bismillah
before aku start, aku nak semua orang baca dengan hati yang terbuka. tak payah kot nak marah-marah unless kena batang hidung korang. aku mintak maaf awal-awal kalau korang tak setuju dengan apa yang aku nak cakap.
aku bukan student uia. dan aku tak ambik ptptn. tapi bukan bermakna aku orang berada. family background aku biasa-biasa je. tak susah tak senang. adik beradik aku ramai. selama aku study sampai sekarang, ayah aku yang tanggung tapi untuk yuran je okay. yuran je. duit poket aku usaha sendiri. time cuti, aku kerja so alhamdulillah boleh survive lagi setakat ni.
point yang aku nak cakap dekat sini, pasal student yang pakai ptptn. aku ada seorang adik perempuan. pon tak pakai ptptn sebab dapat biasiswa. so ayah aku support dia sikit je lah. dia selalu gak story dekat aku pasal kawan-kawan dia yang pakai ptptn dan suka beli barang onilne. bila duit ptptn lambat masuk mula la bising-bising. then lepas duit masuk tu, fuhh sekejap je weh boleh habis. tak sampai satu sem pon.
aku taknak bash korang pasal korang suka beli barang online, sebab aku pon suka gak, adik aku pon suka tapi kami limitkan. tak payah la sampai setiap minggu beli barang online. barang mahal pulak tu. typical perempuan biasanya beli barang makeup, baju. jujur aku cakap aku suka tengok perempuan makeup tapi untuk setakat pergi kelas tak payah kot. membazir masa je. tempek-tempek bedak sikit dah okey. ni muka macam nak pergi annual dinner tiap hari.
mostly duit ptptn biasanya student habiskan sebab beli benda tak berfaedah. korang tahu tak apa sebenarnya function duit ptptn tu diberi? untuk support PEMBELAJARAN korang. duit makan sekali la kang tak makan takleh survive pulak. tapi tak perlu nak makan mewah-mewah sangat. sekadar isi perut dah. tak payah kot nak pergi kafe-kafe hipster kengkonon makanan nampak sedap. korang pernah fikir ke mak ayah korang makan apa dekat rumah?
satu lagi perangai student ni, suka ikut trend. tak salah pon sebab aku pun ikut trend. salah satu trend tu ialah pakai iphone. aku tak kisah kalau korang beli pakai duit korang sendiri sebab aku pun pakai iphone dan aku usaha pakai duit aku sendiri. tapi kalau beli iphone pakai duit ptptn end up tak sampai akhir sem pinjam duit kawan untuk bayar tu bayar ni then nak makan lagi ape cer? kawan aku ade gak macam tu. aku bagi je pinjam takde masalah pon benda tu lagipun aku tak pakai duit sangat kat sini. aku berjimat sebab aku sedar diri.
ada satu hari tu aku tengok sorang pakcik ni tengah beratur tunggu turn ambik duit dekat atm. sampai turn pakcik tu, dia panggil guard kat situ sebab nak mintak tolong dia ambik duit. dia tak reti. banyak gak duit dia keluarkan tu i think dalam 2k kot. then guard tu mintak izin dengan aku bagi pakcik tu bankin dulu duit dia sebab aku tengah beratur dekat mesin cdm gak masa tu. aku bagi je lah pakcik tu dulu sebab kesian dia dah tua. jalan pon macam tak larat sangat. aku dengar pakcik tu cakap dekat guard tu yang dia nak masuk duit ke akaun anak dia pasal duit ptptn anak dia dah habis. sayu je hati aku.
aku tak salahkan anak dia pon. sama sekali tak. tapi aku kesiankan pakcik tu sebab dia datang sorang je masa tu. nasib baik guard tu ada tolong dia. terus aku fikir mak ayah aku masa tu. so untuk student-student yang tengah belajar, whatever you do, fikirlah pasal mak ayah korang kat rumah key? tu je aku nak cakap. sory terpanjang pulak. terima kasih sebab baca.
– bro concern
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit