Damailah Nenek Kau Di Sana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tiga bulan yang lepas aku kehilangan nenek yang rapat dengan aku sejak kecil lagi.
Di sini aku ingin ceritakan kisah sebelum pemergian nenek ke alam sana.

Nenek mula sakit pada penghujung bulan 7. Dia terjatuh dalam bilik air dan mengalami strok. Hari pertama dia masih boleh bercakap walaupun sukar untuk difahami. Sebelah kanan nenek aku tidak berfungsi dan dia tidak dapat berjalan seperti biasa. Hari kedua nenek kelihatan lemah namun masih mampu makan dan solat. Hari ketiga nenek kelihatan sangat lemah dan tidak mampu untuk membuka mata. Tapi bila dipanggil dia akan menyahut. nenek hanya mampu tidur dan tidak membuka mata langsung.

Hari ke empat nenek mula tidak sedarkan diri. Waktu itu aku sedang menghitung hari untuk menjawab last paper final exam di universiti. Oleh kerana sibuk study untuk last paper, aku hanya mampu jenguk nenek sekejap sahaja. Selama 4 hari nenek tidak sedarkan diri dan tiba lah hari untuk aku menjawab last paper untuk semester tersebut. Berat hati melangkah ke universiti dengan keadaan nenek yang tidak sedarkan diri selama 4 hari. Untuk pengetahuan, jarak rumah aku dan universiti tidak sampai sejam dan bila nenek sakit aku buat keputusan untuk study di rumah sahaja.

Setelah habis menjawab last paper, aku kembali menjenguk nenek. Dan alhamdulillah pada hari tersebut juga nenek sedar dan mengenali aku dan semua ahli keluarga yang lain. Ramai yang melawat nenek waktu tu. Nenek mula sihat dan berselera makan. Hampir 3 hari rumah nenek di penuhi pelawat dari kalangan org kampung, saudara mara dan kawan-kawan nenek. Setelah 30 hari sedar dan sihat tapi sebelah kanan masih belum berfungsi, nenek kembali tidak sedarkan diri lagi selama seminggu pada penghujung bulan 8.

Ada cerita kurang enak didengar yang direka-reka tentang nenek waktu nenek tidak sedar.kononnya nenek ada membela menyebabkan nenek sukar untuk “pergi” . Dan ada juga yang tidak mahu datang melawat kononnya takut kerana nenek ada hantu. Sakit hati bila dengar, kami hanya mampu sabar. Tapi aku tahu siapa nenek dan nenek merupakan orang yang kuat beramal. Mungkin waktu nenek tidak sedarkan diri, badan nenek lemah. Jika ada “hantu” sekalipun mungkin hanya menumpang pada badan nenek yang lemah waktu tu. Aku tahu mulut manusia memang kita tak boleh tutup. Tapi jika mereka-reka cerita tidak benar , ia merupakan fitnah. Yang bercerita bukan semua orang kampung, hanya dua atau tiga orang. Mungkin mereka hanya nampak keburukan orang sedangkan diri sendiri bukan sempurna.Menuduh nenek membela sedangkan nenek baik orangnya. Aku yakin nenek tidak membela. Mungkin yang mengganggu nenek hanya “benda-benda” luar yang ingin menumpang pada badan yang lemah.

Pukul 1.30 hari ke 7 nenek tidak sedarkan diri, aku baca yassin untuk nenek dan aku ada bisikkan di telinga nenek“nenek, dengar ni orang baca yassin untuk nenek”. Waktu baca yassin tu aku perasan ada air mata yang mengalir walaupun nenek tidak sedar. Atau mungkin nenek sedar tapi lemah.nenek akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.15 petang dan ia merupakan kali terakhir aku bacakan yassin di telinga nenek pada pukul 1.30 sebelum nenek pergi pada 2.15 . Allah permudahkan urusan nenek untuk pergi setelah seminggu tidak sedarkan diri.(kadang-kadang sedar dan ada air mata yang mengalir)Nenek pergi dalam keadaan tidur. Mungkin dia sedar sebelum pergi tapi dalam keadaan lemah.. ku kucup dahi nenek dan suasana pilu kami sekeluarga waktu itu. Tidak mampu menahan air mata. Selepas asar nenek dikafan kan dan kesempatan terakhir untuk kami mengucup nenek . ku kucup dahi nenek. Tenang wajah nenek seperti senyum .Putih bersih. Air mata ku jatuh lagi. Selamat tinggal nenek.

Di sini aku ingin tegaskan, janganlah kita mereka-reka cerita jika kita melihat orang sakit .jangan sampai menuduh orang membela dan sebagainya. Lebih baik diam dan doakan kesihatan mereka. Bila cerita tidak benar direka-reka , ahli keluarga yang mendengar pun sakit hati apatah lagi pesakit. Di harap confession aku dapat dijadikan pengajaran untuk semua.
Luka di kulit boleh sembuh, luka di hati belum tentu. . Sekian..

– BUNGA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit