Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi approve cerita saya ni. Awal2 aya cakap kalau ada tertiba terasa kenal ngan saya ni harap sangat jangan gatal tangan sangat nak bagitau semorang k.
Saya student sini, berumur 20an dan hampir setahun berkahwin. Ok sebenarnya confession ni reply untuk ‘hantaran harga diri seorang perempuan’. Yup, sebenarnya saya kurang setuju dengan kata2 dari ibu confessor tu. Bukan nak buruk2 kan ibu awak, cuma nak cerita kisah saya sendiri so orang lain saya harap boleh ambik iktibar n pengajaran.
Nak mulakan cerita saya ni bukanlah baik sangat bercintan cintun 2 jugak dengan husband sebelum bernikah. Masa awal kenal2 tu dalam 2 minggu husband ade suarakan nak menikah dengan sy walaupon masa tu belum bercinta lagi kot! huhu. Husband ckap yang dia dah lama berkenan n stalk lama jugak lah kat social media before kami mula berkenalan n lagi satu husband bagitau bila dia tengok saya dia rasa perasaan dia lain macam, rasa yakin sangat saya ni JODOH dia. Kami kawan pon sebab ada msalah sama, bf/gf curang. saya rase tak perlu kot nk cerita panjang lebar pasal ni.
Nak dipendekkan cerita, lepas dia melamar sy (2 minggu selepas berkawan) kitorang cintan cintun jugaklah malu2 n lepas tu dia suarakan yang kitorang kena bagitau mak ayah saya psal hasrat dia nak beristerikan saya. tapi cuaklah dalam hati WEYH MALU KOTT TAK PERNAH2 BGITAU AK AYAH PASAL HAL CINTA NI MALU LA WEYHH!!
Tapi nak dijadikan cerita lepas tu bila kitaorang dah plan nak bgtau mak ayah camna tupp2 dalam seminggu camtu KANTOI kat fb husband masatu pergi upload dp dia gamba selfie kitaorang dua kat kat KLCC aduhai. tapi nak bagitau kat sini ALLAH DAH PERMUDAHKAN URUSAN alhamdulillah. sebab masa tu aku cuakk gila kot taktau camna nak bgitau psal nak nikah ni kat mak ayah. dah alang2 kantoi bgitau lah mak ayah kawan tu nak masuk meminang, then macam2 lah mak ayah tanya sapa dia tinggal mana anak no berapa siapa bapak kerja apa etc. dipendekkan lagi cerita dalam feb/mac tahun lepas mak ayah plan nak gi kL pastu bagitau alang2 nak jumpa ngan ‘kawan’ tu. ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN LAGI so tak perlu husband aku masa tu pening pikir camna nak merisik datang rumah saya yang jauh tu. then kenal2 lah husband ngan family saya kan. masa tu skema gila dia nak tergelak bila pikir balik biasalah nak jumpa bakal mertua kan haha.
Then after a few months kebetulan mak husband nak datang shah alam rumah anak2 dia kat shah alam. husband masatu tinggal ngan abang n kakak dia. so kebetulan lagi mak ayah saya nak datang kL kenduri kazen. so cepat2 mak ayah bagitau alang2 terus nak singgah shah alam jumpa mak kawan kamu tu nak bincang pasal nikah ni. so family saya pulak yang pergi MERISIK belah laki2 haha. husband saya pernah cakap mula2 mak dia tak setuju dia nak kawin tapi bila mak ayah saya datang merisik kat rumah nampak bersungguh2 lah so mak dia pon setuju ja. Allah permudahkan urusan lagi alhamdulillah. kitorang mula2 plan nak tunang raya haji n kawin awal tahun bulan lepas sementara husband nak kumpul duit. tapi ujian bagi kami ni memang susah sngat husband nak kumpul duit n mak husband (ayah husband dah meninggal dunia) tak dapat datang raya haji tu sebab sakit. yelah kena naik flight dari borneo kan lagipun mak husband dah berumur lebih setengah abad dah. so tangguh punya tangguh terjadilah jugak pertunangan akhir tahun lepas.
Tapi masatu husband tak dapat kumpul duit banyak lagi biasalah susah kot nak kumpul duit dah dia belajar lagi masatu. siang class malam kerja korang taukan camne dia punya susah nak kumpul duit tu. masa tu mak ayah dah tetapkan hantaran 5k tapi kalau tak mampu boleh bagi banyak mana yang mampu je. Baik kan mak ayah saya? huhu. di situ nampak terangan2 lah Allah nak permudahkan urusan lagi bila Allah lembutkan hati parent saya supaya tak susahkan pihak lelaki alhamdulillah.
Long short story lah kita pon nikah bulan 3 ritu. tapi masa tu suami belom pon bayar habis hantaran 5k tu jus ada mas kawin n hantaran dulang ja lah. tapi semua tu tak jadi msalah sebab parent saya awal bagitau nak tangguh majlis kenduri time cuti sekolah NIKAH DULU MAJLIS KEMUDIAN. alhamdulillah. masa nikah tu just buad makan2 ja. suami pon bayar la dalam 1k sebulan utk cukupkan 5 ribu. tapi ada masa bulan tu tak dapat lah byar 1k terpaksa bayar half2. so pendekkan cerita lagi, after mak ayah bagi suami bayar hantaran tu ansur2 dapatlah husband bayar hantaran tu untuk majlis nanti. n kalau korang nak tahu masa majlis tu pon ada hutang lagi 700 utk full 5k tapi mak ayah terlalu baik hati n paham keadaan kitorang awal2 nikah kan belum stable lagi duit. tapi alhamdulillah sebulan lepas tu dah full husband bayar so takde hutang hantaran dah. masa kenduri tu pon ade jugak guna duit mak ayah keluarkan mana mak ayah mampu walaupon dibuad sederhana pon pakai duit kan (ni ikut persetujuan masing)
nak cerita masa nikah tu pulak. Mungkin berkat dari mak ayah yang permudahkan urusan pernikahan kami n RAHMAT DARI ALLAH, lepas kami nikah tu terus hujan renyai2 padahal masa tu Elnino kot!! KUASA ALLAH. masa akad nikah tu rasa sejuk n tenang sangat2 tak tau kenapa. orang pon tak crowded tak rasa rimas langsung. maybe jugak salah satu asbab nye ialah niat nak kawin tu untuk apa. salah satu mestilah nak elakkan buad maksiat n yakin dah mampu berkahwin kan. banyak lagi niat kawin tu rasa tak perlu kot nak list. Nasihat saya lah kan korang kena betulkan niat untuk kahwin tu sebab apa. kahwin bukan boleh dibuat main tau. sebelum nikah ade ujian n selepas kahwin pon ade ujian. malah makin berat. saya sendiri dah lalui semua tu. salah satu pasal kewangan lah kan. awal2 tu memang struggle, rumah pon dok sekali ngan ipar2 kira cam rumah bujang lah. sebab semua belum kawin masa tu kitorang je married couple. husband saya je yang langkah bendul sampai 6 orang beradik atas dia. tapi lama2 alhamdulillah alhamdulillah Allah murahkan rezeki. rasa rezeki murah tersangat 2 bila lepas kahwin ni. tu ape yang orang kata rezeki lepas kawin. dari 1k gaji husband sekarang after kahwin rezeki tukar tempat kerja terus naik dalam 5k-7k sebulan. rumah pon sekarang dah sewa rumah sendiri nak beli belom mampu lah kot kumpul duit dulu. alhamdulillah. yang penting klau nak tambah lagi rezeki rajin2 lah baca surah al-waqiah n solat dhuha. saya tak kata lah saya buad semua tu tapi nak bagi tips ja. insyaAllah rezeki melambung. lagi satu rajin2 lah bersedekah n bank in duit tiap bulan kat parent korang.
lagi satu nak pesan kahwin awal ni bukan mudah lagi2 kalau masih belajar. banyak dugaan. n nak pujuk parent nak kawin awal pon bukan mudah macam mak ayah saya pon awal2 tak bagi jugak. so korang kena lah usaha pujuk parent korang tu kalau rasa betul2 dah sedia nak pikul tanggungjawab. jangan menggatal nak kawin je tapi tak tau tanggungjawab lepas kawin. yang perempuan tu kene lah biasekan diri urus rumah masak kemas rumah tu semua. buat semua tu best tau kalau ikhlas rase macam best je buat kerja rumah sebab rasa puas hati bila rumah bersih atas usaha sendiri n senang hati bila suami suka makan masakan kita. yang laki pulak tanggungjawab korang amat2 berat. cari nafkah tu semua atas bahu korang tau. so sebelum kawin kena lah usaha crik duit kumpul duit simpan duit sebab nanti lepas kawin dah ada tanggungan tau. jangan kita mintak duit ngan mak ayah biar kita yang bagi duit dekat mak ayah. ingat prinsip ni okey.
banyak lagi nak share tapi rase dah panjang sangat kot. tangan pon dah malas nak taip lenguh kot len kali je lah. thanks sapa yang sudi baca karangan berjela ni. harap korang dapat ambil manfaat dari cerita ni k. KALAU JODOH TAK KEMANA KANN?? dan hantaran murah bukan bermakna harga perempuan itu murah. serendah2 mahar menandakan sebaik baik harga diri seorang wanita. betulkan kalau ada silap. no harsh words plis. dah mintak kebenaran husband pon dah nak share sini. Assalamualaikum.
– Bulan Cahaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit