Assalamualaikum admin dan semua confessors sekalian. Pertama sekali terima kasih admin sebab siarkan confession aku yang tak seberapa ni. Saya harap Confession aku ni sedikit sebanyak dapat membuka mata beberapa orang yang mungkin tak sedar benda ni belaku dalam kalangan kita atau pun yang acah2 rakyat minda class pertama tapi yg sebenarnya habuk pun tak ada. Menyusahkan orang lagi adalah.
Panggil aku sha. Aku kerja dengan satu restoran berangkai yang agak popular jugak lah. Tahu tak restoran berangkai tu macam mana? Alaaaa..yang macam marrybrown,starbucks,kenny Rogers,secret recipe,sushi king,subway, pizza hut and etc. (Aku kerja dengan salah satu outlet ni, pandai2 lah korang teka. Aku taknak sebut). Aku kerja tak ada lah bertahun2 tapi banyak jugaklah pengalaman Dan pengajaran yang belaku depan mata aku.
Macam baru2 ni aku ada ternampak satu video dekat fb and ak sure mungkin ramai yang dah tengok video tu. Aku tak sure lah case tu case baru ke lama tapi itu yang sebenarnya aku hadap hampir hari2. Video tu case dia belaku dekat KFC, customer tu mengamuk dekat kaunter sebab ayam dia tak masak . Siap tunjuk2 ayam yg dah lerai2 kat manager kfc tu sambil marah2. Ya aku admit tu memang salah and hak dia sebab dia bayar untuk makanan dia tapi at least cakap lah baik2 tak payah mengamuk2 macam tu. Adab mana adab? Staff tu ada maruah jugak. Cuba kau letak kan dri kau kat tempat staff tu, seronok tak kena macam tu? Atau cuba kau bayangkan staff tu Adik kau abang kau kakak kau ke? Kau suka Adik beradik kau kena herdik macam tu? Apa perasaan kau? Siap video tu viral bagi satu dunia tengok? Seronok? Apalah salah nya cakap baik2 selit2 nasihat sikit untuk staff tu. Staff tu pun would love to attend you. Kalau tak mengamuk camtu pun aku sure dia akan gantikan yang baru untuk kau dengan ikhlas hati dia. Kau mengamuk camtu ingat dia ikhlas buat untuk kau. Lepas tu kau makan. Tak rasa bersalah ke? Kau tenang eh hidup macam tu? Tu belom lagi staff tu kena dengan Orang alasan dia lepas kau viralkan video tu pulak? Mana tau dia mungkin kena warning letter ke gantung kerja ke buang kerja ke? Kau tak tau apa impak yang kau dah buat kat hidup seseorng. Puas hati kau budak tu kena camtu? Berbaloi ke untuk kau?
Macam semalam pulak, ada satu family datang nak dinner kat tempat aku. Bawa wife dia anak dua orang. Sorang dalam lingkungan 2 tahun and sorang lagi baby. Staff aku datang attend untuk ambil order. Staff aku cuma ckap “abang, boleh ambil order?” Mamat tu tiba2 hempas menu atas meja and cakap “Tak boleh sabar ke? Dah jomlah balik” Terkebil2 staff aku. Datang ambil order pun salah. For your information, family tu dah duduk for quite some time sebelum staff aku datang, bukannya dia baru duduk staff aku dah kelam datang ambil order dan itulah first time staff aku datang attend dia untuk ambil order bukan dah datang bnyk Kali tanya soalan abang boleh ambil order? Itu sapa tak rimas kan? family tu terus bangun and keluar. Bini dia pun diam mengikut. mungkin dah biasa dengan tabiat luar biasa suami dia. Sebelom keluar pun dia sempat bising2 kat cashier aku yang berdiri hampir dengan pintu masok. Alasan dia sebab dia ada anak kecik. Dia cakap kami tak boleh sabar ke? Okay fine tu alasan dia. Kami pun boleh faham. Masalah nya disini tak boleh ke cakap elok2 kat staff aku. “Dik,datang ambil order kejap lagi ye?” Atau pun, “abang panggil nnti bru datang ambil order ye?” Tak ambil masa banyak pun nak cakap macam tu. Kami pn boleh paham. Lepas cakap camtu kau boleh sambung handle anak kau yang mungkin sedangkan melalak2 tu.
Dalam drama lain pulak, aku sendiri pernah attend satu family. Husband n wife Dan anak2 5 orang. Aku ambil order untuk table ni. Dari awal Husband dia cuma diam, wife dia je yang pilih2 nak makan apa even wife dia pun tanya nak makan apa. Husband dia cakap pilih jelah dalam Nada kasar. Settle ambil order semua and makanan pun dah smpai haaaaa di sini drama bermula . Wife dia panggil aku and aku attend. Sampai ka meja dia aku nampak husband dia tengah marah2 tak puas hati cakap tak cukup lah sebab wife dia order set family untuk 3-4 org makan. Tadi masa wife dia tanya dia tak nak jawab kan? Dia marah wife dia depan aku Dan anak2 dia. Cakap wife dia kedekut lah apalah sampai aku serba salah nak berdiri kat situ sebab tak sampai hati tengokwife dia. Muka wife dia merah padam sebab malu. Bila wife dia tengok aku serba salah , wife dia tiba2 tanya aku. “Adik dah kawen?” Aku pelik dia tiba2 tanya mcm tu bila aku cakap belom dia terus ckp “dah kawen nnti Adik tau. Mcm nilah bila dh kawen. Mcm ni dh biasa dah” aku senyum2 je. Aku tak taulah dia ckap mcm tu untuk Perli husband dia or mmg dia betul2 mksudkan mcm tu. Aku kesian kat akak tu. At least kalau marah sangat pun kat wife dia janganlah herdik wife dia depan aku depan customer lain. Ya! Customer meja sebelah dia pn dengar.
Kadang2 aku pelik. Mana pergi adab sesama manusia? Kasih sayang antara manusia. Bila aku cakap kasih sayang bukan maksudnya kena bercinta ke apa ke. Tak salah kan cakap baik2, spread the love. Hormat menghormati. Or at least senyum . Buat baik sesama manusia. Ya, bagi kami yang provide service untuk customer ni dah biasa kena macam ni. Tapi aku sedih sebab ni jadi kebiasaan. Memang customer bayar tapi tak bermakna boleh buat kami sesuka hati. Herdik bila tak puas hati. Hempas depan kami. Kami pun manusia. Ada maruah ada air muka. Bila aku cakap macam ni bukan bermaksud dalam bidang f&b sahaja. Dekat mana2 pn aku nmpak hal2 mcm ni. Dekat bank dekat hospital merata2 lah.
Bila aku cakap macam ni, bukan semua orang lah mcm ni. Still ada yang baik hati. Ada yang kadang2 sangat2 memahami. Ada yang tiba2 bagi nasihat.kadang2 benda2 kecik camni yang made my day. Motivation kami melonjak. Secara tak langsung kami lebih productivity kan? Ada setengah customer yang tau anak dia sepah2 kan makanan kat lantai. Datang kat aku or kat staff aku personally minyak maaf sepahkan makanan kat lantai. Kami pun x lah rasa bebal sngt nk kemaskan. Or ckp terima kasih masa nk kluar. Terima kasih lepas kami ambil order and hntar order. Simple kan? Ada customer yg siap kemas dh meja dia orang. Siap dah tingkat2 kan pinggang semua. Tinggal kami angkat je. Sisa2 makanan atas meja pn semua dh kutip tnggal lap je sikit2. Yang ni extreme lah. Haha! Tak payahlah sampai camni. Tapi serious ada. Benda nampak simple kadang2 tapi besar makna dia.
Come on guys ! Spread the love. Be kind. Ingat satu je, what you give you get back. kau buat baik kat orang. Orang akan buat baik kat kau jugak. Kau hormat org, org akan hormat kau balik. Dunia pun lebih indah. tak ada marah2 mengamuk2.Sebenarnya banyak lagi aku boleh story drama2 yang aku nampak hari2 tp at least dengan drama2 yang aku ketengahkan ni dapat lah sampaikan sedikit sebanyak apa yang aku cuba sampaikan kat audience kat luar sana tu. Kalau aku story smua esok pun tak have lagi. Confessor lain pon tak boleh confess kat sini. ni belom masuk drama antara staff pulak. Lagi macam2 . Haihhhhhh.
Okay, gerak dulu. Ingat tauuuu.. spread the love. Be kind. Tak payah tunggu orang lain start dulu.kau start dulu pun dah banyak perubahan kau boleh nampak. Bye. Take care.
– Sha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit