Mana Lagi Penting?

Assalamualaikum semua orang. Confession hari ini pendek je. Tapi kalau kena publish aku harap dapatlah sampai ke adik aku yang sorang ni.

Aku bangga la jugak dengan adik aku ni sebab dulu dia taklah alim sangat. Solat pun akhir waktu tapi sejak berkawan dengan geng masjid kat sekolah dia, dia dah jadi semakin baik dan bertambah baik. Salah satu amalan yang dia suka buat adalah doa lepas solat. Doa dia panjang. Macam selalu kat masjid bila dah habis solat fardhu. Dia baca pelan2 berlagu-lagu lagi.

Bab ni aku suka, tapi yang aku terasa ni bila dia baca doa tu, dia langsung tak balas bila aku panggil. Okay, dalam situasi biasa aku paham la, dia nak khusyuk. Jadi aku biarkanlah sampai dia habis baca doa. Tapi ada sesetengah waktu yang “kecemasan” tu, rasanya Allah maafkan kot kalau kau henti sekejap, kemudian sambung balik.

Nak dijadikan cerita, ada satu masa ni aku tengah buang air besar. Tandas tu jenis yang dalam bilik. Aku dengan adik aku ni share bilik tidur. Waktu tu hanya ada aku dan adik aku kat rumah. Dah selesai, bila aku nak basuh, baru aku tersedar cebok tak ada. Pastu aku dengar adik aku tengah baca doa kat luar. Aku panggil lah nama dia. Dia buat bodoh. Aku panggil lagi, aku mintak dia carikan cebok sekejap. Dia buat bodoh lagi. Aku ingat dia tak dengar kot, khusyuk sangat lah kot baca doa tu. Pastu tetiba aku dengar pagar rumah terbukak, lepas tu mak aku panggil adik aku ni. Terus dia berhenti baca and then sambut mak aku. Rupanya dengar.

Aku duduk lah di tandas tu tunggu siapalah nak datang selamatkan aku ni. Bontot dah sakit dah. Poopoo pun dah kering. Dahlah tandas tu panas. Berpeluh-peluh aku dalam tu macam dalam sauna.

Pendek cerita, akhirnya mak aku yang ambikkan cebok. Dia selamba je terus duduk atas sejadah, sambung balik saki baki doa dia.

Tu je lah cerita aku. Saja aku nak ingatkan kat adik aku, doa tu bukan macam solat, kalau kau berhenti kejap bukan batal pun doa tu. Lagi satu, hubungan dengan Allah tu penting, tapi hubungan sesama manusia pun penting jugak. Memang abang paham kau nak focus doa tu tapi sebagai seorang abang, sakit hati tau bila adik tak hormat (walaupun aku tahu salah aku kadang2 menyebok nak sembang waktu dia doa haha). Tapi dalam situasi kecemasan tolonglah bagi diri sendiri kelonggaran sikit.

Last skali, aku nak tanya, kalaulah ada ustaz dan ustazah yang membaca, kalau kita dalam situasi macam ni, kita tengah doa lepastu orang yang lagi tua “kacau”, selalunya mesti situasi “kecemasan” atau nak cepat, jaranglah dia nak ajak bersembang, lagi penting kita habiskan doa kita dan ignore dia atau kita layan dia sekejap? Kalau aku, aku layan sekejap tak kira dalam situasi apa – kadang2 adik (yang lagi satu) aku datang kacau aku doa sebab dia nak bagi aku joke pun aku henti sekejap gelakkan joke dia sebab nak jaga hati dia, atau aku bagitau dia tunggu aku habis doa dulu, nanti aku layan, sebab aku nak jaga hati dia.

Sekian, itu sahaja.

– Abang

– Abang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit