Silap Guru Itu Sendiri

Assalamualaikum dan selamat pagi. Gigih sy menaip di pagi hari gara-gara membaca beberapa confessions dari guru tadika dan taska yg sdg viral. Sebelum sy bercerita lebih lanjut, sy kenalkan diri sy terlebih dahulu. Sy F, alumni sebuah universiti awam di kuala lumpur, graduan ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak (pakk). Tamat saja pengajian di sana, sy terus berkhidmat dlm bidang pakk dan skrg sudah cukup 2 tahun berkerja.

Allahuakbar, sungguh sy sendiri terkejut dan kecewa dgn sikap guru taska atau tadika yang berkelakuan seperti orang tidak berakhlak dan kurang perikemanusiaan. Sanggup anda memberi ubat tidur kepada anak2 di tadika/taska semata2 untuk suruh mereka tidur? Yg melihat kenapa tidak menegur? Kenapa tidak melapor? Tak kurang juga yg memukul, yg mengurung anak2 taska/tadika di bilik kosong. Soalan sy, perlu ke buat begitu? Itukah cara anda mendidik anak2 itu? Anda rasa berjaya ke didikan anda nanti? Apa kebaikan yg anda dapat dengan berbuat demikian? Sungguh sy malu dgn tindakan anda. Kerana andalah, kami semua guru tadika/taska dipandang buruk oleh orang lain. Dan mungkin parents anak2 tadika/taska kami mula hilang kepercayaan kepada kami yg tidak bersalah dan lebih perikemanusiaan dari anda. Terima kasih.

Silap siapa sebenarnya? Terang lagi bersuluh, memang silap guru itu sendiri. Tapi adakah kita perlu membelakangkan majikannya? Di sini, sy ada sedikit nasihat untuk pengurus tadika/taska, majikan, principal or siapa saja yg ada kaitan dengan taska/tadika. Kita sedia maklum, akan ada interview untuk memilih guru yg akan bekerja di taska/tadika. Sebagai majikan, sila tapis sedalam-dalamnya siapa yang anda nak ambil. Bagi sy yg merupakan graduan bidang pakk, sy tidak mengatakan yg guru tadika/taska yg tidak belajar dlm bidang ini adalah teruk. Tidak sama sekali. Rakan guru sy bukan dari bidang ini tetapi dia sgt pandai mengajar dan sy tahu dia ikhlas mendidik. Semasa interview, sila abaikan jawapan seperti ini, “saya nak kerja tadika kerana sy sukakan kanak-kanak”. Itu jawapan lapuk. Ye, mungkin anda suka, tapi belum tentu anda boleh mengajar dan handle anak-anak itu. Sy sarankan majikan cuba bagi situasi yg pelbagai dan minta calon tersebut fikir macam mana cara untuk handle situasi tersebut. Contohnya, jika anak itu panjat tangga, apa anda akan buat. Jika ada ramai kanak-kanak yg menangis, macam mana cara anda handle. Jika ada yg menjerit bising, apa tindakan anda. Dan pelbagai lagi situasi yg boleh dikaitkan dengan persekitaran di tadika/taska. Majikan juga boleh minta calon untuk handle anak2 secara terus. Maksudnya, minta calon masuk ke satu kelas, dan lihat macam mana cara dia berinteraksi, menguruskan anak2. Majikan hanya perlu observe. Mungkin ada yg akan berlakon semata2 untuk dapatkan kerja tp sekurang-kurangnya majikan boleh lihat air muka atau gerak geri calon sama ada benar-benar suka akan kanak-kanak atau tidak. Majikan perlu lebihkan memerhati, memantau. Jangan cuai, jangan abaikan, jangan sepenuhnya membiarkan hanya guru dan kanak-kanak di tadika. Pasang cctv. Rajin-rajinlah membuat pemantauan dan jangan sesekali lepas tangan. Sentiasa ingatkan semua guru, kita berkerja untuk Allah. Kita buat apa, Allah maha melihat. Belajar untuk kaitkan semua benda, semua perkara yg kita buat dengan Allah. Berkat ke kerja kita kalau kita tidak ikhlas? Berkatkah gaji kita kalau kita culas, cuai, tak bersungguh mendidik sedangkan itu kerja kita? Mendidik itu jihad. Ingat ye semua guru.

Untuk ibu bapa, hantarlah anak anda di taska/tadika yg boleh dipercayai. Macam mana nk tahu boleh percaya atau tak? Cuba datang observe, tengok keadaan atau persekitaran mcm mana. Bersembang dengan guru yang ada. Cuba google atau rajinkan baca review mengenai taska/tadika tersebut. Kalau tak ada review, tanya ibu bapa yang sedia ada hantar anak ke situ. Leceh ke? Tak pun..anda nak yg terbaik untuk anak anda. Kita tak nak kan viralkan benda yang tak sepatutnya nanti? Jadi rajinkan diri anda, luangkan masa.

Sedikit nasihat untuk para guru, jadilah role model yang terbaik untuk anak didikan anda. Seorang guru tadika/taska sangat memerlukan tahap kesabaran 7 petala langit. Anak tersebut mungkin ada dengan anda sampai ke petang, dan masa untuk ibu bapa cuma malam. Jadi sebahagian besar masa mereka dengan anda. Anda lah yang boleh membentuk anak tersebut dari sekecil ABC, adab-adab sekecil adab ke berjalan di hadapan org lain. Anda lah yang mendidik anak tersebut jika mereka berjaya mengamalkannya. Anda lah yg bertanggungjawab dalam kejayaan anak tersebut, dengan izin Allah. Pahala besar untuk mereka yg sabar dalam mendidik. Ikhlaskan diri. Jika anda rasa tidak mampu mendidik, menguruskan mereka, sila undur diri. Tiada siapa yang rugi. Jangan ambil risiko, jangan jadikan diri anda diviral.

Terima kasih kerana membaca coretan seorang guru tadika.

– cik teacher

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit