Hi chuols. Aku sambung cerita..
Siapa belum baca part 1, klik sini. ( https://iiumc.com/pengalaman-interview/ )
Pada yang cakap aku stupid dan lurus sebab bagitau aku nak cuti kahwin tu kan, tak apa.. aku tak marah. kalau korang cakap “memang tak dapatlah kerja kalau kau cakap nak cuti kahwin kan” korang silap..
Dia ikut hak individu. nak rahsiakan, silakan lah. Bagi aku, aku lagi suka jujur. Kalau nak tahu, yang dekat genting world resort tu pun aku jujur.. dapat je offer kerja.. siap kitorang boleh discuss lagi kau tau tak. Miss stacy ckp aku nak kahwin lagi 4 bulan kan, so 3 bulan latihan tu mmg dia cakap tak kacau. Tapi dia suruh aku kerja bagus2, lepas 3 bulan kerja.. dia suruh aku apply cuti kahwin. Tapi itulah, time tu aku fresh graduate yang terlebih dengar ckp orang sekeliling. Menyesal aku tolak. Aku patut dgr kata hati aku. Menyesallll Tsk..tsk..tsk..(nangis)
Oh lupa nak bagitau, aku lulusan marketing tau. Bagi korang mungkin tak padan kalau belajar marketing tapi cari kerja call centre. aku boleh apply jawatan marketing kan? Gaji lagi asyuk kata kau. Tapi semua company yang aku apply mesti nak sekurang kurangnya setahun pengalaman. Mana nak cekau?
Sebenarnya kebetulan masa aku praktikal, memang aku kerja sebagai telemarketing. tajuk research thesis aku sbelum ni pun pasal telemarketing, dah muak aku study journal pasal ni, itu yang rasa macam dah faham sangat kerjaya call centre/telemarketing ni.Sebab tu aku lebih kepada call centre.
*KEDAI KASUT*
Aku apply kerja melalui jobstreet. Kedainya area daerah aku. aku dapat call dari wanita berbangsa cina. jawatan marketing. Nampak macam company besar tapi bila sampai, rumah kedai usang je. Company ni jual kasut online. Jadi, masa datang interview, terpaksa naik tingkat atas, susah gila nak lalu sebab dekat lantai penuh kasut2 macam warehouse. Ada 3 orang pekerja melayu dalam tu dan semua perempuan.
Yang tukang interview aku namanya madonna. Cara interview dia boleh tahan pengalaman baru sebab ada typing test. Typing test ni kiranya dia bagi kau laptop, lepas tu dalam tu ada satu article, kau kena taip dalam masa seminit. Dia nak tengok berapa laju kau boleh menaip.
Lain2 interview, dia bagi satu ayat, macam “seorang pelanggan telah menghantar email bahawa dia telah membeli size kasut yang salah. Tuliskan satu email untuk membalas emailnya.” Time ni aku macam, apa policy company ni weh? Boleh tukar ke tak boleh tukar ke kan.. aku tanya lepas tu madonna suruh ikut kretiviti aku. Aku macam.. argh hentam jelah labu.
Yang best kalau kerja sini, harga kasut dapat potongan beberapa percent.yang tak bestnya.. dia offer gaji rm900, jarak tempat kerja dengan rumah jauh, public transport tak ada. Plus kerja aku termasuk cuci tandas. :)
*BUTIK TUDUNG SUGARSCARF*
Next, aku dah melepet kat rumah.. urus pasal persiapan kahwin aku dengan budget yang tak banyak dalam tangan..
Tengah survey2 pelamin indah bak mahligai impian kat instagram, aku ternampak iklan nak cari promoter dekat butik Sugarscarf. Sebab time tu butik ni buat grand opening kat tempat aku. Tanpa melengahkah masa, aku terus whtsapp nombor tertera. Aku berjaya diterima sebagai promoter.
Sambung pasal jadi promoter, aku fikir ada kena mengena dengan course marketing dan jalan hidup aku. kemudian, aku ajak kawan aku kerja sekali. Aku tak cerita panjang sebab aku dengan kawan degree aku dua2 menganggur dan promoter lain semua budak lepasan spm. Malu? Malu bai.. mak aku malu aku kerja promoter. dia cakap kawan dia terserempak dengan aku edar flyers. tak cool langsung dia cakap. hahaha. Ada aku kisah? Cari pengalaman kan.
Lepas sebulan kerja, aku apply untuk jawatan pembantu pengurus butik sebab mmg kosong. Tapi hantar application ke HQ, sampai sekarang tak ada feedback. Aku pun berhenti sebab gaji habis untuk minyak kereta je. Ditambah budak2 ni jenis menumpang pastu tak bayar. Baik duduk rumah je. Tapi pengalaman tu bolehlah masukkan dalam resume kan pernah kerja sekian sekian.
*AIA TAKAFUL BHD *
Okay, job ni aku jumpa iklan dekat twitter. Dia cakap ada jawatan kosong sebagai Life Planner AIA. Bunyi macam kesihatan kan. Gaji ikut tangga kelayakan.
SPM= RM2,000
Diploma=RM3,000
Degree= RM4,000
Like seriously? Macam tipu je kan.. tapi aku punyalah nak tahu, just untuk info.. life planner tu apa. Bunyi macam best, gaji macam best. aku pun try lah whatsapp nombor orang tu. Encik Fuad ajak set tarikh untuk interview. Hari Ahad. Aku datang interview dekat kedai mamak. kedai mamak weh! Macam hampeh aku pergi bawak file resume, kasut tutup dengan tumit, pakai blause dengan skirt formal tapi encik fuad dtg dengan seluar jeans aje baju jersi. Lepas tu dia cakap “harini hari ahad, saya cuti”. (-.-) nasihat aku, lepas ni jangan terima interview selain hari bekerja kecuali korang dah pasti.
Aku takut jugak kena tipu kan.. nasib ditempat umum. Kitorang discuss sikit2 pasal kerjaya lepas tu dia bagitau aku yang aku ada interview kedua pulak dengan ketua agensi. Syarat untuk dapat kerja ni, aku kena lulus exam TBE. Itu aje. Aku pun tak tahu apa jadi dengan aku, aku ikut je dia cakap.. patutnya aku hold dulu atau fikir dulu. Dah la belum dapat kerja, lepas tu nak kita keluar duit pulak kan. Hmm dia set minggu depan untuk Interview dengan ketua agensi, lepas tu bawak duit sekali rm86 untuk bayaran exam.
Masa hari interview, aku masuk bangunan tinggi macam menara. Ketua agensi ni rupanya perempuan. Berbangsa cina. Aku pasti ni bukan tipu2 punya. Dia interview jenis yang nak kita banyak terangkan. contoh terangkan apa yang awak belajar masa kerja sugarscarf. aku rasa dia nak tengok kemahiran kita berinteraksi kot. Kemudian, dia pung pang pung pang cerita pasal kerja ni, aku kena tolong orang, aku kena jaga kehidupan orang, pasal tanggungjawab lah, pasal aku kena jadi penasihat kewangan setiap individu. Kerja apa ni? Susahnyaa aku fikir.. Nama jawatan “Life Planner” tapi kalau nak simpulkan, kerjanya rupanya agen insurans. Mudah je. Training disediakan..
Family aku, tunang aku, org sekeliling aku semua menentang sekerasnya aku nak kerja insurans ni. Dia keji kerja ni, cakap kena cari org, kena benci dengan kawan2, drama melayu sangat. Tapi kali ni aku dengar cakap hati aku. Aku terima jawatan ni.
Yes, sebagai agen insurans weh.. lepas aku lulus exam.. dia bagi aku pilihan, nak tangga gaji yang mana. aku boleh pilih gaji yang rm4,000 sebulan level degree tapi aku pilih level diploma rm3,000. Sebab makin tinggi gaji, makin tinggi target kau. Aku kerja sini sampai aku lepas kahwin… happy gila, mudah nak buat duit. Target bulanan aku, kena cari 3 orang untuk beli insurans yg bernilai 6,000 setahun. Yang tak faham tak payah faham, nanti pening.
Mewah sangat masa aku kerja kat AIA ni. Nak beli apa, aku swap2 je. Beli lipstik Mac original RM70 slumber je beli. Sambil lalu pulak tu. Ya Allah menyesal nya dulu membazir. Dulu orang yang tentang aku, semua datang kat aku nak pinjam duit. Mak aku pergi shopping, tunggu aku bayarkan aje.. mulalah senyum sampai telinga.
*COMPANY OIL & GAS*
Satu hari, aku dapat panggilan telefon dari satu company oil & gas ni. Nama company ni rahsia sebab kalau aku exposure, memang pekerja sana terus boleh kenal aku. Sebab special case Haha
Aku dapat call time ni dulu aku tengah zaman kegemilangan dalam AIA. Setiausaha kepada founder company ni call aku katanya Dato nak jumpa aku untuk offer jawatan marketing dekat company dia. Dalam call, aku dah inform yang aku sedang bekerja dan tak apply pun kerja di situ. Tapi setiausaha dia suruh juga aku cuba dulu. Dan interview tu esok. Aku keberatan tapi aku cuba jugak.
Macam biasa, lepas buat research.. aku pergi. Setiausaha dia suruh datang awal sejam sebab dia nak ambil gambar dan isi borang ape semua tapi pagi tu aku ade jumpa client insurance, borak punya borak aku tak perasan dah pukul berapa.
Aku sampai company tu, time hujan. Ya Allah besarnya company. lori kontena besar bapak keluar masuk. bawak barang2 dari company. Dato dah tunggu aku dekat lobby. Aku ingat dia nak bawak aku naik office, rupanya interview dekat lobby aje. Setiausaha tu dah teka aku ni interviewee sebab aku pakai kemeja putih, sluar slack hitam, bawak file resume . Dia pun kenalkan aku dengan Dato. Dengan basahan hujan kat baju aku, opening aku simple aje time tu “good morning dato, maaf saya terlewat”. Dato tengok jam, lepas tu dia cakap omputih “no, its okay. Its on time”.. aku pun boleh agak, okay.. kena interview dalam english ni.. dato memula macam tak suka aku. Dalam interview ni, kau bayangkan.. ada satu meja bulat kecik kat tengah, lepas tu 4 kerusi rotan. Satu kerusi Dato duduk, satu kerusi aku duduk, satu General Manager (GM). Satu lagi kosong.
Macam biasa, soalan interview bertubi2, tapi semua berkaitan dengan marketing. Serious talk, ni adalah pengalaman interview yang paling best dalam hidup aku. Yang berkaitan dengan apa yang aku belajar selama ni. Dan aku sangat2 selesa dan confident. Pertama kali aku interview, aku tengok orang company highlight guna highlighter resume aku. Biasa kosong je ataupun dia suruh kita bawak yang baru kan. Aku time dah habis interview, aku bagitau dato yang aku happy, ni first time aku tengok resume aku di highlight. Dato gelakkan aku. Dato macam nak tahu pasal aku lebih lanjut. Dia tengok dalam resume aku yang aku pernah kerja di hotel sebagai waitress ( masa cuti semester). Dia tanya aku, tak malu ke kerja macam tu. Riaksi muka beliau takdelah jijik ke ape. Tapi riaksi muka bangga dan buat aku rasa selesa. bila setiap staff yang singgah kat meja ktorang dan anak Dato sendiri singgah, beliau ulang benda ni kat dorang. contoh macam “she just said that she glad that we’ve highlighted her resume. Bla bla bla”, “before this she used to work as waitress and she proud of it”. Aku segan gila. Boleh bayang tak bila founder company besar cakap macam ni. Ya Allah aku serious rasa nak jadi part of this company.
Paling aku suka, Dato slowly berpuas hati dengan keyakinan aku (thanks AIA provide training). Dato siap puji English aku quite Okay. Padahal aku rasa english aku ayam je. Beliau terus discuss dengan GM nak letakkan aku position customer relationship. Dia cakap aku peramah, suka senyum boleh bina jalinan kerjaya dengan syarikat luar negara. Siap tanya aku boleh outstation luar negara tak. Aku terus masukkan point yang aku pernah wakil UiTM ke luar negara. Lagilah nampak credibility aku kat situ.
Tapi kan.. GM tu punya soalan killer jugak, aku tak ingat tapi aku rasa GM tak suka aku. Dato je beria2 time tu. Tapi lebihnya aku jual insurans kat dato, dato siap tanya pasal client aku..aku terus terang je cakap aku tak pernah serve VVIP tapi dato dah ade berapa belas entah insurans, insurans company pun dah dekat 300k kalau tak salah aku.
Dato tahu gaji aku RM3,000. Tapi dia terus terang dia suka aku, tapi company just boleh bagi max untuk aku sebanyak RM2,300 je. Beliau bagi aku masa 2 minggu untuk fikir. Lama kan? Aku time tu memang dah buat keputusan aku nak tinggalkan AIA untuk company ni. Dah la satu daerah, jauh sikit je. AIA memang okay, tapi aku fikir macamana kalau satu hari nanti aku dah takde orang nak beli insurans? Klau takde orang beli tak ada gaji bai..
Aku bagitau suami aku, korang tau apa.. suami aku marah. Dia tak bagi aku tukar kerja sebab kerja aku dekat AIA senang, tak ada office hour, suka2 hati kaulah nak masuk office ke tidak, yang penting dalam seminggu kena pergi sehari ke pejabat untuk training dan bawak masuk 3 case baru sebulan. Gaji aku pun lagi mahal. Dia suka aku macam tu, tapi aku time tu memang tengah zaman kegemilangan, aku pun dalam menangis, aku ikut cakap suami dengan harapan Allah bagi hikmah bila aku ikut cakap suami.
Aku buat solat istikarah. Aku nak sangat masuk company oil & gas ni tapi aku sayang AIA. Esoknya aku bincang dengan kawan sekerja. Ada sorang ni rapat dengan aku. Dia bagitau aku, ayah dia kerja buruh kat sana. company tu susah gila nak cuti dia ckp. Lepas tu siksa gila kerja kat sana. Aku macam tak puas hati. Lain benar dengan apa yang aku nampak kat sana. Tapi pengurusan dalaman kita tak tahu kan. Aku pun bagitau husband. Mungkin ni jawapan kepada apa yang aku solat istikarah semalam. Aku pun buat keputusan diamkan dulu. Iyelah.. ada 2 minggu kan masa untuk fikir.
aku tak jangka pun ekonomi akan datang (waktu tu) buat kerjaya aku terjejas teruk. Kerja aku merosot masa kenaikan minyak tahun lepas. Time ni baru je habis 2 minggu masa untuk jawapan kerja di company oil and gas. Seminggu lepas tu suami aku bawak aku pergi company ni semula..
Aku sampai, aku disambut baik oleh receptionist. dia kenal aku. dia cakap Dato memang tunggu aku bagi jawapan. aku tanya dato mana.. tapi Dato tak ada, dia ke oversea. Lagi 2 minggu baru balik. Aku tanya mana anak dato, anak dato tengah meeting. lagi 2 jam baru habis. aku tanya mana GM, GM keluar.. kejap lagi balik. Aku tunggu kat lobby…
Tunggu… Dan tunggu..
Lepas sejam lebih, GM pun buka pintu depan. Aku bangun, GM pandang dan terus blah. Receptionist terus laju2 tahan GM, cakap aku dah tunggu lama. GM tengok aku dan cakap “sekejap” . Dia pun terus masuk kedalam.
Aku tunggu lagi. Kopi yang receptionist buat dah sejuk. receptionist tadi dah ikut GM masuk dalam sama.
Beberapa minit lepas tu, receptionist datang dengan muka serba salah dan takut. Dia tanya perlahan lahan “err.. tempoh yang dato bagi dah habis kan..” Aku cakap “betul”.. pastu dia lambat2 cakap “maaf ye, jawatan tu dah diisi” dengan muka takut2, aku dapat baca yang sebenarnya tempat tu kosong lagi. kalau dah diisi, awal2 lagi dia dah boleh cakap kat aku. bukannya sapa aku cakap dato tunggu jawapan aku. aku pun sentap jugak dengan GM tu. Tau lah tak suka aku, at least senyum ke ape kan. Memang salah dipihak aku. aku redha. Aku pun angkat bag, cakap kat receptionist tu “takpe kak, mungkin bukan rezeki saya kat sini.. ” aku senyum lepas tu keluar. Receptionist tu tak habis2 mintak maaf sampailah aku keluar. Aku masuk kereta, aku menangis.. mungkin tak ada rezeki aku. Ye, aku stupid lagi sebab tak dengar cakap hati aku.
Aku kerja AIA dekat setahun. sampailah ekonomi malaysia meleset makin teruk, aku sebagai agen insurans pun terjejas. Orang yang masuk insurans dengan aku berhenti sebab tak mampu bayar rm150 sebulan pun tak mampu. Orang baru tak berani nak masuk sebab ekonomi sekarang tak boleh bagi komitmen bulanan. Apa yang tak best kerja kat sini, bila kau tak berjaya capai target, kau tak ada basic gaji. Yang dulu keji aku, mula bangkitkan isu ” itulah, dulu dah nasihat taknak dengar”. Aku stress, gaji dah beberapa bulan tak dapat, training setiap minggu kena pergi, duit minyak lagi kan..
Aku dengan beberapa kawan behenti kerja di AIA. Suami aku rasa serba salah sangat, sampai sekarang dia rasa bersalah sebab dia yang tak bagi aku tukar company dulu.
Aku pun mula apply kerja lain. Untuk peningkatan kerjaya. Sekarang umur 24, tak ada masalah pun nak cari kerja dengan setahun pengalaman bahagian sales.
*APR C***** (M) Sdn. Bhd.*
Dalam banyak2 yang aku apply kat jobstreet, ada satu email reply untuk set interview. Aku start buat research. Company ni dia mcm tempat sparepart kereta untuk kereta mewah2. Macam audi, bmw, Mercedes dekat petaling.. dia selalu taja kereta lumba. Aku dapat jawatan marketing. Gaji dia offer RM2,000
First, aku gerak dari rumah sebelum subuh. Sampai sana tepat2 pukul 10 pagi. Sampai je depan kedai, aku banyak kali tengok sebab nama company dah betul tapi companynya macam workshop tempat tukar tayar. Aku fikir, oh.. logic lah sebab dia macam tempat kereta kan.. aku pergi kat situ, aku tanya sorang pekerja sana.. pekerja tu pun suruh aku naik tingkat atas. Bangunan rumah kedai 2 tingkat.
Aku masuk je, aku disambut hambar oleh receptionist. Perempuan cina agak berumur. Dia tak tanya pun kenapa aku datang, tak senyum, dia kerut dahi, dia tengok aku macam nak cakap “kau nak ape datang sini ni”
Aku pun cakap aku ada interview. Dia pun suruh aku bagi nama, dengan resume. Lama gila aku berdiri depan dia masa dia cari nama aku. Jangankan nak offer duduk, nak tengok muka aku pun dia tak mahu. Dia siap komen gambar resume aku dengan real tak sama. Whattt?
Aku sorang je time ni. In return, dia bagi aku borang biasa yang tulis nama, alamat, pengalaman semua tu kan.. Sebab dia tak offer aku duduk depan dia, aku pergi duduk kat meja menunggu diorang yang agak jauh kebelakang.
Aku ingat dalam 3 muka surat je weh, rupanya… dalam 10 muka surat. 3 muka surat pertama macam biasa, dia nak personal detail kan. Selebihnya, soalan esei.. grammar, matematik, soalan pening.. aku ingat lagi. Untuk soalan esei, ada 3 tajuk..
1. Pasal ekonomi negara (memang aku jauhilah)
2. Pasal hobby (tapi dalam soalan dia, ada word yang aku tak faham. Jadi aku tak pilih)
3. Tuliskan surat kepada ibu bapa anda untuk meminta wang sebanyak rm500,000. (Aku pilih ni)
Aku translate soalan ni tapi soalan english dia memang aras tinggi kau tau tak. Aku tak expect pun ada soalan2 ni. Dah la baru sampai kan..
Bahagian kedua, grammar. Tak ada masalah sangat.. sebab ada abcd..
Bahagian ketiga, ada soalan matematik. Kau gila ke ape, dengan tak bawak calculator nya, soalan kalau senang boleh congak tak apa, ini soalan yang ade x+y, yang jenis kena bahagi, jenis yang ada square root, kuasa dua lah. Kena expend lah. Titik perpluhan. aku rasa macam soalan level SPM, yang dia ambil setiap chapter. Aku curi2 guna phone. Kalau diaa tak bagi pun aku guna jugak.
Lepas tu ada bahagian ayat pening tu buat aku rasa macam ” what the fish wehh” cth soalan:
John bekerja sebagai guru, Madonna tidak bekerja sebagai suri rumah, Stacy bekerja sebagai polis, Nick bekerja di sekolah, Kelvin bekerja sebagai postman.
Pilih pernyataan yang betul.
A. stacy adalah suri rumah tangga.
B. Madonna sudah berkahwin dengan seorang polis.
C. Nick adalah seorang guru bahasa melayu.
D. John adalah postman.
Apakk dia. Ni main pekerjaan okay lagi. Yang jenis main taman perumahan, ayat matematik, sumpah aku pening. Soalan pening ni adelah dalam 20 soalan.. Dekat sejam jugak aku exam ni. Hahaha.. dah la bising. Si perempuan tua ni (lupa nak cakap, Katherine nama dia) duk cungcing cungcing dengan sorang lagi staff. Ganggu aku nak jawab exam.
Lepas siap, aku bagi kertas tu.. Dia terus semak. Masih jugak tak offer aku duduk. Aku sekonyong-konyongnya pergi semula kat meja jauh tu.
Dia dah siap semak, dia mintak sijil2 aku, yang fotostat dengan original.. dia pun panggil tukang interview aku. Tukang interview datang ambil kertas aku dan masuk bilik meeting. dia lelaki berbangsa cina, pakai baju tshirt berkolar, pakai seluar pendek. Aku ingatkan dah boleh masuk bilik interview. Tapi haramm.. aku tunggu lagi.. tunggu kat luar. Depan Katherine.
Masa ni, Katherine dengan muka annoying interview aku. Dia tanya background aku, lepas tu tanya pasal company. Bila aku cuba terangkan apa yang aku tahu, tetiba Katherine macam nak betulkan aku. Dia cakap kat aku “you know aa… This company is a workshop. You see people down there. They are mechanic”
Aku macam.. ohh betul lah kot. Tiba2, tukang interview keluar dari bilik tadi, muka cemas semacam. dia panggil aku dengan Katherine sekali. Aku nervous sebab aku kira pakai phone tadi.
Masuk dalam tu, tukang interview suruh aku duduk. Kemudian dia marah Katherine depan aku. Terkejut wehh.. ! Rupanya katherine salah tanda. jawapan aku betul, si Katherine tandakan salah. Pastu Katherine muka bengang gila. Dia keluar hempas pintu. Tukang interview puji aku. Dia cakap dalam 91 orang yang dia interview, aku sorang je betul soalan tu.
Tukang interview tu aku tak tahu nama, aku bagi nama mr.jack lah. Senang nak cerita. Bagi aku interview sini sangatlah susah dan pengalaman paling ngeri. Haha.
Antara aku dengan mr. Jack ada meja bulat meeting yang besar tu. Atas meja tu pulak ada snack2, gula2 yang banyak, air mineral berkotak2. Aku fikir macam ada party plak. Dia offer kalau aku nak, boleh makan je dia tak kisah. Nampak sempoy, sempoy padiaq!
Interview start pasal kenalkan diri, lepas tu Mr.jack tanya apa yang aku tahu pasal company. Aku cakaplah yg company ni workshop. Lepas tu mr.jack tergelak kecil. Pastu dia sinis dengan aku. Dia cakap ni company luar negara yang ada kat malaysia. Dia potpet2 pasal company. Dia tanya aku, kalau ni workshop.. awk rasa ada tak meeting room macam ni? Tebal muka aku. Rasa nak menyumpah Katherine. Aku taknak kalah. Aku terus bagitau apa yang Katherine bagitau aku. Pastu mr. Jack terdiam. Dia backup balik. Dia cakap Katherine tu dah keje lama kat sini. Mungkin dia nak test aku ni macamana.. titik.
Tu baru permulaan. Mr. Jack ni bapak teliti. Dia bukan je tengok kau punya pointer, kalau dalam transkrip diploma dgn degree tu, dia baca kuat2 satu satu list nama subject dengan gred kau. Klau yang A tu sedap lah dengar. Yang bawah2 malu woi. Dia siap tanya subject ni blajar pasal apa.
Klau korang nak tahu, yang aku cakap interview hisap vape tu.. yang nilah. Sepanjang interview dia berasap2. dia cakap sorry, dia memang mcm ni. Dia banyak bagi situasi, suruh aku marketingkan produk dia. Mr. Jack macam bagi tekanan. Banyak gila aku bagi idea. Semua dia tolak. Dia mintak lagi dan lagi. Semua ni berlangsung sampai 4 jam! Aku cerita kat kawan aku, dia cakap.. entah2 dia bukan nak ambil pekerja pun. dia just nakkan idea untuk marketkan produk dia. Sebab tu dia tekan kita.
Ada soalan yang dia tanya aku pasal pandangan aku. contohnya kalau dia buat bikini party kat bawah, aku nak judge tak? Pastu kalau contoh aku nampak orang sebangsa aku pakai bikini sama join, apa aku nak buat. Ada tak aku pandang orang tu macam low class ke ape ke.
Mr. Jack cakap dia cina hongkong tapi dia yang jaga branch malaysia. Dia kat sini sbagai engineer. Dan.. antara aku dgn dia, ni baru interview pertama.
Kertas exam aku tu, dia akan hantar ke luar negara untuk cop dari HQ kat oversea pulak. Aku lupa negara mana. Lepas seminggu, kalau aku berjaya.. kertas exam tu dihantar ke malaysia semula pastu dia akan contact aku untuk second interview. Time ni bukan dia sorang lah. Aku kena interview dengan lagi 4 orang dari negara lain. Aku macam.. whatt? Tak mampu aku weh.. serious tak mampu. Interview ni pun dah macam ni. Kalau kerja, mau mati oo..
mr. Jack memang ada cakap, peluang dalam kerjaya kat situ cerah. Bila2 masa dia boleh transfer ke oversea. Mr. Jack pun dah tak lama kat sana sebab dia kena jaga branch india pulak. Itu yang dia tengah cari apprentice.
Dia nak turunkan ilmu. Aku rasa aku bukan orang yang betul. Bagi peluang kpd yang benar2 sesuai.
Dari pagi aku masuk company ni, petang baru keluar. Keluar tu, lembik aku kena torture. Kesian suami aku tunggu. Siap call ingatkan aku pergi mana. Lapar pun lapar.
Tak lama lepas tu, aku dapat interview kedua. Aku tak pergi. Hahaha
*MAYBANK GROUP*
Aku apply di jobsmalaysia. Aku dapat jawatan executive financial counselor. Gaji Rm3,200. Company ni sumpah aku nak marah. Aku salah faham. Tapi kalau orang lain pun mesti salah faham jugak. Kalau bukan maybank, janganlah nak beria tulis perkataan maybank. Awak tu right arm maybank je. Tulis ajelah etiqa kan senang. Aku pun tak payah bazir duit nak pegi interview sana. Dah la jauh. dekat pahang. Aku first pelik kenapa gaji dia tawarkan tinggi gila. Lepas tu kenapa maybank nak aku datang interview dekat etiqa.
Aku pun pergi jugak. Sistem entah apa2, dalam email bukan main suruh kte punctual. Bila sampai, batang hidung pun xde. Lama jugak aku tunggu. Lepas interview baru aku tahu, kena cari orang nak bukak simpanan dekat maybank. lepastu sistem dia sama mcm AIA. Tak achieve so tak ada gaji. Aku pun tolak sebab apa.. sebab sakit weh keje macam ni. Lagipun lebih bagus AIA sebab tak payah selalu masuk office. Sebab yang ni, kau kena masuk office hour. Cost tinggi.
Okay.. stakat ni je kot cerita aku.. 3 hari dah taip ni.. cukup lah kot korang. Yang lain biasa2 je. just dekat Nando’s je tinggal. panjang jugak nak cerita tu. Aku penat. Hahahaha terima kasih sudi baca..
– yunalisa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit