Anak Tunggal Perempuan

Kalau sesuai utk publishlah.

Aku bukan anak sulung, sekadar anak tunggal perempuan. Bila org tahu status aku, mereka akan kata anak manja lah ni, mintak apa semua dapatlah. Aku cuma nak kata, persepsi tu salah. Tak ada langsung keistimewaan tu semua, sbb mak bapak aku layan kami adik beradik sama sahaja.

Aku membesar dengan abg aku bersama kawan-kawan lelaki dia, beza umur kami 2 tahun je. Tak ada istilah main masak-masak, main doll atau main kawen-kawen. Aku main parit, mandi hujan, main bola, main layang-layang & semua aktiviti yang budak lelaki main. Tapi waktu tu aku rasa seronok sangat.

Bila aku besar sikit, baru aku rasa macam, eee bestnya kalau aku ada adik beradik perempuan. Oh ye, pakaian pon ofkos lah kan aku lebih selesa dgn seluar & tshirt, tak ada istilah baju gaun dah sejak aku pandai pilih baju. Kecik-kecik dulu ada lah baju-baju perempuan. Tapi bila je adik-adik aku lahir, aku pakai pon dah macam mereka sampai sekarang.

Beza sangat tau bila kita sorang je perempuan, aku jadi lebih kasar dari perempuan lain, sampaikan satu akak ni cakap ‘patutlah kau tak selembutnya’. Baju & tudung kena beli sendiri, tak ada lah istilah pinjam & kongsi. But, then bila semua dah besar, aku rasa sgt selamat dikelilingi adik beradik lelaki ni.

Mak ayah ajar kami sama rata. Kerja rumah semua orang kena ambil tahu, kena pandai dalam semua hal. Macam aku, aku akan pilih kemas rumah daripada masuk ke dapur, heran kan,walaupun aku perempuan, adik bongsu lagi pandai masak. Mak memang akan arahkan kami buat kerja rumah dan bagi aku, itu yang terbaik.

Kami pandai masak, kemas rumah, uruskan kain baju dan sebagainya. Dari kecik mak dah ajar semua ni, jadi bila mak ayah sakit ke, tak larat ke, kami tahu nak buat apa. Bagi aku, semua ni kita kena mulakan dari kecik, contoh menyapu,kemas rumah, cuci pinggan mangkuk. Kalau kita dah terbiasa, insyaallah kalau kawin pon dah terbiasa dan takkan membebankan satu pihak sahaja.

Untuk ibu bapa diluar sana, aku sarankan korang ajar anak-anak dari kecil erti kebersihan dan tanggungjawab. Janganlah kalian rasa kalau di sekolah cikgu minta tolong sapu kelas & buang sampah tu akan jadikan anak kalian sebagai tukang kebun sekolah. Sebenarnya nak juga diterapkan nilai kebersihan dalam bilik darjah. Sikap anak dibentuk oleh ibu bapa, mari jadi ibu bapa yang matang. Sekian. Harap tidak mengguris mana-mana hati.

– wedok

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit