Assalamualaikum semua.. terima kasih admin kalau confession aku ni disiarkan. Harini aku nak cerita pasal bapak aku. Aku kan, tak tahu la yang bapak aku ni ada OCD ke perfectionist. Ke dua-dua benda tu sama aje? Nanti kalau korang kenal sesiapa yang berkelakuan macam bapak aku, korang komen pastu share experience kat bawah ok? Jap2, untuk sesiapa yang macam familiar dengan cerita aku ni, jangan nak ngengada tag aku pulak. Diam-diam sudah.
Bapak aku ni kan lelaki yang paling aku sayang sangat. Sangat protective tapi garang, tegas-tegas manja gitu. Bapak aku jugak jenis seorang yang rajin buat kerja rumah. Kau cakap je kerja rumah apa, semua bapak aku pandai buat. Tapi masak tu tak adalah sampai rendang tok, ikan tiga rasa bagai, just nasi goreng pastu yang simple-simple je la. Tapi kalau part iron baju, basuh baju, sidai kain, kemas rumah, sapu lantai, mop lantai memang tiptop. So, entry kali ni, aku nak cerita pasal cara pembasuhan baju oleh bapak aku.
1st, bapak aku sangat particular bab basuh baju untuk solat. Gila tak gila bapak aku ni, dia beli satu washing machine khas untuk basuh pakaian yang berkaitan solat je. Contohnya, telekung, kain pelikat, towel,baju melayu camtu lah. Baju kerja, baju main futsal, baju pergi ladang semua diharamkan masuk dalam washing machine tu. Lepas tu, t-shirt harian yang dia pakai tu bukan sembarangan je nak bawak solat okay. Kalau kat rumah, ada certain baju je yang dia pilih pastu baju tu akan termasuk dalam kategori basuh dalam washing machine khas tu. Even dia ada spender solat okay. Lepas tu, pakaian yang berkaitan solat ni, hanya dia seorang je yang boleh basuh.
Lupa nak mention, pakaian berkaitan solat tu termasuk pakaian untuk kami anak beranak solat tau. Maksudnya, telekung aku, mak aku, kakak aku, towel semua orang dia je yang ada kuasa untuk basuh. Sebabnya, dia macam tak percaya tahap kebersihan kalau orang lain yang basuh. Sebab apa tak percaya? Sebabnya, sebelum masuk washing machine, dia akan sental dulu pakai tangan. Bila dah sental, baru masuk machine.Haaa, scary kan. Pastu, washing machine bahagian dalam tu pon dia akan bilas dulu, lalukan air, gosok-gosok sikit, baru masuk baju.Yang part spender tu, spender dia je yang ada kuasa masuk dalam washing machine. Orang lain punya tak.
2nd, bapak aku lepas je dia basuh pakaian solat tu, dia akan basuh baldi bersih sebersihnya (2-3 kali bilas) termasuk pemegang baldi. Sebabnya, lepas basuh kat washing machine, mestila kita masukkan baju tu dalam baldi dulu kan untuk bawak ke ampaian. So, baldi perlu suci okay. Sesampai je di tempat ampaian, basuh tali dawai ampaian pulak (dok kampong, pakai ampaian dawai tu aje). Tarik la wayar hos air panjang-panjang nak basuh dawai sidai tu. Kadang-kadang, kalau guna hanger, hanger pon basuh dulu. Maka, proses sidai menyidai pon dilakukan dengan berhati-hati.
Aku ingat lagi dulu-dulu waktu aku kecik, bapak aku haramkan aku ambik pakaian tu kalau dah kering. Nak main-main area situ pon dia tak bagi.Tunggu dia balik kerja, dia ambik sendiri. Dia takut, budak-budak main ntah apa pastu tangan kotor. Jadinya, aku happy je. Yelah, orang tak bagi kita buat kerja, lagi aku suka. Kalau bapak aku tak balik kerja lagi, time tu pulak hujan, dia sanggup biar je pakaian kena hujan daripada suruh aku adik beradik angkat. Katanya kalau tangan kitorang pegang, nanti dia tak nampak, kotor ke tak tangan kitorang. Tak pasal-pasal dia kena ulang balik basuh sekali lagi.huarhhhh.
3rd, bila dah kering, maka proses melipat pon akan dilakukan. Sebelum lipat, pastikan tangan bersih dulu. Dilarang melipat pakaian tersebut di atas lantai. Mesti lipat atas kain bersih apa-apa ataupun atas katil. So, begitulah kisahnya proses basuh baju solat bapak aku. Aku tak tahu la kalau korang yang perempuan macam mana, tapi bapak aku ada towel khas untuk isteri dan anak perempuan beliau pakai hanya waktu period tau. Kalau dah namanya khas, maksudnya, waktu kau suci tu, memang tak akan guna la towel untuk period tu.
Disebabkan aku dari kecik dah membesar dengan keadaan macam tu, aku jadi macam tak ada perasaan janggal ke apa. Sampai aku macam dah terbiasa dan terikut-ikut. Contohnya, kalau kat kolej, aku tengok member aku main basuh sekali harung je telekung dengan baju kotor lain dalam mesin basuh berbayar tu. Tapi, aku tak. Disebabkan aku taknak la bazirkan duit bayar mesin basuh just untuk telekung yang dua helai tu, aku basuh guna tangan je.Sental bersih-bersih. Pastu kan aku geli nak share-share telekung dengan orang lain sebab dorang selalu tak bersihkan mekap betul-betul sebelum pakai telekung. Nanti habis foundation melekat-lekat kat kawasn muka tu. Tapi kalau member nak pinjam telekung aku, aku takdela tak bagi kan, aku bagi, lepastu aku basuh. Hahaha.
Ehh, panjang pulak aku mengomel. Sebenarnya banyak lagi benda yang aku boleh kongsikan dengan korang pasal bapak aku ni. Belom lagi part iron baju lagi. Korang jangan kecam bapak aku pulak. Nangis aku nanti. Kahkahkah. Aku sayang bapak aku sangat-sangat.. Tapi, cukuplah sampai di sini sahaja. Nanti aku type panjang-panjang pon sekali admin tak approve, buat penat aku je. Jadi, aku nak tanya korang ni, bapak aku ni OCD ke perfectionist?
– Anak Bapak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit