Salam semua..
Lepas baca pasal 1 org 1 rumah tu, aku pun tergerak nak share my 2 cent. Aku was-was juga la sama ada confession aku ni lps ke tak sebab isu ni agak tabu kat Malaysia ni. Tapi aku tulis juga la supaya lebih ramai org aware pasal ni. Ye la, korang budak2 u ni kan bakal pemimpin masa depan. Mana tahu korang-korang ni la yang akan mengubah benda ni nanti. InsyaAllah
Kalau nak disebut pasal sistem pendidikan negara kita, macam-macam masalah yang akan kedengaran. Tapi hari ini aku cuma nak sentuh tentang satu benda ni je. Korang sedar tak yang kita satu-satunya negara dalam dunia ni yang masih mengamalkan sistem pendidikan vernakular/ sekolah jenis kebangsaan/sekolah pelbagai aliran kaum (betulkan dgn fakta kalau aku salah). Tahu tak yang kita diketawakan kerana masih mempertahankan sistem lapuk ni?
Sejarahnya kalau korang pernah baca Penyata Razak, dalam tu disebut sekolah vernakular akan dikekalkan seperti zaman sebelum merdeka dulu dan beransur-ansur digantikan dengan sekolah kebangsaan. Tapi sampai dah 59 tahun merdeka ni aku tak nampak mana yang kata beransur-ansur tu. Makin menambah2 adalah. Itu belum lagi dengan dengan kewujudan sekolah-sekolah swasta yang tak terkawal ni. Ya memang salah kita sebab tak bertegas dalam isu ni waktu mula-mula nak memberikan kerakyatan dulu. Nak buat macam mana kan benda dah lepas.
Masalah utama negara kita bila sistem pendidikan kita ditentukan oleh orang politik, bukan pakar dalam bidang akademik. Undi dan agenda peribadi lebih penting dari agenda nasional. Aku tak hanya maksudkan kerajaan sedia ada ketika ni kerana dalam perkiraan aku sekiranya kerajaan bertukar tangan pun, nadanya pasti tetap sama atau mungkin lebih keras lagi (if you know what i mean)
Tanyakan pada mana-mana pakar akademik dalam dunia ni tentang sistem kita ni, sama ada ia releven untuk negara dengan masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Aku yakin majoriti besar atau semua sekali akan cakap yang sistem ni memang tak sesuai.
Korang bayangkan, dari umur kecil lagi diorang dah diasingkan mengikut kaum sedangkan pada usia itulah mereka patutnya dah mula mengenal kaum lain. Yelah, budak kecil ni kan pemikirannya suci murni, belum pandai pilih bulu lagi melainkan kalau mak bapak yang install macam tu dari rmh. Bila masuk sekolah menengah barulah mereka ditemukan dalam sistem sekolah menengah kebangsaan. Pada aku masa ni dah lambat. Murid dah pandai pilih bulu, nak bergaul dengan kaum masing-masing saja.
Pengalaman aku jadi cikgu, aku nampak budak-budak bangsa selain melayu yang datang daripada sekolah kebangsaan (bukan sjkc atau sjkt) mereka ni fasih berbahasa melayu, tak kekok nak join mana2 group pun. Group melayu boleh, cina boleh, India pun boleh. Kan bagus macam tu.
Orang kata tak kenal maka tak cinta. Bila tak kenal maka muncullah berbagai prasangka dan prejudis yang kadang2 tentang kaum-kaum lain ni. Itu belum lagi mereka yang daripada kecil sampai besar bersekolah di sekolah swasta yang dimonopoli oleh satu kaum sahaja. Duduk pulak di kawasan tertentu yang majoriti bangsa mereka juga. So dekat mana diorang nak bergaul dan belajar budaya satu sama lain?
Aku bosanlah bila dengar statement ‘perpaduan kaum di Malaysia sangat utuh’ sedangkan hakikatnya kita seperti sedang berjalan di atas ais nipis yang bila2 masa boleh retak dan pecah.
Sebelum korang nak cakap aku apa-apa, meh aku bagi tahu awal2. Aku campuran melayu dan cina. Mak aku cina dan bapak aku melayu. Aku tahu suara suara yang nak memansuhkan sekolah pelbagai aliran ni seringkali akan dianggap rasis. Tapi siapa yang rasis sebenarnya?
– amoi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit