Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Semoga semua sihat dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.
Tak perlu perkenalkan diri cuma hamba hina yang masih mencari2 erti hidup dan mendambakan kasih dan sayangNya.
Semalam, balik dari kerja aku luangkan sedikit masa rehatku untuk mendengar kuliah dari seorang guru yang aku cukup kagum dan antara ustaz ‘feberet’ aku, Syeikh Zainul Asri di sebuah surau sekitar Selangor. Ketika itu, aku cukup runsing memikirkan keadaan ekonomi aku sekarang. Dalam usia yang masih muda (20an) sudah punya banyak hutang sehingga bakal dicalonkan muflis yang mana aku sendiri khuatir akan masa depan aku. Saving belum ada. Mujur masih belum berpunya dan belum disunting mana2 teruna. Jadi, aku tak perlu fikir tentang duit kahwin buat masa sekarang. Tapi, saving itu mesti kena ada. Buntu. Sikap aku bila aku resah aku akan ke mana2 surau/masjid mencari kuliah buat pengubat jiwa.
Pada malam tu, Tuhan seolah2 tahu akan kekusutan dalam benak aku selama ni lalu jawapan diturunkan melalui Syeikh Zainul. Beliau menceritakan perihal hutang dan sedekah. Pernah tak tertanya2, kita bersedekah tapi rezeki seperti disekat? Kita bersedekah tapi rasa rezeki disempitkan? Kita bersedekah tapi hidup seolah2 tak rasa apa? Maka ditanya, “hutang dah bayar?”. Ada orang sedekah memang rajin, pemurah sangat tapi hutang tak bayar. Salah tu. Sedekah itu SUNAT. Bayar hutang itu WAJIB. Jadi yang mesti didahulukan ialah yang wajib. Bukan bermakna tak perlu sedekah. Perlu sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Ya, aku memang suka sedekah. Dapat gaji je aku akan allocate siap2 duit untuk sedekah.Takut belanja tak cukup? Ya, kalau ikutkan memang tak cukup. Tapi aku tawakkal. Ikat perut sikit. Tapi, dalam aku bersedekah, aku lupa ada hutang2 aku yang tertunggak. Dah berapa bulan tak bayar. Bank selalu call. Aku risau. Dengan tahap kewangan aku sekarang ni, mana mungkin aku dpt langsaikan semua hutang2 aku tu. Tapi, aku tak putus asa. Niat di hati mahu berniaga tapi aku khuatir, andai masa aku nanti disibukkan dengan berniaga sehingga lupa akan kuliah2 di rumah Allah. Tapi, hati masih tertanya2 manakan cukup gajiku untuk bayar hutang2 aku ni. Lalu aku biarkan ianya berlalu. Malas nak pikir kadang2.
Kemudian, Sheikh sambung lagi, dalam bersedekah juga ikhlas itu penting. Ada orang tanya kalau saya sedekah RM50 tapi yang ikhlasnya hanya RM5? Takkan nak ambil baki plak kan. Kata Sheikh, ikhlas itu harus dipupuk, dibiasakan. Kalau kita dah biasa ikhlas RM5, bila kita nak ikhlas RM50? Cuba try masukkan RM50 dalam tabung tu sekali sekala. Lama2 ikhlas itu akan datang dgn sendiri. Betullah nilai RM50 itu besar nilainya bila dibawa ke tabung surau/masjid tapi kecil nilainya bila dibawa di pasaraya beli belah. Kerana apa? Kerana iman…Kadang2 kita nak lepaskan hatta RM10 kedalam tabung surau pon menggigil rasa. RM10 boleh buat belanja makan 2 hari. Betapa kita tak miliki rasa tawakkul yang tinggi pada Allah Si Pemberi Rezeki. Bila aku dah lepaskan not RM dalam tabung surau aku terus berserah. Apa nak jadi, jadilah. Bukan bermaksud takda duit langsung. Ada cukup2 makan saja. Selalu cakap dalam hati, kalau aku xsedekah, duit ini pasti aku sudah belanjakan untuk yang bukan2. Maka, aku tawakkal dan berharap agar Allah mudahkan urusanku sehari hari.
Setiap hari pasti aku akan fikir hutang2 aku. Risau. Adakah amalan2 ku diterima dalam keadaan aku tak langsaikan hutang2 aku? Bagaimana nanti bila aku sudah tiada kelak? Mati dalam keadaan berhutang. Naudzubillah. Aku selalu berdoa aku mati selepas selesai semua hutang2 aku. Tempoh hari, seorang ustaz aku lupa namanya beritahu, carilah ketaatan dengan Tuhanmu. Pasti Dia akan menunjukkan jalan keluar bagi setiap masalahmu. Firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (At-Talaq: 2-3). Nah. Taat dahulu. Bertaqwalah. Nescaya Tuhan bantu. Bagaimana? Itu semua didalam pengetahuan Allah Azza Wa Jalla.
Dalam blog ni ramai yang confess bermacam2 masalah yang kadang2 aku terpikir “ada jugak orang ditimpa ujian seberat ini”. Makanya, berbaliklah pada Tuhanmu. Dia rindukan rintihanmu. Dia rindukan tangisanmu. Mintalah pada Dia sepertimana kanak2 meminta untuk dibelikan mainan. Menangis, meraung selagi tak dapat selagi itulah dia meminta.
” Bukan tidak Redha dengan ujian cuma hendak mengadu padamu” (Munajat Seorang Hamba- HIJJAZ).
Tahukah kita, Allah cukup malu pada hamba2 Nya yang meminta tapi tidak diberikan apa2? Betapa Allah itu Maha Penyayang lagi Mengasihani. Allah akan makbulkan doa kita semua. Selagi kita hanya bergantung harap padaNya. Allah cemburukan kita bila kita berharap pada selain daripadaNya. Allahu. Jadi, bertaqwalah wahai teman2 semua. Carilah redha Allah dalam setiap amal ibadahmu. Pasti akan ditunjukkan jalan keluar bagi setiap masalah yang menimpa. Dari Dia segala ujian yang datang, kepada Dialah tempat untuk kita minta diringankan dugaan.
Jadi, jangan pernah berputus asa dalam bersedekah. Mujahadah melawan nafsu itu payah.Tapi, ganjarannya cukup lumayan. Jangan terperanjat dengan bersedekah juga Allah tunjuk jalan keluar. Dalam masa yang sama, berusahalah untuk melangsaikan hutang2 yang ada. Bimbang2 kita pergi dalam keadaan roh ‘tergantung’ kelak. Naudzubillah. Nasihat pada diri aku juga sebab masih berusaha mencari ikhtiar untuk membayar hutang2 yang ada. Doakan aku. Aku harap nukilan perkongsian aku yang tak seberapa ni sedikit sebanyak boleh dijadikan saham akhiratku kelak. Aku doakan kita sentiasa dipermudahkan urusan. Andai rasa hati resah gundah gulana rajin2 lah ke rumah Allah. Hadiri kuliah2 tazkirah2 buat pengubat jiwa. Pasti Allah sisipkan ketenangan dalam hati. “Bukankah Tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang”(Hakikat Bahagia-UNIC).
Yang baik datang dari Allah. Wassalam.
– AWEKSURAU
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit