Assalamualaikum WBT, first of all aku nak say thanks to admin kalau postkan confession aku ni. Rasanya tak pernah lagi post aku kena approve. Takpe i respect that. Maybe ada certain things yang aku tersilap pandang.
Basically, pesanan ini ditujukan kepada adik-adik yang bakal menamatkan SPM dan akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. First of all, abang nak adik-adik semua buang mentaliti bahawasanya aliran sains stream lah yang paling masa depan cerah. Untuk makluman, antara yang paling high demand sekarang adalah akaun dan lawyer.
Then, abang nak pesan pasal “MINAT”. So, mak abang ni kiranya tak lah terlalu faham pasal bidang-bidang on demand ni. Tapi, dulu abang masuk kelas sains tapi ambik akaun jugak sebagai subjek sampingan. So, masa sekolah dulu cikgu Akaun abang selalu pesan untuk ambik diploma akaun sekiranya minat. Kenapa? sebab kalau kau masuk diploma akaun usually foundation kau lagi strong dari yang lain (As per told, aku tak tahu situasi ni). Tapi, mak abang encourage ambik bidang sains. So abang pun ambik lah engineering. Sekarang dah nak masuk final sem dah. Alhamdulillah.
Tapi, dipendekkan cerita kursus yang abang ambik ni susah sikit nak dapat kerja. Tapi, abang tetap keep in mind ada hikmah kenapa ALLAH letakkan abang dalam course ni. Manatau abang terjumpa zaujah ke, or in future abang akan jadi sorang IR melayu yang terkemuka ke. Who knows right? Tapi Alhamdulillah, abang sekarang dah dapat offer sebabkan abang kiranya buat kerja lah masa intern haritu.
Satu hari, abang tengah cerita dengan roomate abang pasal FUTURE. Zaman Najib ni dik, semua tengah desperate. Bayangkan lah abang nanti fresh grad, tapi kena berebut dan bersaing dengan orang lain. Dengan offer yang ada , abang pun tak pasti lagi bagamana keadaan nya.Tak pasti samada abang nak terima ke tak tawaran tu. (Sebab ada certain benda yang buatkan abang untuk tak nak masuk company tu).
Dipendekkan cerita, kawan abang ni cerita lah pasal kawan dia yang ambik kulinari. And I was like, WHAT? Culinari? Very not my standard. Ok abang gurau, abang just cakap dalam hati, “Cmne lah diorang ni nak dapat kerja, kesian, berapa ratus ribu orang pandai masak kat luar tu”
Then, rupanya dia dok cerita masa diorang diploma dulu, budak-budak kulinari ni lah yang selalu bagi diorang makanan kalau ada event. Habis je diploma, budak kulinari ni tak sambung pun degree. Tapi dapat kerja join Cruise. While they do something that the really like, at the same time they get to enjoy their life by travelling around the world.
Nak katakan abang tak minat course abang ni, yup awal dulu abang memang tak minat. As I go through my degree life abang dah minat dah. Not completely, but lagi banyak suka dari tak. Sebab engineering ni banyak sangat kau belajar for my course.
Few weeks ago, Abang ada call adik abang, tanya pasal dia yang minat bahagian kulinari tu. So terdengar lah mak abang pesan kat belakang, “Takpe, masak ni jadi minat sampingan je’. kalau dulu abang jenis yang suka terikut dengan mak abang, kali ini abang bukan nak jadi derhaka, tapi abang pesan kat adik abang untuk pilih bidang yang dia minat. When you do something yang kau minat, atleast kau hidup dengan hobi kau, kerja yang kau minat, kau takkan stress sangat. Dan percayalah, rezeki Allah ada di mana-mana. So Pilihlah mana yang adik minat, dan paling penting, jangan lupa istiqarah dan doa mintak petunjuk dari ALLAH, sebab hanya dia yang tahu mana yang terbaik untuk kita.
– Abang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit