Tabahnya Wanita Sekeliling Aku

Salam..

Terima kasih pd admin kalau cerita aku nie dapat disiarkn sbb da banyak kali aku cuba hantar tapi satu pon tak keluar lagi..hehe..mungkin line aku yg problem..

Biar aku perkenalkan diri dulu sbg mukadimah…nnt korang konfius jantina aku..aku seorg wanita pertengahan umur 20an…belum berkahwin dan mungkin tidak akan berkahwin wlwpon org dok canang kata kahwin tu indah bagai smua tu aku anggap mcm cerita novel je..baca sampai habis cerita nie nnt baru la korang tahu knpe aku cakap mcm nie..

Cerita nie bukan cerita tentang aku tp cerita tentang org disekeliling aku yg aku perhatikan..yg aku dengar dan lihat sendiri..

Hidup aku dikelilingi oleh wanita2 yg tabah..kuat dan baik(atau mgkin naif) mungkin jgk setia atau sayang barangkali aku pon tak paham…berbeza dengan watak2 dlm novel yg selalu menggambarkan wanita nie terlampau lemah dan lelaki serba serbi sempurna sedangkn dlm hidup aku…aku dikelilingi oleh lelaki2 yg bmasalah(bkn semua..aku pernah ceritakan dlm tajuk keluarga yg tak sempurna..klw xsilap laa..aku pon da lupa..so pls admin tlg siarkan cerita aku..)

Ok…kisahnya tentang biras kakak aku..aku kenali dia sbelum dia berkahwin lagi(masa dia baru btunang) aku kenalkan sbg kak ana(of course bkn nama sebenar).Kak ana nie telah kehilangan ibu sejak kecil lg meninggal semasa melahirkn adik kak ana..dan kemudian ayah kak ana bkahwin semula..ok stop smpai situ sbb aku xberapa tau selebihnya pasal keluarga kak ana nie sbb dia nie sush nk cerita pasal diri dia klw dia ditanya dengan angah(kakak aku) dia nangis dulu…

Sayang sekali..bahagianya kak ana cuma sekejap je selepas 6bulan bkahwin kak ana sah mengandung dan dia diabaikan mcm tu je oleh si jantan tu padahal masa nak mengorat bukan main lg bjanji setia..lupa nk bgtau kak ana dgn jantan nie btunang 3 tahun tp byk kali jgk putus dan byk kali jgk si jantan nie merayu..back to story..smua urusan dilakukan sendiri oleh kak ana..mengidam apa pon cari la sndiri..mcm org mengandung yg tiada suami si jantan tu perlakukan..dibiarkan tinggal terkontang kanting duduk sendiri dengan mak si jantan..mentang2 la kak ana nie memang jenis yg berdikari..

Sehingga la smpai waktu bersalin…pon dibiarkan pergi sendiri..air ketuban da pecah pergi la sendiri naik motor..yg sedihnya dia punya pintu tak terbukak lagi jd doktor decide nk operate..semua kak ana lalui sendiri..sorang2 dia uruskan diri sendiri then kak ana call nk inform si jantan tu boleh plak si jantan tu marah2 sbb kacau dia tengah kerja….kak ana call angah bgtau dia nk kne operate da sbb pintu rahim tak terbukak..

Selesai bersalin…si jantan nie xjgk datang2 dan ank disahkan ada jantung berlubang dan kena demam kuning so doktor tahan anak masuk dlm inkubator..sepanjang kak ana di hospital si jantan nie langsung tak pernah jenguk kak ana dan baby…aku tahu sbb aku temankan angah pergi rumah mak mentua dia ambilkan brg2 kak ana dan aku nampak si jantan nie tengah bersenang lenang diruang tamu baru bukak tv nk tengok bola katanya muka sembab mcm baru bagun tidur..sedangkan jam da pukul 12lebih..aku pandang aku rasa geram je..bila angah tanya adik cuti ke..dengan muka bangga boleh dia jawab dia cuti…aduhhhh…

Selepas seminggu..kak ana keluar wad kak ana dijaga oleh kakak sulung dia..yg paling aku sedih masa dlm pantang nie pon dia dibiarkan sendiri jgk langsung tak dijenguk oleh si jantan nie..paling sedih jgk pasal kak ana adk beradik nie..pandai2 sndiri je bpantang(tak pantang dengan cara yg betul) sbb tak ada sesiapa yg nk ajarkn org da xd mak nie susah la sikit nk tumpang kasih mak tiri dia pon tak sudi..langsung tak tahu apa pon dan mungkin kak ana nie malu or tak nak susahkn org lain mereka nie(kak ana..kakak sulung dan adik perempuan bongsu) langsung tak tanya pd kami..dan sepanjang tengah pantang tu kak ana nie boleh pulak bawak motor ulang alik pergi hospital sbb ank masih lagi ditahan dlm inkubator..

Dan yg paling aku marah dan sedih sangat masa aku dan angah pergi jenguk kak ana dan baby di rumah kakak kak ana..aku sendiri nampak yg kak ana menangis berpeluk dengan adik dia..sedih sangat masa tu tp bila ditanya kak ana senyum je dan ckp tak ada pape cuma rindu arwah mak..sedangkan aku tau kak ana sedih sbb ada suami mcm si jantan tu..itu yg dikata oleh kakak kak ana…sehingga sekarang aku masih tertanya2 kenapa kak ana masih lg bersabar dan bertahan dgn si jantan sedangkan sehingga sekarang kak ana masih diabaikan..pernah aku cakap pd kak ana yg akubkagum dgn dia sbb dia sangat tabah dan sabar klw aku da lama aku blah angkat kaki tggalkan aje si jantan tak guna tu..klw ikutkan pd aku klw kak ana tggalkn je si jantan tu tak ada rugi apapon sbb kak ana bkerja gaji melebihi dr mampu wlwpon di zaman N..masih cantik dan manis klw nk cari pengganti yg lebh baik dr si jantan pon boleh..jd Kenapa….kenapa kak ana masih bertahan…? Tp kak ana cuma tersenyum pandang aku..

Aku ceritakan semua nie bkn berniat utk memalukan mereka2 nie tp aku nk bagi tau kat semua perempuan kat luar sana tak payah la dok berangan nak kawin sangat sebab perkahwinan nie belum tentu menjamin bahagia..happily ever after tak pernah akan kekal lama..tp bukan semua yg tak bahagia.Kisah kak ana dan kisah2 keluarga aku jdkn iktibar buat diri aku..

Pada semua lelaki kat luar sana klw anda da berkahwin jaga la isteri baik2..hargai dan sayangi mereka jangan la diabaikan..jgn la mentang2 isteri tu boleh buat smua dan serba serbi tahu or jenis yg berdikari jgn la pulak diambil kesempatan biarkan si isteri buat semua sendiri..kahwin sama2 bersenang bersuka sama2 tp takkan nak biar isteri tanggung duka sorang2..Isteri dan ank2 tu amanah dan tanggungjawab kamu setelah menerima akad…akhir sekali buat semua readers..mari sama2 kita perbaiki diri kita(terutama aku) utk jd lebh baik

Aku

– aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit