Salam, aku just nak share tentang kehidupan dan impian aku. Kalau korang pilih confession ni, terima kasihlah ye. Mula-mula biar aku kenalkan diri dulu. Nama aku Ain, seorang insan bergaji ciput yang berkerja di Kuala Lumpur.
Jujur aku katakan gaji bersih aku ialah RM1700. Ciput ke? Jangan cakap aku tak bersyukur pulak. Aku sebenarnya ok je dengan gaji aku ni cuma kadang-kadang aku panas jugak bila dengar orang sekeliling mengata “belajar tingi-tingi tapi gaji kecik je, sayangnya lah”. Aku pon agak panas jugak dengan ada satu confession pasal pointer tinggi + gaji permulaan RM2400. Oh lupa nak cakap, pointer aku tinggi melangit sebenarnya dan aku dapat biasiswa. Tapi kenapa aku pilih gaji RM1800 ke bawah? Meh nak cerita sikit.
Impian nak dapat kerja gaji besar ni sebenarnya tak semudah yang dikatakan walaupon pointer kau tinggi melangit. Ketahuilah bahawa bukan kau sorang je yang pandai dalam Malaysia ni, bersepah-sepah orang pandai kot. Aku takde skill? Aku tak reti bercakap? Aku tak aktif berpersatuan? Aku rasa bab-bab tu aku takde lah teruk sangat.. Aku pernah wakil universiti aku kot peringkat kebangsaan siap dapat grand prize, siap masuk paper lagi.
Setiap kali interview SPA, diorang kata kelulusan aku tinggi mesti senang nak dapat kerje. Naik penat pulak aku dengar benda yang sama tapi kerja tak dapat-dapat jugak. Aku ni takde lah memilih sangat bab-bab kerja ni. Ada je mohon kerja kerani dan banyak lagi. Tapi setiap kali datang interview diorang kata aku over-qualified dan kesudahannya aku tak dapat kerja jugak. Perhatian kepada yang suka mengata “graduan Malaysia ni memilih kerja” sila check fakta anda ye! Dah kalau company yang taknak hired dah tu macam mana kami ni nak dapat kerja? Sekarang ni siapa yang memilih? Lepas tu boleh pulak kata awak ni takde pengalaman berkerja, kami nak cari yang berpengalaman. The heck, mana nak datang pengalaman kalau peluang tak diberikan.
2tahun jugaklah aku tanam anggur sambil kerja sampingan sana-sini. Masa aku interview kerja aku sekarang ni aku memang buat sesi luahan hati dekat bos aku. Dia pon berterus-terang kat aku yang dia memang tak boleh bagi gaji ikot kelulusan aku. Aku cakap aku ok je, so dia terus suruh start kerja. Kerja aku sekarang ni sempoi je, tak tension langsung. Walau gaji ciput, aku happy. Persetankan makhluk-makhluk yang pandang rendah dekat kerja dan gaji aku.
Sekarang ni impian aku ialah aku nak beli rumah sendiri. Mampu ke dengan gaji se-ciput ni? Aku yakin aku boleh! Dah 2tahun aku kerja aku dah dapat simpan RM15k, insyaAllah hujung tahun depan boleh cari rumah under RM200k kot. Jangan cakap rumah sekarang ni mahal gila yer! Kalau korang survey sebenarnya banyak je rumah yang under RM200k dan berada dalam area yang ok. Gaji ciput ke gaji besar ke yang penting kau tau macam mana nak simpan. Jangan risau ye aku tak pernah lupa bagi duit kat parents aku setiap bulan dan aku jugak tak lupa sedekah. Korang-korang yang gaji ciput macam aku ni janganlah rendah diri dan tension sangat. Kalau aku boleh, mesti korang pon boleh jugak.
– Dreamer
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit