Degree separuh jalan.
Hai.. Mesti ramai yang pernah dengar pasal student berhenti belajar kan? Bukan sebab kene buang, ni sebab diri sendiri yang nak quit!
Hidup aku sama macam typical girls out there, bukan orang kaya bukan miskin, sederhana. Pernah juga hidup susah dulu, sampai xde duit nak beli beras.
Tapi itu bukan penghalang untuk aku gagal dalam pelajaran. UPSR aku scored, dan dapat msuk sekolah terbaik dekat daerah aku. PMR okay, SPM aku performed gile. Cemerlang gak lah. Dapat sambung Asasi. Konon gempak lah dapat sambung asasi, budak pandai barangkali. Acah-acah gila. Lol!
Abis asasi dapat sambung degree.
Ha… Sini lah cerita aku bermula.
Tau tak key point kejayaan aku dalam study?
Emak aku!
Dia lah satu-satunya sebab kenapa aku gempak sangat study. Sebab aku nak kerja hebat, gaji besar, aku nak limpahkan kejayaan aku pada mak aku. Itu matlamat utama hidup aku.
Masa aku degree second year, Emak aku meninggal…
Hancur, gelap gelita, porak peranda hidup aku. Aku depressed.
Aku jatuh sikit demi sikit, aku x mampu hidup lagi. Cgpa aku ke laut, study aku jahanam, social life aku musnah. Aku kurung diri.
Aku berhenti belajar. Walaupun aku sray dekat U selama 3 tahun. Aku patut extend. Tapi aku tak sambung. Aku QUIT!
Aku balik kampung. Masih dalam depression. Aku tak ada duit. Aku tak ada hala tuju. Aku rasa nak mati. Sebab aku tak mampu nak tolong famili aku yang tak berapa nak senang ni. Aku kecewakan harapan arwak mak aku.
Membazirnya aku rasa sebab dah spend banyak duit untuk belajar degree.
Bodoh sangat2 aku rasa.
Menyesal aku pilih jalan yang aku dah pilih tu.
Aku rasa nak bunuh diri…
Aku kekal dalam keadaan dalam keadaan bodoh ni selama 1 tahun!
Tapi tak tahu la. Mungkin Tuhan dengar rintihan hati aku, doa-doa aku setiap malam.
Akhirnya bulan 9 tahun ni, aku dapat kerja. Kerja dekat f&b je. Gaji tak besar. Bos not bad. Kawan kerja baik. Okay lah kot.
Tapi setiap bulan duit masuk dalam bank. Apa aku nak, aku dapat beli. Aku dapat support expenses family aku. Dapat bagi bapak aku duit poket sikit.
Kerja f&b…ramai customer yang kerek2 ingat kita yang kerja macam ni orang bodoh. Hahaha.. Siap ada yang acah2 mix macam COCO! Dia nak perbodohkan aku lah, dia pesan order guna english, sekali aku pun speaking lah balik. Dia terus abort mission! Hahaha… Pandai pula cakap Malay.
Kuat betul pengaruh si COCO!
Rilek ah.. Aku cakap benda reality, bukan nak belagak aku. Customer is always right. Tengkorak engkau! Perangai macam lanun..
Orang kerja f&b kerja penat woi.. 12jam! Tak duduk. Rehat 1 jam.. Kau ingat kiteorang robot?
Okay, that wasn’t my point actually.
Aku cuma nak cakap,
Hidup setiap insan berbeza. Masalah berbeza. Kemampuan berbeza. Nasib juga berbeza. Tapi pokok pangkalnya. Selagi kau hidup, kau kena teruskan. Kena usaha. Ini hidup kau! Kau sahaja yang mampu ubah.
Jadi bagi sesiapa yang suka judge orang lain tanpa tahu perkara sebenar, tanpa tahu masalah orang tu alami. Baik kau tutup mulut puaka kau tu. Kesian lah manusia sejenis macam aku ini. Jenis yang pernah depressed teruk macam ni.
Keep on moving forward. Keep on moving. Keep on trying. Keep on praying. Keep on being a good person. Keep on loving yourself.
Tak kisah lah tak ada degree, tak ada master, tak ada phd. Orang yang tak habis sekolah rendah pon boleh berjaya. Mustahil kita tak boleh berjaya.
Bersyukur, hidup dengan apa yang kau perlu. Tak payah berlebih lebih sangat.
– zuu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit