Assalamualaikum pembaca page ini. Aku selalu baca confession-confession kt sini dan aku rasa beminat untuk kongsikan rasa seorang lelaki yang tidak merokok.
Aku baru berumur 23 tahun,baru menamatkan pelajaran (degree) di sebuah ipta. Aku nk kongsi apa rasanya menjadi aku.aku dilahirkan dalam keluarga yg tiada adik beradik lelaki,semua pempuan la pendek kata. Dari sekolah rendah, aku begitu terdedah kepada gejala negative. Masa darjah enam, kawan2 aku sudah ada yang terlibat dengan gejala hisap gam dan rokok. Nasib baik aku tak terpengaruh. Plus aku bernasib baik memilih kawan2 yang baik2 pada masa tu. Jadi diorg semua menjauhkan aku dari aktiviti tersebut.
Masuk sekolah menengah, sebelum aku melangkah ke MRSM aku bersekolah dulu dekat sekolah harian berdekatan rumahku. Disini ade pelajar STPM, jadi memang banyak pengaruh abang senior yang memang nak tunjuk otai. Cuma aku gembira masa ni aku tak hisap rokok. I tell u why: budak yg hisap rokok masa tu memang asyik kena pau rokok je dengan senior. Duit habis, belajar pun entah kemana. Tak lama lepas tu aku berpindah ke sekolah asrama penuh. Di sekolah asrama ni memang dugaan sangat-sangat besar.
Sekolah asrama seperti yang sedia maklum kita akan berjauhan dari ibu bapa. Kalau jumpa pun, mungkin masa cuti semester ataupun masa hujung minggu bila ibu bapa melawat. Jadi, pengaruh kawan2 tu sangat kuat. Ingin aku tegaskan disini, adik2 yang bakal masuk sekolah berasrama penuh, hati-hati memilih kawan. Takut tersilap langkah pada awalnya.
Okay, jadi dekat asrama ni,aku perhatikan ramai di kalangan orang yang ramai kawan ni,dia merokok.
Pendek kata,kalau kau merokok,ramai la geng. Dan yang tak merokok ni akan rasa terpencil. Macam kena pulau. Tambah lagi kalau senior2 form 4 form 5 kenal kau,makin la tinggi martabat kau. Siap jadi anak buah lagi kalau bernasib baik. Seorang pun tak berani nak cari pasal sebab form 5 backup. Yang tak merokok, susah nak adapt. Jadi ade sebahagian kawan2 aku terpaksa merokok demi nak masuk geng. Last2 diorang jugak yang rugi, sebab diorang yang kena sponsor rokok. “orang baru” la katakan. Sponsor tu satu hal, yang kena fly untuk beli rokok pun lagi satu hal. Jadi bila kau tak merokok, kau akan susah dapat roommate. Yes, that’s true. Sangat susah. Form 1 senang sebab dah ditentukan dan takleh suka2 hati tukar. Masuk form 2 dan seterusnya kena cari sendiri. Aku akui kawan2 aku yg duduk sebilik dulu semua merokok. Daripada yang senakal2 lelaki kepada yg pengawas.
Kalau nak makan, mesti makan asing dengan budak2 hisap rokok. Diorang taknak campur katanya. Sedih tu memang la sedih. Tapi aku hadap jugak. 5 tahun. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku tak hisap rokok je? Kan selesai masalah? Takut ke nak hisap rokok? Kedekut? Berkira? Okay2 banyaknya soalan.. haha. I have one and only reason. Arwah datuk aku dulu mati sebab hisap rokok. Yes. Saluran jantung dia tersumbat dan tak dapat diselamatkan. Tak perlu cerita details la ye.
Kisah ni berlarutan untuk degree selama 4 tahun. Kisah sama all over again, yg merokok akan kawan dengan geng diorang je. Alhamdulillah aku dapat housemate yang tak merokok (9 orang). Jadi kerja2 group pun aku buat dengan diorang jelah. Dan bila kat university ni,lagi2 dekat rumah sewa, yang merokok ni suka lepak kedai2 makan. Aku bukan sombong taknak lepak dengan diorang,tapi entah. Rasa tak selesa. Bila sembang2 okay lagi, tapi bila diorang dah start cucuh rokok, masa tu korang akan rasa terpencil. Yes,indeed. Terpencil. Korang tak tahu nak buat apa. Lagipun diorg bukan hisap sebatang dua, ramai2 tu sekotak dua pun habis.
Masa aku degree ni, aku rasa hanya dalam 10% je lelaki yang tak merokok(kawan2 aku). Jadi apa yang aku nak cakap kat sini, memang orang kata lelaki yang tak merokok ni hampir pupus (kenyataan ni betul), tapi korang faham tak perasaan lelaki2 yang tak merokok bila lepak dengan yang merokok? Dan faktor2 yang mendorong seseorang tu supaya start merokok(supaya dapat ramai kawan). And that,my friends,is what we called the bitter truth. Aku harap ini semua berbaloi. tahan keinginan untuk hisap rokok selama bertahun-tahun ini berbaloi. Kepada lelaki yang masih tak merokok ataupun dah berhenti, you are awesome,man!
– ZeroRage
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit