Assalamualaikum.Terima kasih admin siarkan confession saya.Saya bukan nak bercerita,saya cuma nak memberi pesanan untuk remaja-remaja zaman sekarang terutama bagi adik-adik yang masih bersekolah lagi.Semoga dapat menjadi pedoman.
Pertama,saya mohon sangat adik-adik tolong jangan tinggalkan solat.Solat itu kan tiang agama.Kalau adik tak solat macam mana adik nak tegakkan agama kita?Macam mana adik nak berjaya dalam hidup kalau adik lupakan Pencipta kita?Kalau adik baru nak berhijrah,mesti ada rasa malas kan bila nak solat?Mesti adik takut kawan-kawan fikir yang adik ni seorang yang alim,yang tak boleh diajak enjoy kan?Tak apa dik,cuba adik fikir.Kalau aku solat,peluang aku nak masuk syurga ada,tapi kalau aku tak solat mesti aku tak diterima di syurga.Bukannya lama sangat dik.Satu waktu solat lebih kurang 20 minit,kalau lima waktu?Baru 100 minit dik.1 jam 40 minit je waktu yang adik gunakan untuk sujud pada pencipta adik yang dah bagi adik peluang untuk bernafas,peluang nak enjoy dengan kawan-kawan,peluang nak bersama dengan keluarga.24 jam dik,masa yang Allah bagi untuk kita.Kalau tolak 1 jam 40 minit tu,adik ada lagi 22 jam 20 minit lagi untuk adik enjoy,untuk adik buat urusan dunia adik.Jangan lupa solat tau?
Kedua,hormat ibu bapa dan guru-guru.
Sekarang,saya tengok rasa hormat dekat ibu bapa dengan guru dah semakin hilang dalam kalangan pelajar.Kenapa dik?Kenapa tak nak hormat ibu?Kenapa tak nak hormat ayah?Sebab mereka suka halang aktiviti lagho adik?Adik,mereka tegur sebab mereka sayang,mereka tegur sebab mereka nak masa depan adik terjamin.Nanti satu hari bila adik dah besar,dah kehilangan mereka,baru adik akan tahu yang betapa rindunya adik dengan teguran mereka.Betapa rindunya adik dengan bebelan mereka.Malah,satu hari nanti bila adik bergelar seorang ibu bapa,adik akan tahu betapa seorang ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Guru.
Kenapa adik tak nak hormat guru?Sebab mereka suka marah adik?Sebab suka bagi kerja sekolah?Sebab suka membebel?Mereka buat semua tu bukan saja-saja dik.Mereka pun sayangkan adik.Mereka ibu bapa adik kat sekolah.Mereka nak adik-adik berjaya.Mereka nak anak-anak didik mereka ni jadi orang penting dalam bidang masing-masing.Kalau mereka mengajar adik-adik semata-mata kerana tugas mereka,kerana mengharap gaji,takkan mereka sanggup stay back dekat sekolah.Buat tuisyen malam.Hari Sabtu dan Ahad buat pula kelas intensif.Kadang-kadang ada guru yang sanggup keluarkan duit sendiri untuk bagi adik makan kat sekolah bila ada kelas tambahan.Sanggup tinggalkan suami,anak-anak mereka sendiri untuk adik-adik. Masih tak cukup lah pengorbanan seorang guru?Satu lagi,tolong jangan layan dan anggap seorang guru tu sebagai seorang kawan.Memuliakan guru salah satu rahsia untuk berjaya.Bukan dalam akademik je,dalam kehidupan pun adik akan berjaya kalau adik sentiasa hormat pada si pemberi ilmu.Mereka tak setaraf dengan kawan-kawan kita.Level mereka tinggi,jangan rendahkan mereka dengan layanan adik terhadap mereka.
Ketiga,tolong jaga maruah diri dan keluarga.Jangan sesekali menconteng arang.Jangan malukan keluarga dengan pemikiran bodoh adik-adik.Kalau boleh elakkan daripada bercouple.Apa faedah bercouple?Nak tunjukkan yang adik bukannya ‘forever alone’?Please dik,kalau itu lah fikiran adik,memang level pemikiran adik tahap sampah.Tak ada faedahnya dik.Apa yang boleh saya kata,bercouple adalah satu perbuatan yang merugikan.Menghabiskan duit je.Kalau orang Nogori cakap,menghabihkan boreh.Nak pergi dating banyak pakai duit.Dating.Pergi panggung wayang,tengok movie,keluar duit.Lepas tengok movie,perut pula lapar,keluar duit lagi.Lepas tu jalan-jalan kat mall,belum tengahari,pergi main boling dulu,keluar duit lagi.Nak balik singgah petrol pump,isi minyak motor,keluar duit lagi.Dating sebulan 4 kali.Kalau setiap kali keluar adik guna RM 60-70,sebulan RM 240-280 adik keluar duit untuk dating sahaja.Belum kira duit topup nak ‘gayut’ lagi.Belum kira hadiah bila birthday,hadiah anniversary lagi.Rugikan?Yang paling rugi orang lelaki lah.Dah banyak duit adik laburkan untuk ‘awek’ adik,last-last ‘awek’ kahwin dengan orang lain.Hahahaha.Nampak tak kerugiannya tu?Nak berkawan rapat dengan lelaki/perempuan tu tak salah dik.Itu kan proses kehidupan juga.Tapi tunggu lah bila adik dah ada kerjaya,dah ada masa depan yang menjamin,baru lah.Masa tu bukannya adik cari jodoh,jodoh yang datang cari adik.Percayalah.
Itu saja saya nak pesan.Harap-harap admin siarkan confession saya ni supaya remaja-remaja zaman sekarang baca pesanan ni.Jangan pandang remeh pesan saya ni,kalau adik pegang kata-kata saya,Insya Allah,adik akan berjaya.Semoga berjaya.Terima kasih.Allahu yutfah alaikum.Assalamualaikum
– IFFA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit