Assalamualaikum. terima kasih lah sebab siar kan confession aku ni. Aku ada baca pasal rumet bela ulat lah, rumet pembersih lah. Tapi kisah aku ni lain sikit. Aku dapat rumet yang tangan panjang. Kau rasa. hadui.. stress sangat2 tau. Kejadian ni berlaku masa aku sambung belajar kat salah satu IPTS di kuantan dalam tahun 2013-2014. Tak leh nak sebut lah kan. Sebelum2 ni aku ada je belajar kat politeknik kat U semua. Tapi tak pernah dapat rumet bela ulat or tangan panjang. Setakat sebelum2 ni rumet2 yang aku pnah dapat smuanya baik2. Alhamdulilah.. rezeki aku lah kan. Bak kata mak aku, rumet yang baik tu rezeki, yang x baik tu pun rezeki gak. Dugaan pon ye. Mental aku selama dok dengan dia. Hanya yang pernah mengalami je memahami.
Aku pon tak sedar selama ni kalau rumet aku ni pnah ambil duit aku. Kesilapan ni datang dari aku gak sebab terlampau percaya kat dia. At first aku minta dia keluar kan duit belanja yang mak abah aku bank in kan kat aku sebab masa tu aku x dapat mara lagi. Dia ni memang jenis setiap malam merayau dengan bf dia. pasangan bahagia sungguh. Alhamdulilah, dah kawen pon dorg berdua tu. Aku tumpang gembira lah tok dorang. sampai lah 1 hari tu aku dapat cek dari mara berjumlah almost 4k tok nilai tunggakan elaun yang sepatotnya aku dapat.
Kebetulan masa tu pon masok duit elaun buku dgn alat tulis dari mara. masa tu dapat dlm almost 2k. Aku ni bukan lah yang jenis enjoy sakan pon. Life aku gi kelas balik kelas pastu malam study. Tu jelah. Duit tu mula2 aku beli baju dengan buku cket. biasa lah perempuan kan. masa tu aku tak dapat cek mara lagi sebab mara baru release cek. kira tgh odw hantar kat aku lah. Alhamdulilah gak masa tu tau. Nak di jadi kan cerita kebetulan hujung minggu tu aku plan nak balik kampung. Dlu masa aku belajar kt kuantan tu terminal bas dorg kat Stadium Darul makmur. Orang2 Kuantan tau ar. Tu terminal sementara sebab terminal lame nak di jadi kan UTC.
Disebabkan bas aku lama lagi aku jalan2 kat ECM. aku ni memang jenis yang study mesti kna dengar lagu. baru tak ngantok. yelah kan.. hahaha.. so aku bercadang nak beli mp3 lah masa tu. aku pon dengan yakin gi lah sony pnya kedai dlm ECM tu. Dah belek pnya belek aku berkenan lah kat 1 mp3 ni. harga die tmasok headphone smua dlm rm800 klu aku tak silap. lame wei, dah lupa. so aku cakap kat salesman tu aku nk cucuk duit jap sebab aku kurang gemar pakai debit ni. so aku pon yakin ar duit aku bnyk lagi dalam akaun aku. Tapi sebaliknya yang berlaku.
Masa check baki tu duit aku cuma ada dlm 1200 je. aku rasa balance aku sepatotnya ada dalam 1700. aku confius jap. pikir sat aku ada guna kad aku beli barang secara debit ke. masa tu aku x syak lah yang rumet aku songlap duit aku tapi memang kebetulan masa tu dia ada gi penang dgn bf dia. aku cuma ingat mkin aku terguna kad aku as debit. tu yang aku x dapat nk trace mane duit aku tu. aku pon masa tu lupa nk cek bank statement aku. masa tu mentah lagi bab2 kewangan ni. sebab tu aku x suka sangat beli barang guna debit.
Berbalik pada rumet aku ni. Weekend tu kan aku balik kampung dan dia pon gi penang so ktorg jmpa isnin tu. tapi aku x tanya lah pasal duit tu sebab masa tu aku x terpikir pon yang dia yang amek. sampai lah masa aku nk tunaikan cek yang aku dapat. setel tunaikan cek tu kna tunggu 3 hari bkerja kan baru duit masok account. aku bgtau lah dia yang aku dah tunaikan cek semua. jujur lah masa tu sebab aku ingat dia baik sangat2. kalau tengok muka memang tak sangka perangai dia camtu. tapi dia memang nmpak mewah lah. masa belajar dh pkai iphone pdhal dia anak sulung dan ayah dia pon keje biasa2 je. tapi aku x pnah prasangka lah kat dia selama ni.
Sampai lah 1 petang tu aku pon x tau camne aku tetibe tergerak hati nk bukak purse aku yang aku letak tepi bantal. memang tu tempat aku letak purse aku pon selama ni. Ntah lah Allah tu nak gerak kan hati aku. korang tau apa yang aku jumpa? kad bank aku ilang. ilang wei.. bukan main2 ni. masa ni aku dh gelabah gila lah sebab dlm account aku ada 4k kot. banyak tu duit bukan cket2. kebetulan masa tu rumet aku ni tgh mandi so aku pon try lh bkak purse die. ntah lah.. aku x pnah buat camni. ni pon Allah yang gerak kan hati aku. dan aku jumpa kad bank aku dlm purse die. menggigil aku wei. x sangka. sgt2 x sangka. aku cpat2 amek kad bank aku pastu sorok tmpt lain. aku ni bkn jenis yang pemarah utk pengetahuan korg lah. so lpas rumet aku ni balik mndi aku bt rilek cam biasa walaupun masa tu aku rasa macam2 dalam hati aku ni. aku rasa kalau org len msti dah kna ganyang dah rumet aku tu.
So aku pon berbual lah dgn dia mcm biasa. muka dia memang x de rasa bsalah langsung. masa ktorg berbual sebelum msok maghrib tu aku ada ckp kt rumet aku yg akak aku nk pinjam duit buat downpayment kete die. ni aku just buat2 cerita je. tapi memang akak aku nk beli kete pon cuma x delh nk pinjam duit aku. Ada satu perangai aku dari dulu. Aku akan call mak abah aku setiap malam. Kalau tak pon 2 hari sekali. tapi aku just miskol jelh nti abah aku call balik. hahaha.. die kdg2 dengar conversation aku dgn mak abah aku so die mmg tau lah aku tak tipu die psal akak aku nk beli kereta tu. aku ckp akak aku wasap aku nk pnjam duit. aku ckp sok lah aku transfer sbb aku x de internet banking. so kna transfer kat cdm lah aku ckp. dia pon senyap jelh.
Masa aku tgh solat maghrib die tgh siap2 nak kuar dgn bf die. mmg aku x khusyuk masa solat tu. korang tau sbb ape. sbb rumet aku ni mcm cacing kepanasan sbb die x jmpa kad bank aku dlm purse die. aku npak dari ekor mata die gi kat katil aku cek dlm purse aku. cari kad bank aku. dpn2 aku die berani buat kan. sebab die ingat aku solat aku x npak lah tu. Allah, betul2 x khusyuk aku masa tu. nasib baik aku sorok kn kad aku kan masa tu. pastu aku siap solat tu dia pon keluar. x de ckp ape2 pon. aku macam biasa. buat cam x de ape2. aku citer kat bf aku masa tu. dia cakap gi tukar pin kad tu sbb rumet aku tau pin aku kn.
Tapi aku x nk kecik kan ati die. nti dia ingat aku tau die amek kad aku. pnya lah aku nak jaga hati dia masa tu. so aku bcadang nak cakap kat rumet aku yang kad bank aku ilang. so aku buat kad baru je. senang kan. dan benda tulah yang aku cerita kat dia pas balik kelas sok harinya. aku cakap aku nak transfer duit kat aku pastu tetibe je x jmpa kad bank aku tu. korang tau apa reaksi die. die buat2 tkejut tu 1 hal lah pastu die ckp mkin aku tersalah letak ke tercicir je kn. so aku cakap ptg nti aku nak gi bank dgn kwn2 sekelas aku nak gi buat kad baru. seperti yang dijanjikan ptg tu memang aku buat kad bank baru pastu tukar pin no skali. setel semua tu aku blanja kwn2 aku yg teman aku tu mkn kfc sbb dorg tau citer aku ni.
Korang tau apa yang aku beli guna duit 4k yang ada dlm account aku. ptg tu gak aku gi beli hp note2 sebab x nk duit aku kna songlap lg. masa tu note2 baru kuar. geram pnya psal kan. sampai sekarang aku pkai lagi note2 aku tu. bertahan hp aku ni. sebab kan x nak sakit ati dengan rumet aku lebih2 weekend tu aku balik lagi kampung. aku citer kat mak aku semuanya. mengucap panjang mak aku sebab die x sangka rumet aku cmtu. ok lah citer ni x abis kat sini je. aku ingat bile jadi cmni die dah insaf lah tapi rupanya tak.
Pernah 1 malam tu aku cek purse aku dan kad bank aku ilang lagi. masa tu aku cool jelh sebab tau rumet aku x kan boleh amek duit aku lagi. yelah aku kan dah tukar pin no. biar lah dia. aku malas nak tegur2 ni. dia bukan kecik lagi pon. masa tu dh 24 tahun dh. start dari kejadian dulu tu aku mmg sgt2 berhati2. duit dlm purse aku pon x pnah nk banyak mcm sblom2 ni. korang bayangkan tahap paranoid aku tu sampai aku kuar kan duit pastu suh classmate aku yg simpankan. setiap kali nak guna aku mtak kat dia. dasyat kn penangan rumet aku tu mse tu. tapi aku tleka gak 1 hari tu. dalam purse aku ada not 100 sekeping. korang bayangkan betapa terdesaknya rumet aku tu sampai die tukar not 100 aku tu ke not 50. kalau nak mencuri jgn lah jadi bodoh sgt. aku pon ape lagi, tukar balik duit aku masa die tgh mandi. aku nk gi mandi pon sampai tkot kdg2 tau. tkot die curi duit aku.
Aku ingt kan setakat duit aku jelah die curi tapi rupanya tak. aku jenis yang pakai kemeja tau. kalau kat padini tu kan beli 2 helai harga baru rm139 ke brapa. tak ingat dah. so aku mmg banyak kemeja padini tulh sebab aku mmg suka shopping situ. nak dijadikan cerita kemeja aku pon rumet aku rembat. kalau sehelai ok lagi tau ni sampai 3 helai. masa aku dapat tau tu cpat2 aku amek balik dan sorok kn dlm troley bag aku pastu aku lock. kebetulan weekend tu aku gi umah housemate aku masa diploma dulu sbb rumet aku masa diploma nak kawen kat segamat. bergembira lah aku jmpa kwn2 skepala masa belajar dlu kn. tak pikir ape pon lah.
Nak tau apa yang jadi masa tu. rumet aku yang tangan panjang ni boleh kopak kan beg troley aku semata2 nak amek kemeja aku. mmg aku hangin ar masa tu tapi aku x cakap depan2 die. aku masih lagi jaga hati dia. ntah lah. nper lah aku baik sgt masa tu aku pon x tau. nper aku tetap sabar pon aku x tau. aku bertahan sampai lah dia abis belajar. die awal 1 sem dari aku so die abis dulu. masa die dah abis blajar dan x duduk dengan aku lagi, aku rasa lapang yang amat sangat. x tau lah nak describe cmne. masa tu baju aku yang dia amek tu mmg dh jadi harta dia lah. aku pnah cari gak dalam almari die tapi x de. aku rasa die dah bawa balik umah die.
Kalau korang rasa tu je yang die curi dari aku korang silap. ada lagi yang dia amek. aku dulu pengguna tegar shaklee. aku consume vitamin c, e denganesp. vitamin2 aku ni pon die songlap tau. siap masok kan dlm botol2 kecik lagi. tapi yang ni aku tak amek balik lah sbb masa tu aku dah tawar hati sangat dengan rumet aku ni. dah x de perasaan dh. lantak kau lah nak buat apa nak jadi ape. mesti korang tertanya2 kan apa yang aku buat balik kat die. aku terus terang ke ape ke dengan die. aku x buat apa2 pon. aku malas nak gaduh2 ni. sok2 jmpa gak. so aku halal kan jelah semua yang die amek dari aku. aku tak berdendam pon dengan die. biar lah Allah yang balas segalanya.
Sekarang ni pon life aku Alhamdulilah dah ok. aku ada kerja yang baik, suami yang baik. aku pon x nk pikir lagi pasal benda2 tu smua. semua tu pengajaran lah tok aku. jangan terlalu baik dan percaya kat org. cuma aku nak pesan kat adik2 yang mkin masa ni tgh belajar dan ada rumet, korang kdg2 x leh share everything dgn rumet korg. jgn tlalu pcaya. mkin ada yg baik tapi ssah nak jmpa. kalau korg ada kawan2 yang baik tu jaga lah diorang sebaik mungkin. kalau rumet aku terbaca dan terasa watak dlm citer ni adalah dia, aku cuma nak ckp aku dah maafkan salah silap die. jangan ingat aku x tau apa yang dia buat selama ni. aku diam selama ni sebab aku x nak gaduh2 dengan dia. tu je. thanks lg skali lah sebab sudi siar kan citer aku dan tok korang2 semua sebab sudi membaca cerita aku yg x seberapa ni.
– Rumet yang penyabar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit