Pelajar: Daripada Biasa Ke Luar Biasa

Hai semua ! Terlebih dahulu sebelum baca confession ni nak bagi tahu yang aku ni bukanlah pandai sangat bercerita dan menulis since aku ni budak account yang lebih berminat dengan nombor dan mata wang (mungkin).

Tujuan aku sebenarnya nak naikkan semangat pelajar-pelajar yang tengah down atau stress pasal study dan jugak nak naikkan semangat remaja2 yang rasa mcm x da future. Ni sekarang aku nk bg tahu, korang jangan cepat mengalah sebelum mencuba. Try la encourge diri tu untuk fikir positif sikit. Dulu aku spm ada 3 A ja dan dulu aku sekolah biasa2 but you know what ! aku dapat jugak belajar dekat oversea sekarang padahal masa sekolah dulu x penah berangan pon nak mengaji oversea since aku ni x cerdik mana. Nak tahu aku buat mcm mna ?

Okey lepas spm dengan result spm yang biasa2 ja memang confirm x dapat masuk universiti. Rezeki aku hanya dapat masuk kolej swasta yang disara oleh loan mara. Start pada tu aku cuba untuk study consisten dan tak main2. Tambah pula aku just study course yang aku minat iaitu account. Dalam masa yang sama aku dapat bimbingan drp ayah aku yang dulu ambil account jugak. So aku nekad untuk menjadi orang yang lebih matang dan aku cuba tak buang masa aku. Masa semester 1 aku mula bersemangat untuk mulakan hidup baru. Aku siapkan assignment in advanced, study in advanced, banyak buat latihan dan focus dalam kelas. Alhamdulillah untuk pertama kali dalam hidup aku, aku dapat banggakan parents aku bila dapat result yang gempak masa sem 1 tu. Start pada tu aku lebih bersemangat dan usaha lagi. Akhir sekali , aku dapat maintain cgpa aku dengan 3.89. Sejak pada tu aku sedar nak berjaya x semestinya kena genius tapi yang penting kena work hard. Lepas tamat Diploma aku dapat tawaran sambung Degree di Ireland dengan exemption setahun saja. Bersyukur sangat.

Sekarang ni aku buat degree account di Ireland berbekalkan teknik-teknik belajar aku dan cuba work hard lagi sebab tengah compete dengan student2 yang jauh lebih pandai dari aku. Tapi aku percaya Allah akan tolong aku kalau aku berusaha dan tawakal . Macam2 dugaan belajar dekat sini sebenarnya . x banyak benda yang manis. Sebagai foreigner dan jugak sebagai muslimah. Dugaan financial since aku x dapat sponsorship dan jugak dugaan sebagai muslim yang hidup di negara bukan Islam. Tapi pengalaman ni sangat best sebab boleh tengok dunia luar.

Ingatlah untuk jadi seorang yang berjaya kau kena berusaha. Dalam study tu share la pengetahuan tu dengan kawan2. Jangan nak conquer ilmu tu sorang2 dan kau kena apply segala ciri2 orang yang bejaya. Jangan buang masa sebab kita kena bersyukur segala nikmat yang Allah dah bagi. Dalam bab study tu jangan nak study last minute walaupun korang memang style suka study last minute konon lagi senang masuk otak. Bohong belaka yang tu! Cara tu memang x berkesan langsung. Hari-hari korang kena study at least 2 jam sehari. Nak bergayut atau nak lepak make sure dah study dah hari tu. Buat la homework yang lecturer bagi tu cepat2 dan jangan segan2 nak tanya kawan2 atau lecturer. Lepas tu solat jangan tinggal dan rajin lah baca Al Quran sebab baca Quran ni boleh menajamkan minda kita disamping dapat pahala.

Then, kalau rasa malas atau tak da semangat cuba ingat balik family kau yang berkorban mcam2 dekat kau. Latih diri untuk jadi lebih rajin dalam bab study dan jugak benda lain. Tambah pula kalau sebagai perempuan, rajin tu kena ada dalam diri. Ubah kalau selalu rasa malas sebab aku tengok zaman sekarang perempuan banyak ja yang pemalas. Dari bab diri sampai ke bab rumah. Please la bagi la ada sikit ciri2 keibuan tu. SO x susah pon nak ubah diri kita daripada biasa menjadi luar biasa. Just kena usaha doa dan tawakal. Rezeki dan ujian setiap manusia berbeza. Tapi kalau kita kejar redhaNya pasti Allah akan tolong . And guys please pray for me as well. May Allah bless you.

– Sis White Rose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit