Cara Penyelesaian Masalah Badan Berbau

Bau badan busuk. Dia ni tak reti jaga kebersihan ke? Okay, aku nak cerita sikit tentang masalah bau badan dan jugak persepsi manusia terhadap orang yang badan berbau. First, aku la orang yang ada masalah bau badan tu dan ramai yang hadapi masalah ini sebenarnya dan rata-rata sedar tentang bau badan mereka. Manakala orang selalu beranggapan yang kami ini hidung tersumbat ke haper, makan bawang banyak kot (aku tak makan bawang okay), tidak pandai jaga kebersihan, tak pakai deodorant la tu, hadiahkan minyak wangi la, dan ada juga yang menyindir sambil jadikan kami bahan lawak untuk dibahan. Aku ada banyak minyak wangi, tak yah la belikan untuk aku, makin aku sembur makin busuk badan aku. Deodorant pun sama, semua jenis pernah aku cuba, deodorant lelaki pun aku pernah try tau, siap sorok-sorok lagi takut roommate tahu (nanti kene bahan pulak).

Aku tahu isu ini sensitive dan korang pun mesti tak tahu macam mana nak tegur kawan korang kan. Sebenarnya, kami tahu badan kami cepat bau busuk dan bukan kami tak ambil langkah-langkah untuk jaga kebersihan tapi masalah bau badan ini adalah ‘masalah’. Aku mandi 2 ke 3 kali sehari tau, kalau nak pergi kelas petang, aku mandi lagi, balik kelas aku mandi lagi (malam 7 pm). Aku percaya setiap individu yang hadapi masalah ini sedang cari jalan penyelesaian. Terus terang aku cakap yang confident level memang kurang, dan bila kawan-kawan cakap topic peluh je, memang aku akan alert dan berfikir ‘alamak peluh aku banyak sangat ke, dia nak kata aku busuk ke’.

Aku ada masalah kuat berpeluh (hyperhidrosis), ada orang yang kuat peluh di kaki dan tangan, muka, atau pun bahagian ketiak. Aku pula kuat berpeluh di bahagian leher dan juga ketiak. Malaysia kan panas dan lembab jadi memang la berpeluh dan lambat kering. Tapi aku jalan sikit pergi food court, depan kolej je pon, baju aku boleh basah teruk. So, sebab itu la badan aku cepat berbau dan masalah ini start dari sekolah menegah. Mostly kakak aku selalu complain yang aku ini busuk. So, korang tak yah la fikir macam mana nak tegur kawan korang yang berbau tu sebab kami tau masalah kami. Pada pendapat peribadi, kalau tak rapat, better tak yah tegur pasal bau badan kawan korang sebab aku rasa mereka akan lagi down tau. Aku ada jumpa 3 orang yang ada masalah hyperhidrosis di kaki dan tangan, dan surprisingly badan mereka kering okay, sehari hanya mandi sekali (malam saja) dan tiada maslah bau badan langsung (jealous iolss). Tapi ada sorang ni, badan tiada bau tapi rambut kepam sebab tak mandi, itu pun ada hati kata aku busuk walaupun aku mandi lama dan banyak kali.

Bagi yang hyperhidrosis di bahagian ketiak, masalah dia kritikal sikit sebab badan akan cepat berbau. Pilihan warna baju pun terhad (hitam je yang rasa selamat), bukan setakat nak kena control bau badan tapi kena la control baju (ketiak) basah, malu lagi (double malu yang boleh kill confident tinggal 0%. Sebab aku ni perempuan, lagi la aku jadi triple malu. Aku fobia sebab geng aku sendiri pernah sindir ‘kau memang busuk pun’.

Setelah bertahun-tahun mencari penyelesaian kepada masalah ini. Akhirnya aku dah jumpa cara-cara untuk hindari bau badan dan kurangkan kesan peluh di bahagian baju. Aku masih berpeluh banyak sebenarnya (tak hilangpun penyakit ini), tapi aku dapat kawal 2 masalah besar di atas. Cara ini mungkin berbeza untuk setiap individu dan aku nasihatkan jangan berhenti cari solusi untuk kawal masalah ini. Cara-caranya ialah…

*Nota untuk admin: Kalau post ini panjang sangat, boleh la pecah ke part 2. Kalau okay boleh sambungkan terus

Part 2.
Langkah yang pertama pilih sabun yang betul dan tukar jenis (perisa) sabun setiap beberapa bulan (or paling senang, tukar perisa lain bila dah habis). Ada banyak jenis sabun yang aku cuba, walaupun nature semua sabun akan reduce (kill) bacteria, tapi aku rasa ade je sabun yang tak berkesan untuk aku (contoh: Lifeboy kuning, cakap je untuk masalah bau badan tapi hampeh). Korang kene try and error cari sabun yang sesuai. Sabun paling berkesan untuk aku ialah sabun tawas (kotak warna biru dan sabun warna kuning2 lutsinar, susah gila nak cari sekarang, dulu mydin jual banyak, sekarang dah tak de). Sabun ini lah yang selamatkan badan aku dari bau busuk. Serius kalau korang maintain mandi sehari 2 kali guna sabun ini, memang masalah bau badan hilang. Oleh disebabkan sabun ini dah limited edition, terpaksa lah aku cari sabun lain. Sabun ke-dua yang berkesan jugak ialah Detol (perisa asli), aku tukar perisa detol lain kalau dah habis sebab aku rasa bacteria yang berkampung kat ketiak aku ni boleh auto-immune kalau aku guna perisa yang sama.

Okay setel bahagian sabun, next deodorant pulak. Sama jugak, korang kene try and error cari yang sesuai dengan badan korang. Deodorant yang kat TV semua tak berkesan untuk aku. So, aku guna deodorant tawas (jenis batu), di Watson ada jual. Berkesan dan natural gitew, cara pakainya, spray air kat ketiak dan batu tawas pastu tenyeh di ketiak. Untuk yang tak ada masalah bau badan pun, aku juga syorkan korang pakai yang ini sebab guna setahun tak pernah habis-habis. Harga agak mahal tapi jimat yang amat untuk jangka panjang. Ada dua saiz, kecik dan besar. Saranan aku, beli besar untuk guna dirumah dan yang kecik simpan dalam beg (sediakan sekali botol spray kecik dalam beg). Botol spray boleh beli di Daiso. Kadang-kadang aku pakai jugak deodorant yang roll on tu sebab deodorant tawas ini leceh sikit. Deodorant roll on yang sesuai dengan aku ialah body series (jenama Amway). Deodorant ini kuat sikit, kalau pakai hari2 nanti naik merah2 kat ketiak tapi yang syoknya, peluh akan berkurang sebab ada aluminium yang akan block peluh. So aku selalu selang-seli ataupun ikut yang mana sempat. Ada juga aku baca advice mat salleh kata, pakai deodorant ini malam, siang esoknya tak berpeluh (tapi aku tak sure pagi tu matsalleh tu mandi ke tak). Aku ada jumpa jugak deodorant roll on tawas (liquid), tak sure jenama apa tapi keluaran Avon. Aku tak pernah cuba lagi, korang boleh la cuba tengok.

Next, kesan peluh pula. So far memang kene pandai pilih warna baju dan jenis kain. Hitam selamat tapi tak syok la asyik hitam aje. Aku pilih kain yang elok, yang tak nampak kesan peluh walaupun baju warna warni. T-shirt jenama Seed elok, boleh beli di Padini, kesan peluh kurang jelas walupun baju basah. Korang yang kaya boleh la try Uniqlo punya baju, aku tengok iklan kata ada cooling effect tapi aku masih tak mampu lagi. Tip seterusnya, pakai singlet berlengan pendek. Kenapa la orang cipta singlet tak ada lengan eh? Susah untuk kami yang berpeluh di ketiak ini. Singlet yang paling sesuai ialah jenama pagoda, aku beli saiz paling kecik supaya fit di badan dan bila aku pakai baju selapis lagi, tak de la nampak gemuk sangat. Tip ini aku dapat daripada budak lelaki yang pakai kemeja, so aku tanya la kenapa pakai 2 lapis, tak panas ke? Serius aku dah cuba, tak panas pun walaupun pakai 2 lapis. Next, korang boleh cuba sweat pad (boleh beli di Lazada), aku tak pernah cuba lagi tapi aku rasa benda ini menarik.

Aku nak tambah sikit info tentang jenis kain, aku selalu tukar baju, macam mana nak cakap eh, bukan tukar baju (salin baju tu) tapi tukar stock baju setiap tahun rasanya. Baju yang selalu kita pakai, kadang-kadang akan lekat bau walaupun dah basuh. Aku tak rajin nak basuh baju guna air panas. So baju aku selalunya aku beli yang murah-murah sebab tahun depan dah tak boleh pakai sebab dah lekat bau. Tambah stock pagoda korang banyak2 jugak, yang mana dah start lekat bau tu, korang dispose jela. Singlet pagoda ini bukan aku pakai hari2, ikut jenis baju jugak. Kalau aku rasa tak selamat aku pakai tapi kalau baju tu okay, aku tak pakai. Badan aku juga tak boleh pakai kain jersey, sebab tak serap peluh kot dan bau dia masyaAllah. Selalunya baju kolej buat kain jersey, aku jarang pakai. Kalau aku nak pakai, aku akan make sure yang aku pakai singlet pagodaku.

Last sekali, minyak wangi jangan sembur kat ketiak okay. Nanti campur bau peluh dan wangi jadi bau haram jadah. Pilih juga minyak wangi yang sesuai. Jujur sampai sekarang aku tak jumpa lagi minyak wangi yang okay untuk aku. Minyak wangi Flora by Gucci, aku rasa dah cukup mahal tapi tak sesuai jugak dengan aku. Minyak wangi sebenarnya bukan kene mahal tapi kene gu (sesuai) dengan badan. Sekarang aku pakai yang Butterfly Avon okay la jugak, sembur la kat mana2 pun tapi bukan kat ketiak korang okay. Orang selalu cakap kat nadi dan aku juga selalu sembur kat udara lepas tu aku jalan kat water2 droplet yang jatuh tu (sorry tak tau nak explain macam mana) sebab aku tak nak bau wangi yang kuat sangat.

Sekian, terima kasih sebab sudi baca. So far setelah amalkan semua langkah-langkah ini, kakak aku cakap yang badan aku dah tak busuk. Hehe. Korang yang tak ada masalah bau badan tu jangan la cuba-cuba nak tag nama kawan korang kat ruang komen tau. Sebab mana la nak tau orang yang korang nak tag tu adalah aku. Aku kan hati tisu, tak boleh nak terima kritikan bau badan. So, share sudah la tips ini dengan harapan kawan korang baca dan dapat bantu dia selesaikan masalah ini.

– Aminah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit