sy buka wasap. Mak dia wasap kata cikgu sy kira total markah anak sy (bertambah satu dan peratus nya naik 0.1 SAHAJA) pastu dia minta sy tukarkan semua tu dalam buku rekod anak dia. Ya Allah kenapa lah dia nak susahkan kerja cikgu??? Kenapa taknak take easy je benda macam tu? Sy boleh tukar kalau ianya melibatkan markah yg banyak, penurunan prestasi, melibatkan kedudukan semua tu. Tp tak terjejas apa apa pun. Kenapa ye wujud orang2 macam ni? Sungguh sy tak faham. Dia nak juga anak dia tu lebih daripada org lain. Taknak langsung mudahkan urusan cikgu. Dia wasap camtu sy senyap je tak cakap apa pun. Tak cukup dgn tu esok nya dia jumpa ketua guru mengadu pasal sy. Lepas tu padan muka dia kena basuh dgn ketua guru sy. Yelah dah turunkan tandatangan mana boleh ubah apa dah. Baru ni dia minta satu set soalan periksa nak pinjam nak fotostat bg anak dia buat ujian lagi sekali. Katanya SAJA SAJA JE CIKGU……. Sy pun ok je sy bagi pinjam. Tak tau lah dia dah buat ke belum dia senyap jerr.
Kepada ibubapa di luar sana tolong lah luas sikit pemikiran tu. Jangan lah yakin sangat dengan anak2 korang tu. Tolong lah ye. Jangan terlampau konfiden. Ni baru kes budak tadika tauu. Kalau lah terus bersikap macam tu, kalau anak awak tak dapat straight A’s satu hari nanti pun korang takkan boleh terima. Kalau anak awak buat jenayah satu hari nanti pun awak takkan boleh terima dan akan mencari salah orang lain.. Percaya lah.. Tolong lah jangan sempit sangat otak tu. Jangan ego sangat. Jangan percaya sangat dgn anak2 sampai macam tu sekali pandang cikgu. Tolong berterima kasih dgn cikgu2 yg dah didik anak2 awak tu.. Jangan asyik nampak salah cikgu je.. Kami juga ada hati dan perasaan tauu.. Jangan cakap kami mengungkit dalam mendidik.
Kami juga ada hak untuk meluahkan perasaan. Menegakkan kebenaran. Bersuara lantang supaya kami tidak ditindas. Bukannya nak merungut. Walaupun kami cuma cikgu tadika yg tak setanding dengan cikgu2 sekolah rendah menengah semua tu. Jangan fikir ibubapa je boleh komplain cikgu dan cikgu hanya boleh telan je wpun benda tak betul. Sebab ianya melibatkan psikologi seseorang. Bukan senang jadi cikgu ni. Lagi2 cikgu tadika apa awak ingat habuan yg kami dapat setanding dgn kerja keras kami? Tak setanding ok. Tapi disebabkan semangat kami nak didik anak bangsa, kami bertahan tau wpun gaji cuma 500 sebulan. Gaji bukan ukuran, tapi harus ikhlas dalam didikan. Kalau semua pilih kerja gaji yg besar2, sapa yg nak kerja gaji kecik ni kan? Jadi hargai dan berterima kasih lah dgn cikgu kepada anak2 anda..
Sorry kalau panjang. Cuma luahan hingusan je ni. Hmm
– Cikgu garang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit