Anak yang Dikongkong

Namaku Syera. Umur 20. Mungkin dah pernah ada confession yang lebih kurang, tapi aku nak ceritakan serba sedikit agar jadi pedoman buat parent di luar sana.

Aku nak ceritakan tentang kehidupan aku yang sedari kecil dah dikongkong. Terutamanya ibu aku. Bukan nak memburukkan ibu sendiri, tapi aku sebagai anak ada juga perasaan. Apatah lagi aku ni anak sulung. Aku tak sedar hidup aku dikongkong sehingga lah bila aku mula dewasa. Sejak sekolah lagi, ibu selalu larang aku keluar dengan kawan, join persatuan/kelab, join aktiviti sukan, padahal dalam diri aku membuak rasa ingin mencuba semua aktiviti berfaedah di luar. Aku ada bakat dalam seni, cikgu pernah tawarkan aku untuk masuk dalam pertandingan peringkat kebangsaan selepas lihat hasil seni aku, tapi ibu larang dengan pelbagai alasan, konon perlukan duit, konon aku tak mampu nak buat, padahal ibu sendiri tahu aku ada bakat, dan keluarga aku tersangatlah mampu nak bayar setakat harga pergi balik, dan akhirnya aku cuma mampu pendamkan. Aku dapat juara berkali-kali dalam sukan, bawa pulang sijil dan trofi tapi ibu tak beri apa-apa respon malah tak pernah hadir pun bila aku masuk competition. Aku tak kisah, tapi tipu lah hati ni tak sedih.

Hidup aku kebanyakan masa hanya terperuk di rumah dengan buku. Hidup aku hanya teori semata-mata. Ya, memang ada baiknya, disebabkan aku Cuma berkawan dengan buku, aku selalu dapat result cemerlang, tapi aku tak bahagia. Setiap kali aku minta izin nak keluar atau join apa-apa event, aku dah tahu jawapan yang akan diberikan ibu. Ayah aku ok dan tak kisah, tapi disebabkan ibu bagai lebih berkuasa, aku perlu turut lebih kata-kata ibu. Ibu juga selalu merendah-rendahkan aku atau beri ayat mengejek bila aku cuba belajar benda baru, seperti belajar bahasa Jepun, ibu mengajuk dan bagi ayat yang buat aku rasa down sangat, dan banyak lagi perkara lain yang buat aku simpan semua perasaan aku sendiri. Bahagianya orang lain bila ada ibu ayah yang dapat berkongsi suka duka, tapi aku? Aku simpan semua kejayaan kegagalan aku sendiri sebab aku tak pernah bahagia hidup sebegini. Bila rakan-rakan cerita tentang parent diorang, aku selalu berdiam diri atau buat benda lain. Aku membesar sebagai seorang yang pendiam dan banyak berahsia. Lagipula, ibu ayah aku orang bisnes, siang malam kerja, kekadang dalam sehari aku tak pernah bercakap langsung dengan ibu ayah. Aku ada 3 orang adik yang masing-masing ada sikap yang memeningkan, dan sebab tu juga aku kesiankan ibu ayah. Aku fikir adik-adik aku memerlukan lebih perhatian, jadi aku selalu berdiam diri dan terperuk di dalam bilik. Ibu pun tak pernah peduli tentang kehidupan aku.

Lepas SPM, aku sambung diploma di sebuah universiti tempatan. Memang aku bebas bila dah masuk uni, tapi baru aku sedar banyak perkara tentang diri aku. Aku tak reti nak bergaul dengan kawan, sangat pemalu, nervous bila speaking kat depan atau presentation, confidence level aku rendah serendah-rendahnya, dan aku lebih banyak mendiamkan diri bila meeting. Aku cuba ubah, tapi semua benda jadi tak kena. Aku fikir semula apa sebenarnya yang tak kena, tapi aku asyik menyalahkan ibu aku yang sedari dulu dah jadikan aku sebegini. Aku jadi sangat pemalu dengan orang baru yang berjawatan tinggi, dan jalan hidup aku lebih banyak ‘follow’ orang lain. Aku tak mampu nak lead atau mengajar orang lain. Semua benda ni buat aku rasa down sangat-sangat. Aku dapat banyak tawaran kerja, tapi semuanya gagal sebab tak lepas interview. Sehingga sekarang, aku masih struggle untuk ubah diri aku.

Kepada parent di luar sana, tolong lah faham perasaan anak sendiri. Mungkin hanya terdapat 1 dalam sejuta kes macam aku, tapi benda ni tersangatlah memberi kesan pada pembentukan peribadi seorang anak. Bukan mudah nak ubah dalaman seseorang yang sejak kecil dah dihalang untuk bergaul dengan dunia luar. Ya, mungkin ada baiknya, mungkin ibu ayah nak anak tu selamat, sentiasa dilindungi dan dalam jagaan, tapi jangan sampai anak jadi gila. Terutamanya kepada anak sulung perempuan macam aku ni yang rasa tak diberi kasih sayang dan tak dihargai. Andaian untuk bunuh diri tu dah banyak kali muncul dalam fikiran, tapi sebab masih waras dan tahu hukum hakam, aku cuma mampu beristighfar dan menangis hampir sepanjang waktu aku bersendiri. Tolonglah jangan terlalu mengongkong anak anda terutamanya anak anda yang ingin menimba ilmu baru. Sekian.

– Syera

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit