Salam semua.
Kerap kali dah aku buka Facebook, Twitter dan sebagainya pastu perasan satu jer benda yang orang kita kemaruk: budaya memviral. Lainlah kalau viral video kucing atau baby ke, ni tak. Apabila ada jer benda yang tak puas hati, terus keluarkan handphone pastu amek gambar/video. Tak boleh ker kita settle masalah dengan cara lain?
Budaya memviral ni membuktikan seolah-olah kita tak mampu selesai masalah dengan rasional dan matang. Bukti bahawa EQ kita rendah. Daripada kita terus keluar phone bila sedikit tak puas hati, kenapa kita tak cuba discuss dengan orang tuh, supaya orang tu faham point of view kita dan sama-sama dapat capai kata sepakat. Takpon ambil tindakan yang sewajarnya: hubungi orang atasan dia atau kalau dah teruk tu, ambil tindakan undang-undang mengikut cara yang sesuai.
Dahlah apabila kita ambil video atau gambar, kita tak minta izin orang tu, tak hormat hak dia untuk privacy. Apabila orang yang ingin diviral tu pakai uniform (pegawai kerajaan, polis dsb.), ambil video dia tanpa izin boleh kena dakwa sebab menghalang dia menjalankan tugas.
Orang yang viral biasanya berniat untuk dapatkan views dan like yang banyak, secepat mungkin. Tujuan? Entah. Nak jadi terkenal? Nak orang pergi dekat dia minta autograf? Tapi memang nampak pathetic, tak matang dan cetek. Takkan itu kot objektif kita untuk hidup? Bukan nak membaiki diri dari segi iman, ilmu dan emosi? Jadi viral pun nasib je sebab kebetulan berada at the right place, at the right time.
Lagi teruk apabila baca komen, orang tak tahu pun situasi sebenar yang berlaku, terus menghukum orang yang diviral siap keluarkan hadis dan sumpahan lagi. Kalau ditakdirkan benda tu tak betul, bila kita klik share tu dah dikira kita sebar fitnah tau. Tak ke dahsyat dosa dia tu? Macam tu jer bajet nak jadi pahlawan papan kekunci, tapi multiply dosa free-free jer.
Disebabkan ketidakmatangan kita untuk selesaikan masalah secara berhemah, kita terpaksa mengharapkan kecaman netizen untuk mengubah keadaan. Macam mana nak jadi masyarakat bertamadun dan bermaruah? Last-last orang tu berubah, kalau iya pon lah dia berubah, bukan sebab dia faham apa yang dia buat tu tak betul, tapi sebab takut untuk kena tempias caci cerca netizen. Buat sesuatu benda kerana takut, dan bukan kerana faham tujuan baik buat benda tu takkan kekal. Nanti bila kita rasa takde orang tengok, kita buat balik. Takkan lekat. Tak istiqamah, sebab kesedaran sepenuhnya takde!
Ingat lagi kisah ada budak tersepit eskalator dekat KLIA, ada seorang saksi tu terkejut sebab dia tengok orang bukannya nak tolong budak tu, tapi terus keluarkan phone nak amek video. Gila buruk perangai. Mana kemanusiaan kita? Apabila mengambil video nak share kat orang lagi penting daripada tolong sesama manusia? Nanti kalau kau kena accident, kau nak tengok orang kerumun keliling kau amek video dan bukan tolong kau yang tengah berdarah teruk? Tak nak kan??
Kesimpulannya, jadilah warga yang matang dan bertanggungjawab. Bahasa aku mungkin nampak kasar, tapi ini pandangan aku.
Orang sekarang pakai smartphone bukan untuk jadi lagi smart, tapi jadi kurang smart adalah. Peace out.
– Lina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit