Kita Yang Memilih Jalan Hidup Kita

Terima kasih andai penulisan aku berjaya di-post. Kritikan membina terhadap penulisan aku digalakkan.

Disclaimer: Penulisan aku berdasarkan dari pengalaman aku sendiri.

Percaya atau tak, kita yang pilih environment kita? Iya, Allah yang takdirkan kita bertemu dengan siapa tapi kita yang pilih environment kita berdasarkan dengan apa yang kita suka.

Statement aku di atas bukanlah untuk pembaca menilai hidup orang lain, sebaliknya statement aku itu adalah suatu intervention agar kita muhasabah diri sendiri.

Cerita bermula begini:
Aku mulai aktif dengan kelab XX sejak tahun akhir aku. Kelab XX ni agak terkenal di Malaysia. (Side note: Bukan kelab malam eh~ ) Antara penyebab aku tertarik dengan Kelab XX adalah program2 dan environment-nya. Aku mulai menyertai program Kelab XX sebagai faci, kemudian sebagai AJK & Exco. Tak lama lepas tu, aku terpilih untuk menjadi Pimpinan Kebangsaan.

Kelab XX ini banyak membantu aku mengenali dunia, aku berhadapan dgn pelbagai kerenah manusia (walaupun dari sahabat perjuangan sendiri). Aku pernah berhadapan situasi di mana sahabat aku daripada barisan pimpinan kebangsaan bercakap belakang dan menyebarkan pelbagai assumption dan fitnah pada rakan-rakan kami. Sungguh, aku mulai menjauhkan diri aku drpd orang-orang sebegitu, walaupun setelah dia meminta maaf. Aku memaafkan dia tapi effect perbuatan dia telah mencemarkan nama baik aku, and deep down, I don’t believe people can change 360 degree in 1 nite.

Selain itu, aku diizinkan untuk bertemu dengan seseorang yg berperangai Mr Know-it-all. Perangai sebegini tidak ketara jika kita hanya bekerja dgnnya sekali atau dua kali. Sebaliknya, aku merasa dia seorang yang produktif kerana mampu mengimbangi student life dan komitmen sebagai setiausaha majlis pimpinan negeri Kelab XX. Lama-kelamaan, setelah berkali-kali bekerjasama, perangai Mr Know-it-all mula ketara. Disebabkan dia berasa dia tahu banyak benda (tidak dinafikan benar, dia mmg tahu banyak benda), dia mula melangkaui jobscope dia dan bertindak seperti Presiden. Dia mula memberi arahan tanpa perbincangan dgn MT dan apabila ada yg tidak setuju, dia tidak terima dan mengadu ke pihak atasan. Setiap kritikan yang dia terima dirasakan seolah-olah personal attack dan dia mula rasa down. Aku sendiri buntu untuk bantu dia, kerana nasihat2 drpd kami yg terdekat dgnnya seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Namu begitu, aku akan sentiasa bertindak professional jika aku tidak bersetuju dengannya dan cuba untuk mengelak drpd berbalah isu2 remeh. Aku juga berhenti mengambil peduli kata-kata & gosip ahli lain padanya, dia bukan orang yg aku inginkan di dalam environment aku.

Sungguh, bukan orang yg negatif sahaja yang aku jumpa. Sebaliknya, ramai lagi mereka yang positif dan mengubah pandangan paradigma aku. Akan aku nukilkan mereka yang istimewa ini di post seterusnya. Post ini sudah terlalu panjang.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca.

– Miss Average

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit