Jangan Hanya Melihat Manisnya Perkahwinan

Aku bersahabat dengan seorang sahabat yang bagi aku agak berbeza, she’s different. Dia cantik, muka nak macam Amyra Rosli tapi orang memang takkan perasan sebab dia jenis tak suka melawa lansung, hatta secalit bedak pun susah nak nampak dia pakai. Kalau pakai pun, bedak ja. Yang lain memang tak. Jenis nijak, tak cepat melatah, jaga agama dan tetap pendirian. Kononnya dia nak cari sendiri bakal suami dia. Susah nak percaya orang zaman sekarang. Aku berani cakap dia matang drpd umur dia. Ada ja buruknya, cacat celanya, manusia tak sempurna. Tapi orang macam ni, susah nak perasan diorang ni wujud. Mungkin sebab dia low profile, tapi percayalah wujud ja perempuan yang ibarat wanita melayu terakhir.

Dia antara wanita yang kalangan orang yang menyaksikan kehidupan wanita-wanita teraniya. Dia ni ramah, suka berkawan dengan orang lebih tua. Maka dia dah menyaksikan orang yang bercerai lepas seminggu bernikah, dia pernah jumpa dengan janda berumur 20 tahun, dia pernah tengok kehidupan seorang isteri yang mana suaminya kahwin 4, berkahwin setakat nafsu semata-mata, dia pernah tengok macam mana seorang isteri berhempas pulak mencari rezeki, suami goyang kaki kat rumah. Dia pernh tengok macam mana kurang ajarnya seorang isteri terhadap suami, macam mana kurang ajarnya seorang anak dengan mak. Tu tak sebut bab keganasan rumah tangga, dan ni baru bab yang dah kahwin, yang tak kahwin tak sentuh lagi. Dia baru berumur 20an, but surprisingly bila dia share pengalaman dia, susah nak percaya dia baru 20an.

Maka sebab tu dia tak goyah dengan lelaki kaya, hensem, sado, bijak dan sebagainya. Dia tak mudah jatuh hati, tak mudah judge orang, dan tak mudah nak percaya. Setakat kau confess cakap kau suka, kau nak kahwin dengan dia, dia memang gelak ja. Kau cakap nak tunggu pun, bukan sebulan dua dia test. Setahun dua dia ambil masa. Fikir panjang katanya, kahwin bukan isu remeh. Perbetul niat, belajar ilmu agama. Bila kahwin bab agama tunggang langggang, maka kamu belum bersedia nak hadapi realiti rumah tangga, Bukan macam drama tv3, bukan macam movie suamiku ustaz, suamiku jatuh drpd langit dan sebagainya. Marriage is more than that. Ini apa yang aku belajar lepas dengar dia ‘ceramah’

Mak ayah, kakak abang dan sebagainya kena ajar anak lelaki ‘hormat’ anak perempuan. Kalau drpd kecil terbiasa pukul adik, pukul kakak, ajar dia, salah pukul kakak,salah pukul adik. Jangan biar sampai besar, sampai dah baligh, still terbiasa pukul adik beradik perempuan. Nanti lepas kahwin jadi habit, tahu yang mana salah tapi dah terbiasa, mungkin mindset dia cakap tak salah pukul isteri, sikit je ni.

Jangan sebab anak lelaki, tak bagi masuk dapur. Tak suruh buat kerja rumah lansung. Sampai nak tolong sapu sampah pun tak boleh.Latih buat kerja, jangan sampai kerja malas, kerja rumah malas. Apa yang rajin? Tidur? Sangatlah salah seorang suami yang mampu biar isteri kerja, sudahlah kerja, cari nafkah kerha isteri, anak pun isteri jaga. Mungkin dalam hati isteri dah menyumpah suami aku tak guna.

Yang perempuan masuk dapur sepuluh minit, selfie masak apa hari ni, padahal mak yang masak. Sibuk nak cantikkn muka, skin care bermacam jenis, lansung tak cuba cantikkan akhlak. Bila pergi rumah bakal mak mertua, tak tahu nak buat apa. Tak pandai masak tak ada masalah, boleh belajar. Tapi kalau malas, asyik nak menyegak ja, nanti suami nak makan apa? Makan mekap? Benda remeh jangan pandang ringan. Benda kecil macam ni pun boleh jadi bercerai kalau tak dibendung.

Jangan biasa kurang ajar dengan suami. Jangan biasa mencarut, kalau anak dara dulu kuat mencarut, latih diri berubah. Jangan main sepak, terajang. Sporting tak sporting, kalau setiap hari kena kejtu pakai kaki, boleh hilang sabar jugak. Banyak ja pasangan muda ni yang nak kejut suami bangun tidur, pakai kaki. Tendang kat muka pulak tu. Sedar sikit, tu syurga kau, pakai kaki je? Nanti nak masuk syurga, sebelah kaki pun tak lepas.

Pokoknya, sebelum berkahwin, check dulu ilmu agama. Tak suruh belajar kitab hadis tebal-tebal, cukup tahu yang wajib, amalkan. Ni tanggungjawab dekat isteri, suami pun tak tahu lagi, tapi dah kalut nak kahwin. Dia cakap lagi, tak salah seorang perempuan melamar seorang lelaki kalau dia dah berkenan, dah rasa ready nak kahwin. Suami ni syurga seorang isteri, lepas kahwin dialah tiket untuk kita ke syurga dengan mudah. Of course tak mudah, tapi sebagai seorang isteri, tu la jalan kita ke syurga. Tak salah nak pilih ‘syurga’ kita.

Dan bakal suami, awak-awak ni bakal menjadi imam kepada isteri. Pemegang kunci untuk syurga isteri, tapi jangan lupa pemegang kunci syurga awak, hormat mak ayah. Tak perlu menjadi lelaki sempurna sebelum kahwin, tapi cuba sempurna yang mana tak cukup.
Jangan hanya melihat manisnya perkawinan. Manis memang manis, baik memang baik. Tapi kalau belum betul-betul bersedia, yang baik boleh jadi mudarat.

– achik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit