Assalamualaikum,
‘Love After Graduate’. You have the right to disagree, and if you agree please share. Semoga bermanfaat kepada semua :)
Bercinta masa belajar? That is normal! (c.c: mak,abah,mama,papa,ibu,ayah) tetapi macam mana nak realisasikan selepas graduate? Dengan kos hidup tinggi, keadaan ekonomi yang turun naik ni?
1. Belajar elok2 supaya sama2 graduate untuk step seterusnya (Awak nak kahwin dengan saya tak? Kalau nak, kita graduate sama2. Cakap sambil senyum)
2. Mindset TAK NAK kos perkahwinan yang tinggi. Part ni kena bagitahu awal2 pd mak ayah siap2. Yang perempuan mainkan peranan. Ada sesetengah parents yang dah siap2 mindset anak ada degree, at least hantaran kena RM15-17 ribu. No, benda ni boleh dibincang, pandai2 tackle mak ayah masing2, fahamkan mereka tapi jangan melawan.he…he…
3. Kalau boleh, jangan beli kereta baru sebab nanti masuk dalam Ccris (dikira komitmen bulanan, susah sikitlah nanti nak buat loan). Tapi kalau memang perlu, kalau boleh sorang je beli kereta. Yang lelaki boleh bersusah sikit naik motor atau LRT, utamakan yang tersayang (bakal isteri awak jugak). Ok, masa ni mungkin seorang sahaja yang ada komitmen.
4. Sama2 kumpul duit untuk downpayment rumah. Pengiraan saya anggaran sahaja. Yang perempuan kalau dah ada komitmen kereta, cuba kumpul RM500 sebulan, yang lelaki mungkin RM800 (mungkin ada yang tidak bersetuju, duit tak cukup). Tahan, tahan, tahan diri dari ikut trending. Pejam mata bila nampak IP7, senyum je bila nampak Sale. 3 tahun ni je, nanti rezeki datang tanpa kita duga. Trust me. Jadi, teruskan simpanan dalam 2 tahun setengah. Dengan disipin dan perasaan cinta yang kuat simpanan terkumpul ialah RM39 ribu. Itu belum termasuk dividen tahunan ASB lagi. Jadi, menyimpanlah :)
5. Gunakan RM20 ribu untuk beli rumah. Sekali lagi, tahankan perasaan untuk duduk rumah yang cantik siap parking depan rumah. RM10-15 ribu untuk 10% deposit, cuma rumah flat pilihan di hati (ada yang kata mana ada rumah RM100 ribu dekat KL. Orang yang kata tu, dah cuba cari ke? Biasanya orang macam ni keyboard warrior, jadi adik2 yang bijak pandai sila gunakan medium internet anda untuk mencari. Ada. Again, trust me).
6. Baki dari RM20 ribu tadi perlu standby untuk duit lawyer (rumah subsale memang ada kos tambahan).
7. Baki tabungan tadi RM19 ribu, bolehlah buat untuk walimatul urus anda berdua. Yang perempuan, cukuplah sekadarnya. Nanti beli mahal2, pakai 2 jam je sangatlah rugi (kalau tak percaya boleh google barang2 prelove wedding yang mostly akan cakap condition 9/10 sebab pakai sekali je). Rugi, sayang duit. Tadi dah tahan mata, ni tahan telinga. Kalau ada yang bising bagitahu “alhamdulillah, dalam kegawatan ekonomi kami dapat berkahwin tanpa berhutang. Rumah pun rumah sendiri”. Harap2 masa ni mak ayah orang pertama setuju sebab awal2 dah set mind mereka. Doa banyak2. Siapkan hujah2, dan “saaaahhhhh…..”. Alhamdulillah.
8. Insyaallah dalam 6 bulan selesai hal pembelian rumah. Dah jadi suami isteri boleh cat rumah sama2, calit cat kat hidung masing bagi sweet. Sampai tak perasan duduk rumah flat. Allah, nikmat yang Tuhan bagi. Berkongsi bantal pun nikmat, inikan sama2 berkongsi pinggan sebab pinggan ada satu je dekat rumah. Masa ni beli barang rumah sikit2.
9. Bersabar sekejap dalam setahun dua, masa ni dah ok sikit kalau nak beli rumah yang lebih elok. Status suami isteri (nak buat joint loan pun bank bagi). Jadi rumah flat ni boleh sewakan. Lagipun dah cantik sikit dari rupa asal. Dah bercat, siap ada bunga isteri letakkan.
10. Masa ni makin dekatkan diri padaNya. Dia yang bagi, Dia yang izinkan.
Bercinta bertahun2, nak realisasi boleh tapi hati kene kental. Lagi banyak usaha dengan dia, lagi kuat perasaan sayang tu nanti. Jangan samakan dengan drama. Dalam drama hero anak presiden, kahwin pun ada yang sponsor, tetamu pulak artis2 tempatan. Ini realiti. Teruskan cara kita, sebab dengan cara ini barulah kita akan faham “susah senang kita bersama”. Ok, habis :)
– ibuofaboy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit