Bas Express

Assalamualaikum.. Hai.. Aku kak kiah, pengguna bus ekspress setia.. Aku bukan pelajar UIA.. Tapi aku pelajar universiti belah nun utara.. Korang yang tinggal jauh.. Mesti sikit sebanyak rasa pengalaman sama bila menggunakan bus ekspress kan kan.. Benda ni nampak simple, Tapi bila dah selalu kena, rasa fedup je bila naik bus. Tak taulah ke aku yang mengada-gada, manja.. tapi tak kisahlah aku nak confess jugak pasal bus ekspress. Kalau korang nak tau, dah dekat 6 tahun aku naik bus, berulang alik dari selatan ke utara.

Minyak: Bila harga minyak naik.. Pergh!!! Harga tiket pun naik.. Dhlah kebanyakkan yang naik ni Student je.. Ad plak pendapatan kan… Agak-agaklah naik harga tu. Yg ni ak malas nak komen lebih.

Harga tiket: Aku tak paham sistem bus ni.. Nak pergi tempat yang sama je pun.. Harga tiket setiap Company tu lain-lain.. Kdg2 mahal RM5 pun ada.. Kalau terdesak sangat.. Terpaksa beli. Aku tengok sama je seat dorg.. Tak ada beza pun.. Tu belum terkena dengan ulat tiket lagi. Orang tak kena siap cakap, sapa suruh ko beli dengan depa. Kan dah kena bohong. Weh, bila dia follow ko.. Sampai je kat kaunter.. Dia siap issue tiket tu kat ko.. Ko rasa nak percaya ke atau ko nak confront dgn dia? Ulat tiket sekarang dah advanced ok!!

Seat bus: Kau macam orang gile beli tiket awal-awal nak rebut seat sorang punya pasal.. Pada hari kejadian, alih2 seat ko dirampas orang… Kau rasa?Aku kalau boleh aku nak elak lah duduk seblah lelaki.. Sebab aku x selesa. Lantak lah nak cakap aku mengada ke ape. Bila ko mengadu kat pemandu bus ko nak seat ko balik, dia boleh cakap kau duduk je memana.. Macam tu lain kali tak payah tulis seat number.. Tulis kat situ siapa cepat dia dapat. Senang.

Seat: Pasal seat lagi, kalau kau dapat orang depan yang feeling kerusi dia mcm kerusi malas atok2..menyirap okay.. Dia boleh baring mcm dia beli dua seat. Ko yang dok belakang boleh siap diagnose Ape jenis masalah rambut dia, kalau nak layan mata.. Ko siap kira berapa uban dia sampai kau tertido. Emm.. Tolonglah bertimbang rasa wahai kawan2..,kita sama-sama pengguna pengangkutan awam.

Tukar-tukar bus: Bila driver bus tu malas nak hantar kau sampai ke bus Station, dia akan berhenti kat mana2 rnr roger2 kawan bus dia.. Suruh kita tukar bus, kononnya nak senangkan kerja dia, alasan dia tak lalu lah, tinggal 3/4 orang la.. Lalu ko naik bus jenama lain dengan terpinga2. Aku rasa aku masih berada dalam tahap sedar semasa membeli tiket tu, tetibe je tak lalu, maybe driver bus tu tak tau jalan kot.. Benda ni nampak simple, tiket yang kau beli, ada perlindungan insuran, kalau terjadi perkara yang tak baik, ko rasa x menyusahkan pelbagai pihak? Aku harap pihak berkuasa boleh pertimbangkan hal remeh ni.

Itu jelah yang aku rasa nak kongsi.. Kalau pengalaman lain banyak jugak, cume aku malas nak taip. Ok semua, bye..

– Kak Kiah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit